Tuesday, September 12, 2017

NENEK JUTAWAN


Kelmarin. Saya ke Sacc Mall Shah Alam. Saja bawa isteri dan anak anak berjalan. Saya memang suka pergi ke Shah Alam. Bandarnya cantik dan orang orangnya pun baik.

Dalam saya leka membelek sehelai baju.Masuk teks dari pelanggan Nuren Gold. Tertulis telah bank in duit. Kena cek dulu ni kata hati saya.

Saya ternampak Atm Maybank disebelah kedai jam dan terus beratur. Dihadapan saya ada seorang nenek dalam lingkungan 70an.

Dengan terketar ketar nenek tadi memasukkan kadnya. Oleh kerana prosesnya agak lama saya cuba perhatikan nenek tadi. Tertera di 'screen' Atm tadi jumlah wang sebanyak RM805000. Huh!

Nenek tadi mengeluarkan semula kad tadi dan memasukkan kad yang lain pula. Bila ditekan keluar juga bilangan angka yang menyebabkan saya tidak senang berdiri.

RM785000.Oleh kerana saya belajar teknik kumon iaitu mengira dengan cepat daripada anak saya.Jumlah semua mencapai RM1 509 000. Jutawan ok. Fuh!

Nenek tadi hanya mengekuarkan Rm200 sahaja dan menyimpan kedalam dompetnya. Berpusing dan berjalan dengan perlahan dengan muka yang cukup tenang.

Bagaimana boleh tenang begitu. Saya baru keluarkan Rm100 pun jalan memandang kanan dan kiri dan tangan sentiasa dipoket seluar.

Beruntung nenek tadi kerana dibelakangnya seorang lelaki yang baik dan budiman( ngeh!) Apa terjadi jika ada orang yang ingin mengambil kesempatan? Manusia itu unik.Pelbagai ragam.Bisa saja boleh jadi kes rompak atau culikan.

Nenek tadi boleh saja minta cucu , suami atau ahli keluarga untuk menemaninya.Dibiarkan kesorangan begitu amat membahayakan.

Atau ikhtiar paling akhir mengambil saya sebagai cucu angkat atau bodyguard. Ini paling baik.

Ngeh!

No comments:

Post a Comment