Tuesday, December 20, 2011

Betakos ( Beladiri Tangan Kosong)


Teknik latihan dalam betakos Malaysia



Teknik ketangkasan tangan



Teknik latih tubi rotan




Intro Betakos Malysia Part 1



Intro Betakos Malysia Part 2

Diatas adalah beberapa video daripada latihan2 didalam betakos.Setakat ini saya berlatih secara persendirian dengan cikgu dan seorang sahabat.Alhamdulillah banyak peningkatan yang dialami.Sudah pasti keyakinan yang tinggi dapat dipupuk dalam semua aspek.Malah berlaku peningkatan dalam tahap stamina yang selama ini sanagat teruk.

Dua bulan yang pertama memang banyak kami didedahkan dengan latihan pertarungan sebenar..(real fighting) dan ianya memang banyak membuka mata saya.Wallualam.Insyallah jika diizinkan kami ingin mencapai ketahap jurulatih .Insyallah...

Tuesday, October 11, 2011

Betakos

Betakos ?Apa tu...hehehe nilah satu lagi aktiviti sihat yg aku join.Dikepalai oleh Cikgu Rozaidi..Bekas pesilat negara dan juara dunia silat..seorang pelakon yg kebanyakannya citer2 silat.


BETAKOS adalah sejenis beladiri yang diformulakan oleh seorang GURU beladiri yang penuh pengalaman sebenar dalam pengamalan ilmu beladiri. Guru uang dimaksudkan adalah Master Ruzaidi Abd. Rahman. Nama yang tidak asing lagi dalam ilmu persilatan Melayu. Beliau merupakan bekas pesilat negara yang telah banyak mengaharumkan nama Malaysia khusunya dalam silat olahraga. Antara pencapaian beliau ialah :-

~ PINGAT EMAS SEA GAMES 1986
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN DUNIA 1990 HOLLAND
~ PINGAT EMAS MERDEKA GAMES 1990 BRUNEI
~ PINGAT EMAS TERBUKA ANTARABANGSA 1990 KL
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN 3 KALI (1988,1989,1990)
~ 2005- MENDAPAT ANUGERAH THE BEST MARTIAL ARTS INSTRUCTOR OF THE YEAR DARI WORLD HEAD OF FAMILY SOKESHIP COUNCIL DI FLORIDA


Sebagai seorang pengamal beladiri sejati, beliau masih lagi giat dalam ilmu persilatan dan masih lagi melakukan latihan2 beladiri setiap hari selain dari menyumbang ilmunya kepada anak2 Melayu disekitar Kuala Lumpur dan juga untuk anak-anak VIP. Pengalaman yang lama dalam bidang sukan Silat Olahraga Antara kelebihan BETAKOS :-
1. Gabungan dari beberapa pergerakan Persilatan dan ilmu beladiri lain seperti tomoi, boxing dan kali.
2. Semua gerak dan langkah bersenikan silat melayu.
3. Tidak mempunyai "buah" yang perlu di hafal. Buah datang sendiri.
4. Permainan mengikut fizikal pengamal bukan ikut cara fizikal guru.
5. Penekanan dalam falsafah "Air setitik menjadi lautan, tanah sekepal menjadi gunung".
6. Penuh dengan helah, silap dan akal.
7. Tidak menggunakan masa yang lama untuk tamat permainan.
8. Tidak mengamalkan kepada One Step Sparring ( Pukulan bertapak)
9. Formula yang diajar adalah untuk kaedaan realiti dan sebenar.(tiada lakonan)
10. formula teknik yang mudah untuk diulang sebelum menguasai permainan beladri sebenar.
11. Permainan dari guru-guru tua dan guru-guru silat dalam peperangan sebenar.
12. Disertakan permainan ibu senjata tidak terikat dengan mana-mana perguruan. Apa yang anda kuasai itulah permainan anda.

Sejak berlatih dengan master memang banyak perubahan berlaku.Pertama sekali berat badan turun dan berlaku peningkatan stamina.Cara guru mengajar pun berbeza dengan yang lain iaitu sama- sama berlatih dan bertukar-tukar idea.Jadi bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian diatas ..

Mohd Fudlullah Ahmad
Setiausaha Betakos

Tuesday, September 20, 2011

PENGALAMAN BERBEKAM

Sebenarnya aku ni penakut kalau sebut bab-bab darah ni. Cepat pening dan loya. Sebelum puasa tempohari badan aku tak berapa sedap. Dalam aku berpusing-pusing di pasaraya Giant Bukit Tinggi Selangor. Aku terjumpa sebuah pusat rawatan dinamakan Pusat Rawatan Cinta.

