Wednesday, August 9, 2017

ACHIK KATANYA


Malam kelmarin. Kedai makan di Dataran Senawang 2. Saya bersama 2 orang sahabat berjanji untuk lepak bersama.Seperti biasa saya memesan nescafe tarik power buih lebih dan sepiring lempeng pisang. 2 orang rakan lagi memesan cekodok goreng dan Char kuew tiaw.


Pesanan saya telah sampai tanpa sambal untuk dicicah. Saya memandang adik tersebut. Umur dalam lingkungan awal 20 an. Manis.


"Dik mana sambal? Abang kalau makan lempeng mesti ada sambal. Roti canai pun biasa lawan dengan sambal juga. Kalau tiada macam kurang 'umpphh' -lah." Terang saya seperti lagaknya seorang pensyarah.


"Acik tunggu yo. Nanti saya ambilkan. Sementara tu Acik minumlah dulu." 


Adik itu berlalu pergi dan dia tidak perasan muka saya telah berubah menjadi merah.
"Acik kau kata ? Bulan 10 ni nak dapat baby baru tau." Balas saya tidak puas hati.


Saya terus minum sementara 2 orang rakan saya tak habis habis lagi gelak.
Ngeh!

Notakecik : Acik adalah nama lain bagi pakcik. 

Begitulah.



Teks: Ibnu Ahmad



No comments:

Post a Comment