Wednesday, August 9, 2017

SHAHDU PETANG JUMAAT



Kisah semalam. Ibu dan seorang anak lelaki berumur 19 tahun berjumpa dengan saya. Sang ibu menangis teresak-esak menceritakan kisah anaknya. Anaknya pula hanya menundukkan kepala sambil menelan air liur. 

Soalan saya. "Berapa kali adik pernah melihat ibu menangis kerana gembira?"

“Tidak pernah,” jawabnya lagi.

Soalan saya lagi. “Berapa kali pula adik melihat ibu menangis begini?

“Banyak kali bang,” jawabnya dengan sedikit kesal. 

“Boleh tak saya cadangkan adik berazam untuk melihat ibu menangis kerana gembira pula. Boleh?" Belum sempat saya menambah adik itu terus mencelah.

“Saya berazam bang, tiada lagi air mata ibu saya keluar kerana sikap saya walaupun setitik. Ini janji saya.” katanya lagi sambil memegang tangan ibu yang masih belum berhenti tangisannya. Diangkatnya tangan ibu itu dan dicium.

Belum sempat saya bercakap, tiba -tiba suara tersekat, dan mata ini mula berkaca- kaca…
Saya sempat membongkok seolah-olah mengambil pen yang jatuh sambil mengesat air mata.

 Aduh!


No comments:

Post a Comment