Tuesday, August 22, 2017

KUNCI


Ini cerita serius.

Tadi. Selepas membaca berita kemalangan di lebuhraya. Teringat saya kepada satu kisah ini. Ketika itu saya berseorangan menuju ke Kuala Lumpur. Berhenti sekejap di R&R Seremban.

Ketika itu kelihatan ramai anak - anak gadis menaiki bas Uitm. Mereka ingin berhenti berehat. Lawa - lawa belaka. Maka saya turunlah dari kereta menuju ke gerai di R&R tersebut.

Saya berjalan dengan penuh bergaya sambil memusing-musingkan kunci kereta. Memakai cermin mata hitam sambil mengatur jalan.

Tiba- tiba entah macam mana kunci kereta terlepas dari tangan dan masuk ke longkang. Aduh. Diatas longkang itu terdapat penutup besi. Penutup itu pula sangat ketat. Bala betul. Syukur kerana tiada air .

Akhirnya saya terpaksa turun ke dalam longkang. Dalamnya hingga ke paras pinggang. Mujur ada abang indon yang menjual 'handfon' murah membantu saya menarik tangan ke atas.

Yang pasti selepas itu saya terus berpatah balik ke kereta semula dengan muka merah padam.

Dari jauh saya terdengar riuh adik - adik manis tadi bergelak ketawa. Huh!

* Simpanlah kunci kereta anda ditempat yang selamat agar kau tidak kecundang nanti. Serius.

No comments:

Post a Comment