Wednesday, September 20, 2017

PENANGAN ILMU PENUNDUK SUAMI




PENANGAN ILMU PENUNDUK SUAMI.


Petang itu. Aku menerima teks dari Tok Ali. Mengatakan ada satu kes meroyan di Seremban. Macam biasa, bila ada kes - kes melibatkan gangguan ini, Tok Ali akan mengajak aku bersama. Menjadi pembantunya.


Tok Ali ini. Umur 60 an. Seorang yang sederhana.Tidak nampak sisi diri seorang perawat. Sekali pandang, tiada apa yang istimewa padanya. Gemar memakai baju melayu hitam dan berseluar jeans apabila merawat. Pelikkan.


Kadang - kadang keluarga pesakit menyangka aku lah perawatnya. Mungkin melihat cara aku berpakaian seperti seorang ustaz dan berjanggut. Bila dimaklumkan Tok Alilah yang akan merawat. Meraka akan tersipu - sipu malu kerana salah. Huh!


Malam itu. Kami menaiki motorsikal ke kediaman pesakit. Tok Ali memaklumkan sudah 3 kali suami pesakit ini merayu untuk mengubat isterinya. Dan 3 kali itulah ada saja halangan.Tetapi tidak pada kali ini. Janji mesti ditunaikan.


Sampainya di sana. Suami pesakit menjemput kami masuk ke dalam rumah. Rumah teres 2 tingkat ini bersih dan cantik. Perabut tersusun baik dan penuh dengan barangan hiasan. Pandai isterinya mengemas rumah kata ku didalam hati.


Suami pesakit seorang yang peramah. Mesra orangnya. Bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Hebat.


Disisinya 2 orang anak kecil berumur 4 dan 6 tahun sedang leka bermain. Aku pula hanya memerhati  gelagat mereka sambil mendengar Tok Ali melayan borak.


Tiba- tiba aku rasa pedih dibelakang tengkuk.Tangan aku terasa kesejukan. Kenapa ni ya? Dingin. Walaupun kipas hanya berpusing perlahan. Meremang bulu romaku.


"Abaikan jelah" .Kataku dalam hati.
Tidak lama kemudian. Pesakit datang membawa dulang minuman. Kami dipelawa minum air kopi panas yang kuat aromanya.


Pesakit ini umurnya dalam lingkungan awal 30 an. Kulitnya putih persis orang cina. Dan sedang- sedang sahaja saiz badannya. Memakai tudung, nampak ayu dan sopan.


Dia terus duduk bersimpuh disisi suaminya. Matanya menjeling tajam kearah aku. Aku tidak senang duduk. Dia senyum pula bila memandang Tok Ali. Hairan aku.

"Apa sebenarnya masalah isteri tuan ni? “Tanya Tok Ali. Cawan kopi diletakkan perlahan diatas meja. Berselera aku tengok Tok Ali minum.


"Begini, saya sudah puas bawa isteri saya berubat. Dengar saja orang yang pandai saya akan pergi. Peliknya penyakit isteri saya masih begitu juga." 


Suaminya menghentikan perbualan dan menyuruh anak-anak yang leka bermain tadi masuk tidur. Saya lihat jam dinding sudah hampir pukul 10 malam.


Dia sambung lagi.


"Isteri saya ni Tok , bila - bila masa dia akan dirasuk gangguan.  Tambah parah lepas lahirkan anak kami yang nombor 3 ini." Sambil menunjukkan bayi yang sedang tidur didalam buaian.


Tok Ali khusyuk mendengar. 


"Gangguan yang macamana tu? Cuba cerita sedikit".


"Isteri saya boleh kerasukan pada bila-bila masa saja. Biasanya dia akan lupa siapa dirinya. Kadang-kadang jadi nenek tua. Ada kala perilaku dia nampak seperti seekor harimau yang mendengus dan mencakar - cakar lantai. Ngeri"


Aku nampak suaminya menggengam erat tangan isteri. Romantik pula aku perhatikan mereka ni. Nasib baik aku sudah kahwin. Bermonolog aku malam -malam ni. Heh!


Tangan Tok Ali dicuit. Dengan muka penuh cemas. Suaminya berkata sambil memandang kanan dan kiri. Perlahan saja suaranya.


