Wednesday, July 5, 2017

GAJI LAMBAT LAGI



Assalamualaikum.

Ramai mengeluh gaji lambat lagi. Berpeluh dahi. Kalau dulu makan KFC sekarang isteri tapaukan bekal kepejabat. Aduhhh...

Saya cool saja. Semalam saya sudah listkan jemputan raya hingga hujung bulan. Jimat makan tengahari. Hahaha.

See...orang lelaki kacak memang banyak idea.

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Google 



Tuesday, July 4, 2017

INTO THE WOODS


Malam tadi. Si Najwa mengajak saya menonton movie bertajuk "Into The Woods" di Tv3.

" Ayah Johnny Deep pun berlakon sekali tau" tambah Najwa lagi.

Hero tu, mana boleh terlepas menonton. Hairan. Cerita ni saya tidak tahu pun. Huh.

Untuk makluman saya cukup minat dengan pelakon ini. Pelakon kelas A dan pelakon utama siri  Pirate Of The  Caribbean, Edward Scissorhands , The Tourist , The Lone Ranger dan banyak lagi.

Lakonannya sangat berkesan dan penuh dengan karektor. Mantap.

Berbalik kepada cerita diatas. Baru suku tayangan saya sudah tertidur. Semasa isteri mengejut saya untuk tidur di bilik...masih terdengar lagi ditelinga ini nyanyian dalam movie.

Skripnya penuh dengan nyanyian. Potong betul cerita macam ni. Cuba bayangkan The Rock menyanyi nyanyi dalam "movie" minal awal ila akhir. Grrrr.

Itu saja nak cerita...

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Google