Wednesday, April 13, 2011

Tok Kenali- Tokoh Ulama' Pencinta Ilmu





Seandainya kita meneliti sejarah hidup tikih Ulama’ Tok Kenali, sudah tentu kita akan merasa kagum kerana melihatkan sepenuh hayat beliau dicurahkan kerana ilmu pengetahuan demi mencari keredhaan Allah.Hal ini bermula sejak umur beliau sebelum mumaiyiz hingga selepas beliau menjelang baligh. Sebelum ke Mekah lagi, Tok Kenali telah mula menyumbangkan baktinya dengan mengajarkan ilmu agama dan ilmu nahu, bahasa arab di kampungnya sendiri.


Sesudah itu beliau ke tanah suci kerana melanjutkan pelajaran. Beliau berada di sana selama 22 tahun. Di kota suci itulah Tok Kenali tidak ketinggalan menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan sejawatnya yang datang dari berbagai pelusuk dunia ketika itu.


Seterusnya apabila beliau pulang ke tanah air pada tahun 1327H (1908M), beliau tidak berlengah-lengah bagi menyambungkan tugas para ulama’ sebagai mewarisi tugas perjuangan para nabi sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1352H (1933M).

Melihat kepada latar belakang riwayat hidup Tok Kenali, kita dapati beliau mendapat pendidikan yang pertama di rumahnya sendiri. Manakala pelajaran yang beliau mula tempuhi ialah Kitab suci Al-Quran Al-Karim, iaitu dengan mempelajari bacaannya. Al-Quran menjadi punca Nur yang memberi cahaya kepada Tok Kenali sehingga beliau faham dan dapat mengingati ilmu pengetahuan.Tegasnya Al-Quranlah sebagai punca ilmu kepada Tok Kenali.

Selain dari mendapat pendidikan di kampung beliau sendiri, Tok Kenali juga mendapat pengetahuan dan pengalaman di tempat-tempat lain. Ketika beliau giat menuntut ilmu di Masjidil Al-Haram, istimewa dari Tuan Guru Wan Ngah (Ahmad Bin Muhammad Zin Bin Mustafa) Petani yang menguasai bahasa Arab dan mahir dalam lain-lain ilmu termasuk sains, Tok Kenali tidak ketinggalan menerima pengaruh ajaran Hujjatul Islam, Iman Al-Ghazali yang terdapat di hujung kitabnya ‘Ayyuha Al-Walad’ (Wahai anak) menjadi amalan Tok Kenali dan ikutan murid-murid beliau hampir diseluruh dunia sebelah sini.

Tok Kenali juga adalah seorang penasihat Agama kepada negarawan terkenal di Kelantan iaitu Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan, Tuan Nik Haji Mahmud Ismail. Bahkan Tok Kenali diketahui berfahamkan bahawa ‘memisahkan agama (Islam) dari politik adalah beerti menanggalkan kepala dari tubuh, dan di kala itu keduanya akan meghadapi kehancuran.’

Selain daripada itu jiwa Tok Kenali juga tidak dapat dipisahkan daripada bidang persuratan.Malah bidang persuratan itu merupakan suatu minat dan lapangannya. Tok Kenali berminat dalam bidang ini kerana beliau adalah seorang yang cintakan ilmu pengetahuan dan inginkan ilmu pengetahuan itu kekal dan dapat dinikmati pula oleh semua orang selepasnya.Berdasarka fakta itu tidak hairanlah mengapa Tok Kenali menceburkan diri dalam pelbagai bidang ilmu seperti beliau adalah seorang penulis yang pernah menulis dalam majalah “pengasuh”(keluaran sulung). Disamping beliau juga turut mengarang buku atau kitab. Antara kitab-kitab karangan Tok Kenali ialah :

i. ‘Khasiat binatang-binatang’.Buku ini pernah tersimpan di dalam perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur di bawah tajuk pengarang Awang Kenali.Malangnya buku iti hilang dari simpanan.ii. ‘Kitab Mujarabaat’.Suatu naskhah kitab ini memang ditulis nama pengarangnya iaitu ‘Awang Kenali’, namun begitu kitab cetakan yang baru tidak lagi menggunakan nama pengarang Awang Kenali (Ianya dikosongkan sahaja diruangan pengarang).

Dalam pada itu, di Majalah Pengasuh keluaran sulung, tentang kecintaannya terhadap ilmu, Tok Kenali pernah menulis, antara kata-katanya ialah :-‘.......maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu surat Khabar yang dipunyai oleh anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan BERSATU pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan agama....’

Tok Kenali juga dikatakan pernah mengumpul atau menyimpan hasil Kesusasteraan Lama Melayu iaitu “Cetera Raja Muda”. Ini menunjukkan minat beliau dalam persuratan sejarah dan pengumpulan ilmu pengetahuan.

Menurut majalah Pengasuh, Tuk Kenali sendiri pernah berkhidmat sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam Kelantan, Anggota Dewan Ulama’ dan Anggota Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang menjalankan khidmat dengan cemerlang sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir.
Suatu usaha beliau yang patut dicontohi dalam bidang penulisan ialah beliau mempraktik dan memberi galakan sewajarnya dalam bidang persuratan atau penulisan, perkembangan buku, kitab, majalah dan akhbar.

Nyata sekali Tok Kenali adalah seorang tokoh ulama’ pencinta ilmu pengetahuan agama dan ilmu pengetahuan umum (termasuk sains).Beliaulah yang menggerak pembangunan selari dengan masa, tempat dan perkembangan masyarakat dizamannya.