"Saya pula tok, selalu nampak kelibat wanita berbaju putih di dalam rumah ini. Rambutnya ikal, panjang dan berwarna hitam. Selalu kelihatan bila malam. Takut saya dibuatnya. Oleh kerana selalu nampak, saya dah jadi biasa. Tidaklah dia mengacau. Hanya suka menjelma begitu. Masalahnya apa saja ayat yang saya baca tidak memberi kesan!"


Saya perhatikan isterinya hanya mendiamkan diri. Membiarkan suami menjelaskan segalanya. Lamunan saya terhenti bila Tok Ali mula bersuara tegas.


"Baiklah mari kita mulakan. Cara saya lain sikit iya. Saya akan gunakan teknik terapi jiwa. Soul healing sadar Allah.Teknik ini dengan izin Allah boleh merungkai apa masalah sebenar yang dihadapi pesakit. "Semangat aku tengok Tok Ali memberi penjelasan.


Tok ali meminta pesakit melunjurkan kaki. Ditutupnya pesakit tadi dengan kain dibahagian kaki. Pesakit diarahkan tenang dan perlu mendengar sahaja arahan.


Sebagai pembantu.Tok Ali minta aku mulakan dengan membaca rukyah bermula dengan ayatul Kursi. Dan beberapa set ayat rukyah dibahagian belakang pesakit. 


Sebenarnya aku bukan pandai sangat. Ada kitab kecil ditangan.Bolehlah.Tinggal baca saja. Itupun kena paksa. Kalau ikutkan aku suka menjadi penonton saja.


Wanita tadi tenang sahaja.Tiada sebarang tindak balas. Lepas habis bacaan rukyah. Aku laungkan azan di telinga kiri. Kemudian mengambil sejadah dan mengibas belakang wanita itu seraya berkata .


"Keluarlah kau wahai Musuh Allah" Beberapa kali. 


Setakat ini sajalah yang aku tahu. Itupun jenuh Tok Ali ajar.Dan...aku bukannya berani sangat.Jujur.


"Grrr"..."Grrr" "Arghhhhh".Tersentak aku.


Ketika itu pesakit memalingkan kepalanya kearah aku dan menjerit-jerit. Allah hai. Suaranya bertukar menjadi garau .Kelakuannya seperti harimau yang mahu menerkam mangsa.


"Pergi kau dari sini...pergi! Kau tak layak mengubat aku." Aku terkejut.Tidak sedar sudah berada di belakang Tok Ali. Berdebar jantung aku disergah begitu. Kalau selalu disergah begini mahu tercabut jantung aku.Huh!


"Betullah memang aku tak layak. Aku kan bantu saja".Jawabku dalam hati. Marah.


Tok Ali meminta suami menyedarkan isterinya. Dia tidak suka berdialog dengan gangguan pesakit. Cukuplah sekadar dia tahu bahawa pesakit memang benar-benar terkena gangguan.


Wanita tadi tersedar dari rasukan selepas suami memujuk perlahan-lahan. Syukur. Keadaan kembali tenang.Tok Ali terus mengadap wanita tadi. Kemudian meminta wanita tadi meletakkan tangan ke dada kiri. Dia ikut saja tanpa membantah.


"Dengar arahan tok ye...tutup mata dan bayangkan apa yang tok cakap boleh?" Tok Ali memulakan sesi yang dipanggil terapi jiwa.


"Tenang dan dengar arahan tok. Bayangkan wajah ibu dan ayah kamu ...maafkan mereka. Bayangkan mereka juga memaafkan kamu. Jika kamu sudah selesai cuba angkat jari kamu ya." 


Ketika ini aku nampak wanita tadi sudah berjurai air matanya. Teresak-esak dia menangis. Hiba.


"Tenang ya...jika kamu sudah tenang atok nak teruskan lagi. Sekarang cuba bayangkan wajah suami kamu. Maafkan semua kesalahan dia." 


Belum sempat Tok Ali menghabiskan ayat, wanita tadi meraung-raung dan melekap di kaki suaminya. Makin pelik pula aku tengok.


