Monday, February 21, 2011

Jemaah Tabligh



Salam kepada tuan2 yang dimuliakan oleh Allah sekalian .Alhamdulillah baru2 ini aku ada menyertai jemaah tabligh dan keluar selama 3 hari di surau bersebelahan taman aku iaitu di di Surau Taman Teratai Senawang N9. Ini adalah pertama kali aku menyertai program mereka namun di waktu malam aku tidak dapat tidur kerana perlu menguruskan anak-anak di rumah.Walaupun rasa sedih namun perkara ini tidak dapat dielakkan.

Memang benarlah tak kenal maka tak cinta. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat seperti abang Rody, abang faizal, Riffan, (dari pusat rawatan rohaniah) dan beberapa sahabat yang baru kukenali. Begitu juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Asnar (sifu) dan Juga ustaz Hambali Al Alorstari yang membuka jalan dalam jemaah tabligh ini. Terutama sekali kepada abang sharum yang tidak jemu2 memberi tunjuk ajar.

Yalah, sebelum ini aku ada pandangan yg berbeza dalam tabligh ini, namun jelas tidak seperti yang aku gambarkan. Aku dapat belajar diantaranya adab-adab, hadis-hadis, adab ziarah, dakwah begitu juga cara makan dan minum. Namun yang sebenrnya adalah hidayat Allah iaitu kemanisan perkara/ ibadat yang dilakukan. Hidayah ini adalah keja Allah..Taufik itu kekuatan., Aku hamba yang lemah ini dah banyak sangat dosa sebelum ini...Tak dinafikan usaha dakwah ni telah didedahkan semenjak aku kecil lagi ketika aku tinggal di Kg Musai Melaka.Itulah pertama sekali aku bersama meraka .Aku pergi bersama ayah aku.Teringat lagi aku hampir tertidur mendengar bayan yang diberi .Namun ada seorang hamba Allh dalam jemaah tu yg datang mengurut2 blakang badan aku dan bercakap dengan aku dengan penuh lemah lembut.Seingat akulah ketika itu umurku baru 8 tahun. Lepas kejadian tu aku terus ikut siri taklim mereka. Namun tak lama sebab mereka hanya 3 hari sahaja disitu.

Kemudian aku tidak dipertemukan lagi dengan jemaah ini sehinggalah ke tingkatan 4 di Sek Menenagh Agama Sultan Muhammad Melaka. Ketika itu memang banyak usaha dakwah dilakukan di surau sekolah tu..tapi aku selalu mengelak sebab ketika itu aku cenderong kearah satu parti yang berlabelkan islami.Kesemua cermah aku ikuti dan akulah diantara orang belakang yg kuat berteriak takbir Allahuakbar...Ketika itu aku heran kenapa ustaz2 aku yg dari Azhar dan Jordan tak join pun jemaah tabligh ni...wallahualam..

Menjangkau kealam universiti bermulalah era kejatuhan moral aku...Yalah semasa sekolah dulu kami hanya lelaki sahaja. yang ada pun guru perempuan. Sekolah agama plak tu..Di Universiti ni bercampur lelaki dan perempuan..(takperlulah aku cakap universiti apa) Dan aku menjadi kaget apabila diwaktu malam nya ramai couple2 yang melepak di cafe2 dan kedai makan..Akhirnya aku menjadi sebahagian daripada mereka...rasanya tak perlulah diceritakan disini apa yag aku dah buat dulu...

Sehinggalah aku melangkau ke alam pekerjaan, sudah berkahwin dan mempunyai anak...Tapi keadaan masih sama. Sehinggalah Allah uji aku dengan memberi sakit kepada anak aku dan diri ku sendiri...Penyakit tu adalah asbab untuk aku berubah dan kifarah dosa2 dulu. Teringat kata atok yang aku belanja tempohari ..".Hidup ini ada 2 perkara sahaja...Samada nak jadi baik ataupun terus dengan kejahilan. Kalau pilih baik insyallah baiklah selamanya..kalau pilih jahil begitulah sebaliknya..."sehinggalah kini aku masih belajar membetulkan diri.

Aku teringat perumpamaan yang diucapkan oleh abang along (ahli karkun) ....dunia ini ibarat bayang2,,,makin dikejar semakin dia jauh...kalau kita pusingkan haluan kita kepada jalan Allah...Pasti bayang2 tadi (dunia) akan mengejar kita pula...Masyaalah...kalau kita mengikut jalan Allah ( iaitu usha dakwah ) insyallah bukan sahaja mantap didunia malah hidup pun akan tenang dan maju...Kalau kita kejar dunia belum pasti kita dapat , manakala akhirat makin jauh daripada kita.Masyallah..

Usaha dakwah ini sebenarnya adalah yang utama untuk dakwah kepada diri sendiri dan keluarga. Insyaalh aku akan berazam untuk keluar lagi pada masa2 akan datang. Kali ni posting agak panjang sebab aku ada banyak masa ketika ini..Usaha blog ini pun sebenarnya adalah satu usaha dakwah untuk diri aku sendiri dan kalau ada rezeki untuk kalian ikuti itupun sudah cukup baik ..Wallahualam...


Gambar diambil dari blog al alorstari

p/s: Segala pandangan dan huraian didalam blog ini adalah atas pandangan peribadi serta hasil pemerhatian penulis sahaja.

3 comments:

  1. Persepsi masyarakat di luar kpd kumpulan tersebut amat tidak patut.Saya ada juga sekali sekala beriktikaf di masjid kumpulan tersebut pada malam Ahad di Seri Petaling,KL.Tiada cacat celanya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih..sedikit sebanyak memberi semangat...saya belum pernah keluar jemaah, tp ada azam nak keluar..perlukan seorang/kenalan untuk membawa saya...

    ReplyDelete
  3. Ya memeng benar.rasanya usaha dakwah ada di buat di surau2 di taman2.Kalau ada niat insyallah jumpa..

    ReplyDelete