Aku disyorkan untuk berbekam setelah didiagnos mengalami beberapa penyakit. Bila dia tunjuk gambar kanak-kanak pun tak takut berbekam. Aku pun jadi berani. Dan hasilnya gambar-gambar ni jadi buktinya...











Gambar-gambar diatas diambil oleh beliau sendiri menggunakan kamera phone aku..nah banyak betul toksin. Tak sakit pun. Cuma sikit saiko...selang 2 3 bulan aku nak berbekam lagi.


Nukilan berbekam 2011
Foto: Ibnu Ahmad
Teks: Ibnu Ahmad

Thursday, August 4, 2011

Khasiat Kasturi


Berikut ini adalah petikan artikel dari akbar Kosmo yang membuat laporan tentang kasturi:

Anugerah Kijang Jantan

Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.

'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.

Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.

Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.

Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.

Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.

"Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya," ujar peniaga Tarmizi Yusuff, 35, yang ditemui di bazar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.

"Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya," terangnya segera tatkala melihat penulis mengerutkan dahi membayangkan haruman dikaitkan dengan makhluk yang gemar habitat kotor itu. 

Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). .

Mula menjual kasturi di gerainya sejak tahun 2005, Tarmizi memberitahu dia mendapat bekalan dari seorang rakan niaga dari Nepal. Sebiji 'kantung' kasturi tersebut yang saiznya lebih kurang sebiji bola pingpong dijual pada harga RM30.

"Ada juga kasturi yang berangkai dan harganya antara RM500 hingga RM1,000, bergantung pada bilangan kasturi yang bersambung bersama.

"Pembeli kasturi ini terdiri daripada golongan mereka yang turut berniaga barangan yang berkaitan dengan minyak wangi. Ada juga yang membeli sekadar minat mengumpul atau menganggapnya sebagai perhiasan.

"Lebih istimewa apabila ada pelanggan warga Bangladesh dan Pakistan yang membelinya untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan," katanya.

Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.

Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan. 

Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.

Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.

Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.

"Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya," kata Tarmizi.

"Ada yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang. Kalau hendak mengulas lebih mendalam tentang itu, saya kurang arif," ujarnya.

Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.

Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.

"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.

"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.

Bagi peniaga minyak wangi dan kasturi seperti Tarmizi, dia mengakui ada juga di kalangan pengunjung gerainya yang tidak mempercayai itulah rupa kasturi yang sebenar.

Menyingkap pengalamannya berniaga, kasturi jualannya itu paling kerap dipertikai oleh warga Pakistan yang mengatakan bahawa agak mustahil bagi orang biasa memiliki kasturi dengan mudah, apatah lagi dijual di pasar atau kaki lima.

"Mereka pelik melihat kasturi dijual dengan harga semurah ini di Malaysia.

Kata mereka, kasturi jarang sekali dimiliki oleh orang di jalanan.

"Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit," katanya.





Dapatkan segera dengan mneguhubungi no saya di talian 013-3240326.

Thursday, July 21, 2011

RAWATLAH HATI





Assalamualaikum, salam sejahtera. Dah lama rasanya tak update blog ni. Namun boleh dikatakan setiap hari saya akan buka blog ni untuk tengok pergerakannya. Banyak kisah dan pengalaman baru bergambar namun masa tak mengizinkan. Suka saya untuk mengingatkan diri sendiri betapa pentingnya merawat hati ini.

Penyakit hati merujuk kepada sifat atau akhlak yang buruk dan tercela. Antaranya sifat dengki, hasad, iri hati, dendam, khianat, pembohong, angkuh, sombong dan segalanya lagi.

Punca penyakit hati antaranya ialah:

1) Gelapnya hati kerana banyak berbuat dosa.
2.) Kerana tiada pendidikan jiwa dan rohani.
3) Membiarkan satu titik hitam menjadi beribu titik hitam.
4) Terjebak dengan maksiat dan seangkatan dengannya.
5) Banyak lagi...

Rawatan terbaik ialah memohon ampun, istighfar dan melakukan amal soleh.

Penyakit hati yg tidak dirawat membawa implikasi besar seperti jiwa kacau, hati gelisah, rezeki panas, tiada keberkatan hidup.Rumahtangga hancur, kerja tidak menentu, penyakit zahir batin pun datang, gangguan dan sebagainya.