"Maafkan saya bang....huhuhu. Maafkan saya bang , saya bersalah bang...Ampun bang. huhuhu."


"Awak tiada salah apa-apa pun. Kenapa ni? Sabar ye". Semakin pelik melihat gelagat isterinya.


"Bang maafkan saya...Selama ini saya simpan rahsia ni. Saya tak tahan dah. Sebenarnya...sebenarnya."


Semakin kuat dia meraung aku tengok. 


"Sebenarnya apa? Suaminya mula tidak keruan.Tok Ali aku nampak menghalakan tapak tangannya ke arah pesakit .Mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu.


"Sebenarnya saya sudah tipu abang. Saya sudah guna - gunakan abang. Saya amalkan ilmu "tepuk bantal". Supaya abang cintakan saya dan jadikan saya sebagai isteri. Saya belajar ilmu ini sebelum kita kahwin lagi."


"Allahuakbar...apa yang awak dah buat ni? Allahhhh."Suaminya menggeleng2kan kepala.Serius wajahnya.


"Maafkan saya bang, tak tahan dah. Hati saya tidak tenang. Berkecamuk hati ini. Lepas ni abang nak buat apapun saya redha. Janji hati saya tenang." Wanita tu memeluk kaki suaminya dan menangis.


"Hmmm.Tak apalah abang maafkan awak. Lupakan saja ya. Abang tidak kisah pun." Pujuk suaminya penuh kasih sayang. Mungkin terharu dengan pengakuan ikhlas isterinya.


"Selama ini saya memendam rasa bersalah yang amat sangat. Tapi saya takut abang akan tinggalkan saya jika bagitau hal yang sebenar. Kita dah kahwin selama 6 tahun bang." Mereka berpeluk sambil menangis. Aku buat -buat tak nampak masa itu. Hmmm. Berdrama pula. Sebiji macam cerita drama melayu petang- petang tu.


"Macamana ni tok. Saya perlu buat apa?" Dalam keadaan berjuraian air mata suaminya bertanyakan soalan.


"Maafkan sajalah, dia sudah tersiksa batinnya terlalu lama. Nanti tok buang ilmu yang diamalkan itu. Kau pun sayangkan bini dan anak-anak kau kan." Proses rawatan sebenarnya lama.Tidak sangka selesai secepat ini. 


Tok Ali memanggil semula wanita tadi dan memulakan semula sesi rukyah.Syukur tiada lagi tindak balas yang menakutkan berlaku lagi. 3 kali tok Ali scan nyata gangguan tadi sudah tiada. Akhir sekali lafaz pemutus saka dan ikatan dibuat. Tok Ali bekalkan air penawar untuk mandi dan minum.


Selepas dipastikan tiada gangguan didalam badan mereka.Tok Ali mengajar mereka suami isteri zikir bagi mendapat kekuatan dalaman.


Mereka diajar berzikir setiap masa di dalam hati. Ingat Allah sentiasa agar qalbu mereka on. Hati mereka tidak mati dari mengingati Allah. Hati yang kosong mudah bagi gangguan datang menghuni dan mengambil kesempatan.Tambah lagi jika mengamalkan ilmu yang bukan -bukan. Dikhuatiri ilmu tersebut boleh mendatangkan jin dan seterusnya menjadi saka keturunan. Disangkakan ilmu tersebut memberi kebaikan akhirnya menjadi parah dikemudian hari. Wallahualam.


Aku nampak mereka gembira. Tertera jelas diraut wajah mereka suami isteri. Selepas nasihat, air doa dan rawatan selesai. Kami meminta diri untuk pulang. Kami pulang dengan motor masing-masing. Sebelum pulang kami singgah dulu mengeteh di kedai mamak. Macam biasa.
 ____________________________________________________________________

"Tok, ilmu apa yang dipakai tu?" Tanya saya selepas memesan 2 gelas nescafe tarik.


"Ohh itu ilmu penunduk naga. Buat orang mendengar kata. Boleh juga dibuat keatas suami atau isteri. Ada juga orang panggil ilmu tepuk bantal. Sebab apa? Bacaan mentera akan dibaca sambil menepuk bantal. Masa itu kita makrifatkan orang yang ingin dituju."


