Sunday, February 6, 2011

APAKAH ITU NUR?



Apakah itu Nur? 

Nur berasal daripada perkataan arab yang bermaksud cahaya. Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.

Di dalam islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.

Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. Kedapatan hadith sahih yang menggambarkan Rasulullah itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan.

Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. Hadirnya Rasulullah dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. 

Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam. Kita boleh juga lihat dan renungkan kepada ahli ahli agama sebagai contoh.

Lihat wajah serta personalitinya begitu mempesonakan. Pernah saya tonton video klip Pak Kiyai Aagm. Ditanyakan bagaimana tuan boleh mendapat populariti dan begitu terkenal sekali. Jawabnya semua itu kerana Allah menutup aib saya. Tidak ada benda yang perlu dibanggakan. Nah!  begitu merendah diri dan jawapan yang diberi dijawab dengan dengan penuh ketenangan. Masyallah


Teks: Ibnu Ahmad
Foto; Google

No comments:

Post a Comment