Oleh itu rawatlah hati ini dengan taubat, ibadah dan bercampor gaul dengan orang yang baik bagi membimbing langkah menuju kepada Allah.

Insya Allah.

Tuesday, June 14, 2011

60 FAKTA SEJARAH EMAS





1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,
hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

Artikel ini di bawa oleh JongkongEmas penghargaan kepada blog harga emas malaysia.

Wednesday, June 8, 2011

PRODUK TERBARU! EMAS 916 BELAH ROTAN

GL22 Promosi Gelang Emas Belah Rotan

Untuk pengetahuan tuan-puan saya adalah dealer yang berdaftar dengan syarikat Jual beli emas AU One Sdn Bhd.,kami berpegang pada produk emas disamping memakai ianya sebagai pelaburan yang tidak pernah anda jumpa dimana-mana kedai diseluruh malaysia.

Di Indonesia terutamanya di sebelah Aceh kami pernah survey tentang barang emas perhiasan disana, kebanyakan pekedai mereka banyak membuat emas barang kemas mutu 99% ,Spread yang paling tinggi lebih kurang dalam RM12.00,tidak seperti dimalaysia lazimnya Mutu emas adalah 916, Spread hampir-hampir RM30.00.

Apa kelebihan emas 916 yang saya jual ini.
  1. Murah dari harga kedai lebih kurang RM 20.00 perbezaan
  2. Spread yang rendah RM 8.00 sahaja, tidak seperti kedai RM30.00+-
  3. Boleh dimasukkan dalam Ar-rahnu
  4. Selamat jika buat oveleping
  5. Sambil menyimpan boleh juga dipakai.
Harga jual160 perg/ harga beli 130.30pg (harga pada harini, )

Wednesday, June 1, 2011

Riadah di Pantai Tg Harapan Klang


Pantai Tg Harapan yang berada di pinggir Port Klang Selangor adalah satu tempat yang cantik nan nyaman.Ramai dikalangan kaki pancing yang datang ke sini. Diwaktu petang ramai juga yang membawa keluarga berjalan-jalan sambil minum teh tarik di kedai minum berhampiran.Tak jauh dari situ juga ada replika kapal layar yang boleh dijadikan tempat bergambar.Aku sekeluarga tidak melepaskan peluang merehatkan minda di Tg ini.


                                                Anak sulungku sedang merenung jauh kehadapan.


                                                     Replika kapal layar dari sudut hadapan.


                                                         Pemandangan matahari terbenam

                                                 Nak naik ke kapal kena naik tangga ditepi tu.


                                                          Banyak lot parking disediakan.


                                                                            Remang senja


                                                           Sambil berehat boleh minum air.


                                                                         Anak bongsuku.


                                   Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tak dapat dipisahkan.


Nukilan Brotherfad
Tg Harapan

Sunday, May 29, 2011

Air Bukit Kg Batu Rembau


Daerah Rembau terkenal dengan adat serta tempat-tempat menarik. Salah satunya adalah air Kampung Batu Rembau. Air ini dikatakan sangat bersih dan boleh dijadikan penawar. Menurut kata orang-orang tua, air ni bleh dijadikan penawar bagi penyakit seperti darah tinggi dan seangkatannya. Kata orang-orang tualah.

Air ni juga boleh dibuat air penawar bagi penyakit non medic, gangguan dan sebagainya. Ramai betul orang yang ambil. Maklumat yang diperolehi adalah dari sumber lisan oarang-orang tua dan para pengambil air disitu. Aku tak plak rujuk kat mana2 lab atau makmal.

So terpulang kepada tuan puan .


                                                   Jalan ke Bukit Inas menuju ke Kuala Pilah

 Bro Mai sang penjejak angin sedang mengmbil air untuk dibawa pulang ke Melaka.Untuk dibuat ajian katanya.



              Tengok bonet kereta wira tu.Penuh dengan air bukit.Lepas aku pulang berderet orang datang.


