Wednesday, April 13, 2011

Sumpit Orang Asli Cameron Highland


                                          Sumpit Asli Orang Asli


                                          Sisi Lain


                                          Yang kecil tu pelurunya.


                                         Gambar ehsan dari kamera sahabat saya.


                                                 Ehsan dari kamera sahabat.

Awal tahun ini , saya bersama sahabat saya pergi ke Cameron Highland . Menaiki Kancil 660 tranmisi auto dengan membawa bersama set cermin mata barangan sahabat saya untuk dipasarkan di sana. Saya hanya mengikutnya sahaja. Almaklumlah penginapan serta pengangkutan ditaja sepenuhnya. Malangnya 2 hari yang menarik itu tidak dapat diambil gambar kerana perjalanan ini bukanlah dirancang terlebih dahulu. Hanya kebetulan.

Banyak tempat2 menarik dan sesuai dikunjungi oleh semua masyarakat. Saya pasti akan pergi sekali lagi dan akan membawa kamera bersama. Seeloknya pergilah di hari kerja iaitu isnin -Jumaat kerana waktu ini kadar sewa bilik adalah murah berbanding hari cuti dan hujung minggu.

Semasa nak turun ke bawah untuk pulang , saya singgah sebentar diperkampungan orang asli disitu. Saya diperkenalkan oleh sahabat saya orang asli disitu. Kemudian kami diajar cara membidik sumpit serta cara menggunakannya. Ada lapang sasar ( lereng bukit tanah merah) untuk dijadikan sasaran sumpitan. Memang laju perginya. Kalau disasarkan kat badan orang naya je ni. Belum lagi pelurunya diracunkan dengan racun pokok nipah.

Tok orang asli tu menerangkan sumpit ini ada beberapa jenis dan saiznya. Yang kecil seperti gambar diatas. Dia suruh pilih " hmmm kalau nak ambik yang panjang susah plak nak bawa nanti. "kataku dalam hati . Jadi saya pilih yang kecil sahaja bersama bekalan pelurunya sekali ( buluh kecik dalam gambar tu).

Kemudian tok tu cakap , harganya RM20 sahaja. "Aik ingatkan nak bagi hadiah tadi.!! " Rungutku dalam hati .Bagi jelah..Oklah tu , siap dengan pakej  latihan sekali. Dan yang penting buatannya asli bukannya diimport dari Indonesia ataupun pakar kayu dari mana-mana.

Memori Tanah Tinggi
2011

1 comment:

  1. En penulis, klu boleh,tambahkan lg koleksi gambar di cameron highlands..sikit sgt la gambarnye...tak puas saya nak hayati pemandangan flora n faunanya...

    ReplyDelete