Sunday, June 2, 2013

RUMAH ATOK AKU



Rumah atok. Itulah nama diberi. Rumah ini terletak di Kampung Sungai Suluh Batu Pahat Johor. Terletak di pinggir kampung. Kini atuklah yang mendiami rumah ini bernama Mon Bte Mahmud. Orang kampung memanggilnya dengan panggilan Mak Long Mon. Ini kerana usianya yang telah menjangkau 90 an dan seusia dengan Mantan PM kita Dr Mahathir .

Bila tiba hari raya dan cuti sejak kecil lagi aku akan balik ke kampung ini. Rumah ini pada awalnya rumah tinggi dan lain bentuknya. Di ubah dari masa ke semasa hingga sekarang. Walaupun atok sudah tua namun masih kuat. Rumah inilah yang dijaga serta persekitarannya.

Dalam aku membelek gambar dalam fb aku tiba- tiba terjumpa gambar ini dan terdetik untuk menyoretkan serba sedikit cerita mengenainya. Kini pada tarikh 03.05.2013 atokku masih sihat dan mendiami rumah ini. Rumah inilah yang akan kami sekelurga dari Melaka akan pulang ketika hari raya. Semoga diberikan kekuatan yang baik kepada atukku Mon Bte Mahmud.




Update: Untuk makluman atukku telah meninggal dunia.Coretan diatas pada tarikh 03.05.2013. 
Tarikh hari ini: 11.10.2019







No comments:

Post a Comment