Fud Ahmad
Air Kg Batu

Pengalaman Sehari Kursus Perniagaan Emas

Baru-baru ni saya ada menyertai satu kursus berkenaan emas .Kursus ini untuk mengenali jenis emas, cara nak berniaga, cara nak kira harga emas dan banyak lagilah. Yang pasti lepas ni tokey emas dah tak boleh nak klentong lagi. Semua rahsia dah ada dalam tangan dah. Hahaha. Bagi sesiapa yang nak tahu pasal emas boleh hubungi aku  Bolehlah dikongsi serba sedikit apa yang aku tahu. Ilmu Allah ni luas. Menarik sebenarnya ilmu mengenali emas ni. Tapi tak ramai orang melayu nak ambik tahu. Mungkin selepas ni nak belajar ilmu berkenaan batu-batu permata, kristal dan seangkatan dengannya plak.

 Kursus ni dibuat di Hotel Sg Besi ketika cuti hari pekerja 2011.


 Tak ramai yang datang, tapi yang penting ilmunya....



 Ini bukan serbuk sebarangan.Serbuk emas ada nilai tu...


 Sesi menguji ketulenan emas serta praktikalnya sekali. Kaum lelaki lebih berminat nampaknya.


 Sempat bergambar semasa rehat.

Begitulah pengalaman sehari aku disana. Maybe lepas ni nak buat perniagaan emas plak. Pergh jadi tokey emas lepas ni. Aku pegi sorang2 je. Kawan-kawan semua tak nak join . Macam-macam hal diberikan. Tapi lepas aku balik semua sibuk nak mintak aku kongsi ilmu. Hehehe, boleh tapi kena cajlah...gurau saje..Belah kanan ni ada harga semasa emas. Boleh rujuk disitu bagi sesiapa yang ingin membeli emas perhiasan atau jongkong.

p/s: Duit seribu koyak2 baling tengah jalan rasa2 ada nilai tak.Tapi kalau kepingan emas, potong kecik2 baling tengah jalan, tengok berapa ramai orang serbu.Beras berterabur pun lagikan orang pungut.:)


 -Isnin 30.05.2011 -
Nukilan Brotherfad
Kursus Omeh


KEMBARA KE AIR PANAS KG LADA

Air Panas asli di sudut kiri jalan masuk.


Jernih dan bersih.


Penulis sedang merenung kawasan air panas semulajadi .


                                                     Penjejak badai pun sempat berposing.



Salah seorang pengunjung tetap kolam ini.


Jarak dekat pemandangan kolam.
Kolam berbentuk empat segi ni juga boleh digunakan untuk mandi .


Kolam air panas ini terletak 6 km dari pekan Rembau.Menurut atok yang ada didalam gambar diatas, kolam ini di wakafkan kepada pengunjung secara percuma sahaja untuk digunakan terutama bagi mengubati penyakit kulit dan seangkatan dengan nya.

Kolam yang terletak di kawasan kampung yang nan permai ini menerima kunjungan dari pelbagai lapisan masyarakat.Semua kaum ada datang tidak kira masa sehinggalah ke waktu tengah malam.Namun yang dikesali ada segelintir pengunjung yang tidak menjaga kebersihan .Itulah yang sangat dikesalkan.

Sya selalu bawa keluarga serta kawan-kawan dari luar merasai kenikmatan air panas disini.Selain percuma kita boleh menikmati keindahan alam disini yang jelas terpelihara dengan baik.Kalu nak yang berbayar boleh pergi sahaja ke Wet World Pedas Rembau N.Sembilan

Bagi sesiapa yang nak mengunjungi kolam ini bolehlah menghubungi saya.Saya boleh jadi pak supernya.Tiada bayaran dikenakan.Hehe dah macam iklan tour n travel plak.Banyak lagi tempat yang menarik dan mencabar.Gambarnya dah ada cuma belum di upload sahaja lagi.

- Isnin 29.05.2011-
Nukilan brotherfad
air paneh kg lado


Wednesday, April 13, 2011

Tok Kenali- Tokoh Ulama' Pencinta Ilmu





Seandainya kita meneliti sejarah hidup tikih Ulama’ Tok Kenali, sudah tentu kita akan merasa kagum kerana melihatkan sepenuh hayat beliau dicurahkan kerana ilmu pengetahuan demi mencari keredhaan Allah.Hal ini bermula sejak umur beliau sebelum mumaiyiz hingga selepas beliau menjelang baligh. Sebelum ke Mekah lagi, Tok Kenali telah mula menyumbangkan baktinya dengan mengajarkan ilmu agama dan ilmu nahu, bahasa arab di kampungnya sendiri.


