Wednesday, November 6, 2013

TOYOTA LE LAMA


KERETA TOYOTA LE TAHUN 1987















Inilah rupanya kereta Toyota LE lama tahun 1987. Berkeupayaan 1.6 cc. Kereta ini aku ambik dari bapa mertua. Cadangnya kereta ini mahu dijual. Tapi sayang pula jika dijual baik aku je yg ambik. Ambil tu kira belilah. Pada awalnya memang banyak masalah kereta. Maklumkah kereta lama..

Minyak bocor. Asap putih bayak keluar. Macam macam lagilah.Walaubagaimanapun kereta ni tetap boleh berjalan jauh. Banyak penambahbaikan telah dibuat. Segala masalah telah dibaiki. Namun masalah enjin berbunyi semasa enjin panas masih belum selesai. Dah banyak mekanik pergi. Masih tak hilang bunyinya.

Kini dah tukar sport rim besar.takde plak..Gambar2 diatas adalah gambar semGambornya asa proses pemulihan..Nak tukar enjen turbo blaktop modal plak takde


Monday, October 28, 2013

URUT SARAF


URUT SARAF





Urut Saraf. Ya itulah tajuk pada hari ini dan itulah yg aku nak cerita disini. Pengalaman pergi urut urat saraf di Giant Senawang N9 oleh seorang OKU cacat penghilatan. Pada awalnya memang aku menyesal datang.

Apa taknya dia hanya urut menggunakan Siku. Hanya menggunakan siku dari kaki sampailah keseluruh badan. Sakit memang terasa sampai rasa menyesal pula. Terangkat kaki dan tangan aku menahan kesakitan. Lagi sakit lagi ditekannya.Aduhh..

Dari bahagian belakang terus ke bahagian hadapan.Ha yang ini memang aku tak tahan. Urut dibahagian perut. Dipusarnya menggunakan siku.Wahhhh...hahaha...akhirnya aku boleh kontrol dan  aku pulak belajar skil daripadanya. Aku tanya macam macam dan dapatlah sedikit ilmu iaitu teknik urut bagi migrain dan darah tinggi begitu juga untuk kencing tidak lawas.

Letih pula nak cerita lebih. Aku memang suka minta pandangan serta bertukar bertukar  info serta ilmu. Sekurang kurangnya dapatlah sedikit daripada tidak ada..

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Google



Monday, June 17, 2013

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN





Ahlan Wasahlan bulan Ramadhan yang mulia ini yang akan tiba tidak lama lagi. Bersempena bulan Ramadhan yang akan datang pihak kami telah mendaftar niaga dengan nama Qhalifah Maju Resources. QmR pada 17.06.2013. Tarikh bersejarah ni.

Perniagaan yang akan dijalankan adalah dengan memasarkan serta menjual pelbagai jenis pakaian, kain tudung serta pebagai pakaian wanita mengikut fesyen terkini. Kami juga memasarkan dan menjual gadjet serta aksesori hand phone seperti charger dan powerbank secara online dan Ofline.

Produk pertama yang kami telah keluarkan sebelum ini ialah minyak kasturi putih, merah dan kijang. Memandangkan banyak permintaan yang tinggi serta ingin memfokuskan kepada satu keluaran. Kami telah mengeluarkan minyak kasturi merah khas untuk semua. Minyak kasturi Merah QhaliFah. Gambar akan diupload nanti.

Semoga perniagaan ini akan berjaya selaras dengan sunnah nabi kita Muhammad Rasulillah Sallawahualaihi Wasalam.

Nukilan Brotherfad
2013

Sunday, June 2, 2013

KEMBARA KE JALAN LAMA ULU BENDUL



Pemandangan dari atas jalan. Sunyi sepi tiada sebarang kenderaan lalu. Bunyi burung dan unggas sahaja.Sesekali terdengar bunyi deruman lori dan bas yang sedang lalu dibawahnya.



 Denai pejalan kaki. Mungkin jalan bagi pemikat burung.



Pemandangan jalan baru dibawah.



Jalan sunyi. Suatu ketika dulu jalan ini sangat sibuk



Meninjau dari arah atas. Satu pemandangan yang agak cantik



Menjelang malam semakin sunyi jalan..