‘Macam pernah ku dengar ilmu penunduk naga ni.Tapi dimana ya?” Kataku didalam hati.


"Oh begitu, wah! cepat betul rawatan tadi selesai ye tok. Nampak mudah". Aku perhatikan Tok Ali berubah riak mukanya.


"Mudah kau cakap. Masa kau mengelamun dirumah pesakit tadi. Tah apa yang kau fikir. Tok dah berperang dengan Hantu ilmu tu.Memang nampak macam wanita tapi muka dia Ya Rabbi...sebelah cantik dan sebelah lagi buruk.


Puas atok dicakar dan ditembak dengan bola api. Dengan izin Allah suksess. Puas juga atok cover kau. Kalau tak dah lama dia gigit dan masuk dalam badan kau.Kau je yang tak perasan. Atok suruh kau berzikir kau berangan tah apa apa."


Marah betul tok kat aku. Bila masa dia berperang ni? Dalam nampak tenang dirumah tadi, sedang bertempur rupanya. Manalah aku tahu. Bukan aku nampak. Syukur. Dalam diam-diam aku belajar dari tok.Heh!


Tok Ali  mengajak aku pulang. Penat. Dia beritahu ada 1 lagi kes.Ada orang call semalam. Penangan Puteri Bunian dan nenek kebayan bertongkat.Wah! Aku teruja. Nak ikut. Atok cakap kuatkan zikir qalbi dulu baru boleh ikut. Aku akur.


" Tapi bila nak pergi tok?".Tanya aku lagi.


“Bila kau sudah bersedialah !” Aku perhatikan saja Tok Ali balik. In Sya Allah. Perlahan saja suara aku melafazkan kalimah itu.Sekian.

-Tamat.-


Karya : Ibnu Ahmad









Tuesday, September 12, 2017

MENTALIST


Ada ketikanya kita ada rasa macam sedikit 'down'. Saya dapatkan sedikit nasihat dari guru dan suka saya kongsikan pada sahabat yang baik sekalian.

Anggap saja dunia ini taman dan kebun. Semakin kita berbakti dan bercucuk tanam, semakin banyak hasil yang kita tuai.

Jadikanlah ia ladang amal. Semakin banyak amalan kerana Allah semakin banyak pula bekalan kita di akhirat sana.

Jadikanlah dunia ini sebagai lombong. Semakin rajin kamu melombong dan menciptakan ruang. Semakin banyaklah untung yang dicipta.

Jadikanlah sisi diri kamu yang positif, bersemangat dan aktif lebih mendominasi sisi diri yang sebaliknya.

#MFA

ABANG LIFT


Semalam. Dalam lift pejabat. Saya perhatikan seorang abang ini cukup gentleman. Dia persilakan wanita keluar dari lift dahulu. Inspirasi sungguh.

Tadi. Dalam lif yang sama. Masa lift terbuka. Saya tidak keluar dahulu. Saya suakan tangan pada akak - akak comel itu keluar dahulu.

"Silakanlah," kata saya. Mereka keluar lalu mengucapkan terima kasih sambil menjeling- jeling manis.

Tiba - tiba dari belakang saya terdengar "poyolah". Kedengaran suara jaki penuh garau.

Maaf tak perasan ada beberapa jantan lagi dalam lift itu rupanya .

Ngeh!

ULTRAMAN


Mahu cerita ni. Ketika kecil dulu mak saya kata sudah sudahlah tengok cerita ultraman tu.

Saya tanya, "kenapa mak?"

Jawab mak saya, "nanti ko dah besar cerita tu masih ada lagi."

Saya tidak percaya.

Rupanya mak saya betul. Sampai sekarang masih ada. Dan.. saya beri nasihat yang sama pula pada anak saya.

Ngeh!

RAYA DI MELAKA


Masa menunggu  roti canai di warung depan  rumah siap. Tiba-tiba lagu raya berkumandang.Terus saya teringat kampung halaman di negeri Melaka. Negeri bersejarah tu kau tahu- tahu sajalah masa inilah ramai yang mahu bercuti. Belum kira yang dari Singapura dan pelancong luar.

