Sunday, June 2, 2013

KEMBARA KE JALAN LAMA ULU BENDUL



Pemandangan dari atas jalan. Sunyi sepi tiada sebarang kenderaan lalu. Bunyi burung dan unggas sahaja.Sesekali terdengar bunyi deruman lori dan bas yang sedang lalu dibawahnya.



 Denai pejalan kaki. Mungkin jalan bagi pemikat burung.



Pemandangan jalan baru dibawah.



Jalan sunyi. Suatu ketika dulu jalan ini sangat sibuk



Meninjau dari arah atas. Satu pemandangan yang agak cantik



Menjelang malam semakin sunyi jalan..



Jalan yang sibuk ketika dahulu, kini boleh rileks berposing  diatas jalannya.


Salah satu pose menarik penulis..huhu

Ini adalah jalan lama Ulu Bendol kuala Pilah. Bersama my brother penjejak badai dari Melaka. Pada suatu ketika jalan ini sangat sesak dengan kenderaan menuju ke Seremban mahupun ke kuala Pilah.

Kini jalan ini sunyi ditemani bunyi bunyi unggas dan burung. Ketika dulu inilah jalan yang ku lalui ketika bertugas di Daerah Jempol. Banyak kemalangan yang berlaku yang meragut nyawa manusia. Dikatakan jalan ini berhantu menurut kata oranglah. Mazidul Akma dalam satu program dia ada membuat liputan berkenaan jalan ini yang dikatakan berhantu.

Apapun tempat ini memang nostalgia. Pada waktu petang boleh lepak diatas itu melayan fikiran melihat keindahan alam dan kenderaan lalu lalang dibawahnya.

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Ibnu Ahmad Petang di jalan lama..
Ulu Bendol 2013

No comments:

Post a Comment