Jalan yang sibuk ketika dahulu, kini boleh rileks berposing  diatas jalannya.


Salah satu pose menarik penulis..huhu

Ini adalah jalan lama Ulu Bendol kuala Pilah. Bersama my brother penjejak badai dari Melaka. Pada suatu ketika jalan ini sangat sesak dengan kenderaan menuju ke Seremban mahupun ke kuala Pilah.

Kini jalan ini sunyi ditemani bunyi bunyi unggas dan burung. Ketika dulu inilah jalan yang ku lalui ketika bertugas di Daerah Jempol. Banyak kemalangan yang berlaku yang meragut nyawa manusia. Dikatakan jalan ini berhantu menurut kata oranglah. Mazidul Akma dalam satu program dia ada membuat liputan berkenaan jalan ini yang dikatakan berhantu.

Apapun tempat ini memang nostalgia. Pada waktu petang boleh lepak diatas itu melayan fikiran melihat keindahan alam dan kenderaan lalu lalang dibawahnya.

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Ibnu Ahmad Petang di jalan lama..
Ulu Bendol 2013

KEMBARA KE SAIGON VIETNAM



                                                    Di Tugu Saigon apa nama tah..


                                                            Mercu tanda di Saigon



                                 Di hotel penginapan tak jauh dari Pasar Ben than.


                                                       Pemandangan jalan yang sesak.


                                                           Ramai yang bermotorsikal.


                                                  My lovely wife pun nak berposing gak.


                                                         Malam di Saigon Perghhhh


                                                              Malam malam disana meriah


            Yang pasti di sana syurga membeli belah masaklah aku dok membawa barang.


Kembara ke Saigon Vietnam hanya satu hari semalam sahaja memfokuskan di bandar Ho Chi Min Saigon Vietnam. Keadaan yang sesak dengan kenderaan bermotor dengan helmet yang comel. Tak dapat guna helmet macam ini di malaysia. Yang pasti barang barang di sana sangat murah dan menjadi syurga membeli belah bagi orang Malaysia. Kiri kanan orang malaysia sahaja.

Walaupun harga barang banyak murah tapi tidak setimpal dengan harga makanan disana. Mahal gila. 4 orang makan hampir seratus. Makanan yang diambil pula hanya nasi goreng dan air buah. Waduhh. Diluar pula kebanyakannya makanan tidak halal. Ada beberapa restauran melayu Champa dan ada juga restoran 1 malaysia. Jangan tak percaya..hehe.

Apapun memang best dan  Insyallah akan datang lagi sebab nak mulakan berniaga barangan kain. In sya allah..

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Ibnu Ahmad
Nukilan di Saigon 2013




RUMAH ATOK AKU



Rumah atok. Itulah nama diberi. Rumah ini terletak di Kampung Sungai Suluh Batu Pahat Johor. Terletak di pinggir kampung. Kini atuklah yang mendiami rumah ini bernama Mon Bte Mahmud. Orang kampung memanggilnya dengan panggilan Mak Long Mon. Ini kerana usianya yang telah menjangkau 90 an dan seusia dengan Mantan PM kita Dr Mahathir .

Bila tiba hari raya dan cuti sejak kecil lagi aku akan balik ke kampung ini. Rumah ini pada awalnya rumah tinggi dan lain bentuknya. Di ubah dari masa ke semasa hingga sekarang. Walaupun atok sudah tua namun masih kuat. Rumah inilah yang dijaga serta persekitarannya.

Dalam aku membelek gambar dalam fb aku tiba- tiba terjumpa gambar ini dan terdetik untuk menyoretkan serba sedikit cerita mengenainya. Kini pada tarikh 03.05.2013 atokku masih sihat dan mendiami rumah ini. Rumah inilah yang akan kami sekelurga dari Melaka akan pulang ketika hari raya. Semoga diberikan kekuatan yang baik kepada atukku Mon Bte Mahmud.




Update: Untuk makluman atukku telah meninggal dunia.Coretan diatas pada tarikh 03.05.2013. 
Tarikh hari ini: 11.10.2019