Kadang -kadang mahu bungkus roti canai sebelah Maktab Perguruan Melayu Melaka pun payah. Sesak dengan kenderaan. Pernah kereta saya dilanggar pada hari raya pertama. Bila sampai di balai polis Bandar Melaka itu pun sesak dengan orang ramai yang mahu buat aduan. Sesak kepala dibuatnya.

Sebab itulah saya terpaksa membuat rancangan perjalanan terlebih dahulu. Dapatkan info dari adik beradik dan sahabat di Melaka dahulu.

Dan biasanya jawapan tetap sama.Sesak.Aduh!


YANG PENTING SETIA


Lepas solat raya kami mengeteh di depan masjid.

"Bang kalau tadi kita dah dengar khutbah.Tengahari nanti tak dengar pun takpa kan?"

"Iskh sapa ajau kau ni. Dua-dua kena pergi ok." Jawab abang saya seorang guru agama di Melaka. Kemudian ada akak persis dari seberang datang mengambil pesanan.

"Mau order apa bang?"

"Tehnya dua ya."

"Manis gak bang?" tanya akak tu lagi.

"Gak perlu manis, yang penting setia!"

Akak tadi tersenyum sinis dan kami bersembang sampai lupa isteri di rumah sedang menunggu.

Ngeh!

DATOK VIDA


"Ayah besok ada DSV tau , kena bawak berus lukisan."

"Nah ambik kotak Nuren Gold ni minta dia sign kat belakang boleh".

Kakak buat muka pelik. "Ayah dah kenapa? Besok ada kelas Dunia Seni Visual lah".

"Ohh sorry ayah ingatkan Dato Seri Vida nak datang tadi.Huh!"

Ngeh!

PADAH JARI TELUNJUK


Sebelum jumaat tadi. Berhenti minum di sebuah kedai. Entah kenapa ramai pula orang perempuan disitu. Kanan kiri depan belakang semua perempuan.

Saya tidak senang duduk kerana ada antara mereka yang kelihatan comel dan ada juga yang seksi.

Masa saya hendak bangun entah macamana jari saya tercocok mata kiri. Pelik. Kesannya mata saya pedih dan berair. Kejadian berlaku ketika saya ingin memakai cermin mata hitam.

Di dalam kereta menuju Masjid Putih Seremban 2 untuk solat jumaat. Saya teringat pesan guru menasihatkan agar sentiasa menundukkan pandangan.

Bila fikir balik. Memang patutlah mata saya tercucuk tadi. Kalau tidak saya masih dok memerhati orang lagi.Taubat.

Itu sajalah nak cerita petang petang ini.

Ngeh!

KENANGAN BASIKAL TUA


Tadi lepas isi minyak di petronas Taman Bandar Senawang. Saya nampak ramai budak lelaki lingkungan umur 11 ke 12 tahun berkumpul dengan basikal masing masing.

Mereka membunyi - bunyikan hon yang terlekat ditepi basikal. Berwarna warni basikal mereka. Anak saya kata itu basikal fixie. Entahlah tak faham ayah. Sesekali mereka membuat aksi
"Wheelie". Dasyat.

Terganggu juga dengan kehadiran mereka.Tapi bila fikirkan balik pada usia tu saya pun kaki basikal juga. Kami pun ada geng basikal. Habis bandar Melaka kami pusing hanya dengan berbasikal.

Bezanya mereka berbasikal fixie. Saya pula hanya menggunakan basikal tua warna hitam. Siap ada lampu dan dynamonya sekali ok.

Itu sajalah nak cerita malam minggu ini.

Ngeh!

NENEK JUTAWAN


Kelmarin. Saya ke Sacc Mall Shah Alam. Saja bawa isteri dan anak anak berjalan. Saya memang suka pergi ke Shah Alam. Bandarnya cantik dan orang orangnya pun baik.

Dalam saya leka membelek sehelai baju.Masuk teks dari pelanggan Nuren Gold. Tertulis telah bank in duit. Kena cek dulu ni kata hati saya.

Saya ternampak Atm Maybank disebelah kedai jam dan terus beratur. Dihadapan saya ada seorang nenek dalam lingkungan 70an.