Ketika hayatnya, Tok Kenali tidak kenal erti putus asa serta penat dalam berjuang dengan gigih kerana menghidup dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam selama suku abad , tanpa gaji atau upah daripada sesiapa. Perjuangan Tok Kenali adalah benar-benar merupakan suatu perjuangan ikhlas yang patut menjadi contoj bagi pejuang-pejuang dan pendakwah-pendakwah Islam masa kini dan masa depan.Semoga Allah mengganjari amal bakti Tok Kenali setimpalnya

SUMPIT ORANG ASLI CAMERON HIGHLAND


                                          Sumpit Asli Orang Asli


                                          Sisi Lain


                                          Yang kecil tu pelurunya.


                                         Gambar ehsan dari kamera sahabat saya.


                                                 Ehsan dari kamera sahabat.

Awal tahun ini, saya bersama sahabat saya pergi ke Cameron Highland. Menaiki kereta Kancil 660 tranmisi auto dengan membawa bersama set cermin mata barangan sahabat saya untuk dipasarkan di sana.Saya hanya mengikutnya sahaja. Al-maklumlah penginapan serta pengangkutan ditaja sepenuhnya. Malangnya 2 hari yang menarik itu tidak dapat diambil gambar kerana perjalanan ini bukanlah dirancang terlebih dahulu. Hanya kebetulan.

Banyak tempat-tempat menarik dan sesuai dikunjungi oleh semua masyarakat. Saya pasti akan pergi sekali lagi dan akan membawa kamera bersama. Seeloknya pergilah di hari kerja iaitu isnin -Jumaat kerana waktu ini kadar sewa bilik adalah murah berbanding hari cuti dan hujung minggu.

Semasa nak turun ke bawah untuk pulang, saya singgah sebentar di perkampungan orang asli. Saya diperkenalkan oleh sahabat saya orang asli disitu. Kemudian kami diajar cara membidik sumpit serta cara menggunakannya. Ada lapang sasar (lereng bukit tanah merah) untuk dijadikan sasaran sumpitan. Memang laju perginya. Kalau disasarkan kat badan orang naya je ni. Belum lagi pelurunya diracunkan dengan racun pokok nipah.

Tok orang asli tu menerangkan sumpit ini ada beberapa jenis dan saiznya. Yang kecil seperti gambar diatas.

'Hhm... kalau nak ambik yang panjang susah plak nak bawa nanti.' kataku dalam hati .

 Jadi saya pilih yang kecil sahaja bersama bekalan pelurunya sekali ( buluh kecik dalam gambar tu).

Kemudian tok tu cakap, "harganya RM20 sahaja."

 'Aik ingatkan nak bagi hadiah tadi.' Rungutku.

Oklah tu , siap dengan pakej  latihan sekali. Dan yang penting buatannya asli bukannya diimport dari Indonesia ataupun pakar kayu dari mana-mana.

Memori Tanah Tinggi
Tahun 2011

Wednesday, April 6, 2011

Pengalaman Sehari Kursus Rawatan Islam.

Ini adalah pengalaman saya berada dalam Seminar RIDAM di Masjid Al-Ghufron ( Rawatan islam). Rasanya tahun lepaslah  pada akhir tahun 2010. Seminar yang bermanfaat ini dihadiri lebih 30 orang dari seluruh negara. Seminar 1 hari ini memang ku manfaatkan  dan dapat ramai kawan berlainan latarbelakang. Insyallah akan hadir lagi  pada masa akan datang.

Eratkan Silaturrahim ketika 5 minutes break

Jangan potong 'Q' ar..


Jangan makan banyak sangat..Lepas ni ada sesi latihan tenaga



Time makan kena manfaatkan juga.



Pelbagai produk Ridam ada dijual.


Feel your own energy

Feel the subject energy.Saya yang berbaju ungu tu.Nanti orang tak percaya plak.


Kena praktikal...rasa sendiri..nanti ada orang kata mainan silap mata pulak.. :D


Tarik...jangan tak tarik


# Dengan Ehsan Ridam.Blogspot.com

Monday, April 4, 2011

Malam Di Kota Melaka

Baru-baru ini saya bersama Sheikh Faiz bersama isteri dan anaknya berkunjung ke Melaka. Oleh kerana ketika itu saya dan kelurga berada di Bukit Baru Melaka.Tidak menjadi maslah bagi saya untuk membawa sahabt saya ini bersiar-siar di Bandar Melaka sambil menyusuri pemandangan malam di Kg Morten Melaka.Sememangnya Melaka telah mengalami banyak perubahan. Lihat sahaja gambar2 dibwah ini.Memang cantik setanding tempat2 lain di luar negara.



Gambar dari sudut bawah .Anak2 dan bini je naik.



Sahabt saya begitu kagum sehingga tidak dapat berkata2.


Sempat memberi pose terbaiknya.Sambil menunggu anak dan isteri selesai menaiki roda berputar tu.


Penulis pun nak berposing jugak.Kang orang tak percaya saya berada disitu.



Ini di Down Town sebelah Mahkota Prade.Gambar anak2 bermain belon.


Anak orang lain pun join sama.




Antara pemandangan indah sepanjang Sungai Melaka.


Melaka betul2 telah berubah.Dulu masa kecik2 kotor je sungai ni.



Dulu inilah tapak terminal express Melaka.Kini telah berubah wajah menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.Boleh menenangkan jiwa.Tapi jangan dicampur dengan maksiat sudahlah..

Nukilan brotherfad
Kota melaka di malam hari