Sesudah itu beliau ke tanah suci kerana melanjutkan pelajaran. Beliau berada di sana selama 22 tahun. Di kota suci itulah Tok Kenali tidak ketinggalan menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan sejawatnya yang datang dari berbagai pelusuk dunia ketika itu.


Seterusnya apabila beliau pulang ke tanah air pada tahun 1327H (1908M), beliau tidak berlengah-lengah bagi menyambungkan tugas para ulama’ sebagai mewarisi tugas perjuangan para nabi sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1352H (1933M).

Melihat kepada latar belakang riwayat hidup Tok Kenali, kita dapati beliau mendapat pendidikan yang pertama di rumahnya sendiri. Manakala pelajaran yang beliau mula tempuhi ialah Kitab suci Al-Quran Al-Karim, iaitu dengan mempelajari bacaannya. Al-Quran menjadi punca Nur yang memberi cahaya kepada Tok Kenali sehingga beliau faham dan dapat mengingati ilmu pengetahuan.Tegasnya Al-Quranlah sebagai punca ilmu kepada Tok Kenali.

Selain dari mendapat pendidikan di kampung beliau sendiri, Tok Kenali juga mendapat pengetahuan dan pengalaman di tempat-tempat lain. Ketika beliau giat menuntut ilmu di Masjidil Al-Haram, istimewa dari Tuan Guru Wan Ngah (Ahmad Bin Muhammad Zin Bin Mustafa) Petani yang menguasai bahasa Arab dan mahir dalam lain-lain ilmu termasuk sains, Tok Kenali tidak ketinggalan menerima pengaruh ajaran Hujjatul Islam, Iman Al-Ghazali yang terdapat di hujung kitabnya ‘Ayyuha Al-Walad’ (Wahai anak) menjadi amalan Tok Kenali dan ikutan murid-murid beliau hampir diseluruh dunia sebelah sini.

Tok Kenali juga adalah seorang penasihat Agama kepada negarawan terkenal di Kelantan iaitu Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan, Tuan Nik Haji Mahmud Ismail. Bahkan Tok Kenali diketahui berfahamkan bahawa ‘memisahkan agama (Islam) dari politik adalah beerti menanggalkan kepala dari tubuh, dan di kala itu keduanya akan meghadapi kehancuran.’

Selain daripada itu jiwa Tok Kenali juga tidak dapat dipisahkan daripada bidang persuratan.Malah bidang persuratan itu merupakan suatu minat dan lapangannya. Tok Kenali berminat dalam bidang ini kerana beliau adalah seorang yang cintakan ilmu pengetahuan dan inginkan ilmu pengetahuan itu kekal dan dapat dinikmati pula oleh semua orang selepasnya.Berdasarka fakta itu tidak hairanlah mengapa Tok Kenali menceburkan diri dalam pelbagai bidang ilmu seperti beliau adalah seorang penulis yang pernah menulis dalam majalah “pengasuh”(keluaran sulung). Disamping beliau juga turut mengarang buku atau kitab. Antara kitab-kitab karangan Tok Kenali ialah :

i. ‘Khasiat binatang-binatang’.Buku ini pernah tersimpan di dalam perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur di bawah tajuk pengarang Awang Kenali.Malangnya buku iti hilang dari simpanan.ii. ‘Kitab Mujarabaat’.Suatu naskhah kitab ini memang ditulis nama pengarangnya iaitu ‘Awang Kenali’, namun begitu kitab cetakan yang baru tidak lagi menggunakan nama pengarang Awang Kenali (Ianya dikosongkan sahaja diruangan pengarang).

Dalam pada itu, di Majalah Pengasuh keluaran sulung, tentang kecintaannya terhadap ilmu, Tok Kenali pernah menulis, antara kata-katanya ialah :-‘.......maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu surat Khabar yang dipunyai oleh anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan BERSATU pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan agama....’

Tok Kenali juga dikatakan pernah mengumpul atau menyimpan hasil Kesusasteraan Lama Melayu iaitu “Cetera Raja Muda”. Ini menunjukkan minat beliau dalam persuratan sejarah dan pengumpulan ilmu pengetahuan.

Menurut majalah Pengasuh, Tuk Kenali sendiri pernah berkhidmat sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam Kelantan, Anggota Dewan Ulama’ dan Anggota Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang menjalankan khidmat dengan cemerlang sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir.
Suatu usaha beliau yang patut dicontohi dalam bidang penulisan ialah beliau mempraktik dan memberi galakan sewajarnya dalam bidang persuratan atau penulisan, perkembangan buku, kitab, majalah dan akhbar.

