Wednesday, August 9, 2017

KISAH TOK BATIN


14 tahun dulu. Saya pernah ditugaskan di Daerah Jempol N9. Setiap bulan kami akan masuk ke kampung , ladang sehingga pelusuk rantau untuk memberi bantuan.

Tidak terkecuali di perkampungan orang asli. Setiap bulan jugalah kami akan berjumpa mereka. Ketika itu ramai yang mengambil kesempatan menjual segala hasil mahsul hutan kepada kami.

Paling sukar untuk kami lupakan. Bila saya bertanya kepada tok batin disitu.
"Tok ini ubat, berapa harga? " Tanya saya berminat sambil membelek sebungkus akar kayu. Ubat periuk. Untuk badan kuat.

"Ini bukan ubat, ini akar kayu... kalau mahu ubat pergilah ke hospital." Jawab tok batin tadi dalam loghat orang aslinya. Muka selamba.

"Hmm...adoiii!."

Saya beli jugalah sebungkus dan sebotol madu hutan. Katanya diambil sendiri. Harganya akan jadi mahal jika ada 2 sarang dalam 1 pokok. 

Saya tanya lagi. " Kenapa mahal tok? Patut dua sarang lagi murah sebab kena bagi dua."

Tok batin menjawab lagi. Serius." Mestilah mahal. Kau bayanglah 2 pasukan datang menyerang serentak.Teruk tok dikerjakan. Berbaloilah mahal."

Huhh!

Apapun kenangan itu susah mahu dilupakan. Malah kami menjadi rapat selepas itu.

Ok nak 'godak' kopi jap.


Teks:  Fud Ahmad

No comments:

Post a Comment