Sunday, June 26, 2016

NANTIKAN KEMUNCULAN NUREN MIRACLE MARKETING


Bismillah .

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Rasanya dah lama tidak update blog ni. Sekarang ni rasanya sudah ada banyak masa sikit. Bolehlah cerita perkembangan dalam tahun ini. Sepanjang Jan 2016 hingga Jun 2016 banyak perkara berlaku. Yang paling tidak boleh dilupa adalah pengalaman manis menunaikan umrah di Tanah Haram.

Umrah bulan 5 2016

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Nantilah dalam satu masa akan diceritakan secara detail pengalaman pengembaraan mengerjakan umrah.Yang pasti , penceritaan nanti penuh dengan misteri
kerohanian dan keinsafan.



Nuren Miracle Marketing

Selepas pulang dari menunaikan umrah, mendapat gerak atas doa yang dipohon disana untuk memulakan perniagaan dalam produk kecantikan .Yelah sebelum ni asyik menjual produk orang je. So kali ini ingin memulakan kehidupan baru dengan berniaga secara serius.

Alhamdulillah, sehingga hari ini telah masuk fasa ke 3 dalam perancangan strategik dan ianya berjalan dengan lancar. Kini dalam proses sample ujian sample. Proses ini agak rumit kerana produk yang hendak dikeluarkan nanti biarlah berkualiti dan boleh berdaya saing didalam pasaran.

Insya allah dalam 3 bulan lagi akan keluar produk yang dihasilkan dengan beberapa elemen penting yang superb . Menang membeli menang memakai.

Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan puan semua boleh memberi kata-kata semangat kepada saya agar dapat menaikkan aura positif dikalangan kita semua.

Boleh email ; qalbupower@gmail.com
dan slot komen diruangan komentar dibelah kanan.