Nyata sekali Tok Kenali adalah seorang tokoh ulama’ pencinta ilmu pengetahuan agama dan ilmu pengetahuan umum (termasuk sains).Beliaulah yang menggerak pembangunan selari dengan masa, tempat dan perkembangan masyarakat dizamannya.

Ketika hayatnya, Tok Kenali tidak kenal erti putus asa serta penat dalam berjuang dengan gigih kerana menghidup dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam selama suku abad , tanpa gaji atau upah daripada sesiapa. Perjuangan Tok Kenali adalah benar-benar merupakan suatu perjuangan ikhlas yang patut menjadi contoj bagi pejuang-pejuang dan pendakwah-pendakwah Islam masa kini dan masa depan.Semoga Allah mengganjari amal bakti Tok Kenali setimpalnya

SUMPIT ORANG ASLI CAMERON HIGHLAND


                                          Sumpit Asli Orang Asli


                                          Sisi Lain


                                          Yang kecil tu pelurunya.


                                         Gambar ehsan dari kamera sahabat saya.


                                                 Ehsan dari kamera sahabat.

Awal tahun ini, saya bersama sahabat saya pergi ke Cameron Highland. Menaiki kereta Kancil 660 tranmisi auto dengan membawa bersama set cermin mata barangan sahabat saya untuk dipasarkan di sana.Saya hanya mengikutnya sahaja. Al-maklumlah penginapan serta pengangkutan ditaja sepenuhnya. Malangnya 2 hari yang menarik itu tidak dapat diambil gambar kerana perjalanan ini bukanlah dirancang terlebih dahulu. Hanya kebetulan.

Banyak tempat-tempat menarik dan sesuai dikunjungi oleh semua masyarakat. Saya pasti akan pergi sekali lagi dan akan membawa kamera bersama. Seeloknya pergilah di hari kerja iaitu isnin -Jumaat kerana waktu ini kadar sewa bilik adalah murah berbanding hari cuti dan hujung minggu.

Semasa nak turun ke bawah untuk pulang, saya singgah sebentar di perkampungan orang asli. Saya diperkenalkan oleh sahabat saya orang asli disitu. Kemudian kami diajar cara membidik sumpit serta cara menggunakannya. Ada lapang sasar (lereng bukit tanah merah) untuk dijadikan sasaran sumpitan. Memang laju perginya. Kalau disasarkan kat badan orang naya je ni. Belum lagi pelurunya diracunkan dengan racun pokok nipah.

Tok orang asli tu menerangkan sumpit ini ada beberapa jenis dan saiznya. Yang kecil seperti gambar diatas.

'Hhm... kalau nak ambik yang panjang susah plak nak bawa nanti.' kataku dalam hati .

 Jadi saya pilih yang kecil sahaja bersama bekalan pelurunya sekali ( buluh kecik dalam gambar tu).

Kemudian tok tu cakap, "harganya RM20 sahaja."

 'Aik ingatkan nak bagi hadiah tadi.' Rungutku.

Oklah tu , siap dengan pakej  latihan sekali. Dan yang penting buatannya asli bukannya diimport dari Indonesia ataupun pakar kayu dari mana-mana.

Memori Tanah Tinggi
Tahun 2011

Wednesday, April 6, 2011

Pengalaman Sehari Kursus Rawatan Islam.

Ini adalah pengalaman saya berada dalam Seminar RIDAM di Masjid Al-Ghufron ( Rawatan islam). Rasanya tahun lepaslah  pada akhir tahun 2010. Seminar yang bermanfaat ini dihadiri lebih 30 orang dari seluruh negara. Seminar 1 hari ini memang ku manfaatkan  dan dapat ramai kawan berlainan latarbelakang. Insyallah akan hadir lagi  pada masa akan datang.

Eratkan Silaturrahim ketika 5 minutes break

Jangan potong 'Q' ar..


Jangan makan banyak sangat..Lepas ni ada sesi latihan tenaga



Time makan kena manfaatkan juga.



Pelbagai produk Ridam ada dijual.


Feel your own energy

Feel the subject energy.Saya yang berbaju ungu tu.Nanti orang tak percaya plak.


Kena praktikal...rasa sendiri..nanti ada orang kata mainan silap mata pulak.. :D


Tarik...jangan tak tarik


# Dengan Ehsan Ridam.Blogspot.com