Dengan terketar ketar nenek tadi memasukkan kadnya. Oleh kerana prosesnya agak lama saya cuba perhatikan nenek tadi. Tertera di 'screen' Atm tadi jumlah wang sebanyak RM805000. Huh!

Nenek tadi mengeluarkan semula kad tadi dan memasukkan kad yang lain pula. Bila ditekan keluar juga bilangan angka yang menyebabkan saya tidak senang berdiri.

RM785000.Oleh kerana saya belajar teknik kumon iaitu mengira dengan cepat daripada anak saya.Jumlah semua mencapai RM1 509 000. Jutawan ok. Fuh!

Nenek tadi hanya mengekuarkan Rm200 sahaja dan menyimpan kedalam dompetnya. Berpusing dan berjalan dengan perlahan dengan muka yang cukup tenang.

Bagaimana boleh tenang begitu. Saya baru keluarkan Rm100 pun jalan memandang kanan dan kiri dan tangan sentiasa dipoket seluar.

Beruntung nenek tadi kerana dibelakangnya seorang lelaki yang baik dan budiman( ngeh!) Apa terjadi jika ada orang yang ingin mengambil kesempatan? Manusia itu unik.Pelbagai ragam.Bisa saja boleh jadi kes rompak atau culikan.

Nenek tadi boleh saja minta cucu , suami atau ahli keluarga untuk menemaninya.Dibiarkan kesorangan begitu amat membahayakan.

Atau ikhtiar paling akhir mengambil saya sebagai cucu angkat atau bodyguard. Ini paling baik.

Ngeh!

KENAPA ORANG MELAKA CAKAP KASAU?



Hari itu , di kedai Babu Kg Sentosa Senawang Negeri Sembilan. Pagi sesudah subuh. Saya bersama seorang rakan menikmati sarapan pagi . Kedai ini kau tahu-tahu sajalah ramai dengan orang yang berhenti minum sebelum pergi kerja. Maka meriahlah dengan orang ramai. 

Kedai konsep terbuka begini memang disukai ramai kerana pelanggan bebas memilih makanan seperti nasi lemak bungkus , kuih muih serta roti canai . Air pula dibuat dengan pantas dan sedap. Udara yang bebas keluar menyebabkan pelanggan tidak berasa bosan berlama -lama disitu.

Kuih pula beraneka jenis. Rambang mata kau. Manakala nasi lemak pula masih dalam keadaan panas. Maka tidak hairanlah jika kau melihat setiap pelanggan akan makan lebih daripada 2 bungkus nasi lemak.

Semasa saya sedang menikmati panorama pagi dan meneguk segelas teh tarik kaw kaw. Saya ditegur seorang tua berjubah putih. Mahu minum disebelah saya. Oleh kerana kedai ini berdekatan dengan masjid tahulah saya atok ini baru habis mengerjakan solat subuh disana.

"Anak ni asal mana? " Tanya atok tadi memulakan perbualan.

"Saya orang Melaka tok. Kawan saya ni orang kelate. Masuk suku jadilah orang Nismilan." Jawab saya bersungguh- sungguh.

Atok tadi menepuk tangan saya sambil bertanya." Oh orang Melaka, kau tahu tak kenapa orang Melaka cakapnya kasar kasar, kuat pula tu?"

"Entahlah tok, mana lah saya tahu. Atok tahu ke?" Ketika itu saya tidak sedar telah menambah nasi lemak kali ketiga.

"Begini. Dulu orang Melaka suka tinggal dikawasan pantai di tepi laut . Kau tahu tahu sajalah angin kan kuat. Dengan bunyi ombak laut lagi.Jadi mereka ni sukar untuk bercakap dengan perlahan kerana tidak dengar. Bila tidak dengar mereka tinggikan suara. Bila sudah tinggikan suara masih tidak dengar lagi kena maki lah jawabnya. Tabiat tu sukar hilang walaupun mereka  pergi kemana mana."

Hmm saya masih setia mendengar. Atok tu menambah lagi.

"Haaaa tulah sebabnya orang Melaka cakapnya kasau kasau Hawau je memanjang." 

Kah Kah Kah. Kami ketawa bersama- sama memecah keheningan pagi. Dalam hati entah betul entah tidak atok ni. Sabau jeler.

Ngeh!