Wednesday, October 16, 2019

BUKU

Karya Hamka Tuan Direktur


Terbaik buku ni



Karya Tuan Rafi Harumin


Buku Motivasi dari Tuan Khairy Tajudin


Isi Kandungannya






Ini antara buku-buku yang saya sudah baca dan hadam dalam. Terbaik.

KUALA PILAH


Tahun 2018 saya dipindahkan ke Daerah Kuala Pilah dari Seremban. Asalnya terasa juga sebab sudah 6 tahun berkhidmat di Seremban tiba-tiba kena beralih angin ke kawasan kampung.

Sudah biasa sangat dengan bunyi hon kereta dan deretan jem di jalan raya. Asap kereta, lori dan rokok bercampur di udara pun sudah terbiasa. Alah bisa tegal biasa kata orang.Walaupun tidaklah seperti Kuala Lumpur,

Seremban pun sudah saya rasa betapa peritnya jalan  dan suasana nya. Bayangkanlah kalau saya terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur. Bagaimanalah agaknya.?

Setelah setahun saya di Kuala Pilah. Mana mungkin boleh saya lupakan dan tinggalkan suasana kampung yang indah permai ini. Lihat sajalah perjalanan ke tempat kerja di waktu pagi.

Tak perlu ke kawasan Tanah Tinggi dah, Disini pun ada.

Ini saya belum cerita air terjun Ulu Bendol ya.

Begitulah.









RIBUT TAUFAN


"Ajis hari ni kita sembang benda ilmiah sikit boleh?"

" Silakan Mat, apa topik hari ni?"

" Ok, kau tahu tak , ribut besar tu ada nama-nama dia?'

" Tak tahu... cer citer."

" Ribut ni ada namanya, Ribut Taufan, Ribut Siklon dan ribut Hurikan"

" Apa beza semua tu.?"

" Bezanya hanya pada nama dan tempat saja.Ribut Taufan berlaku di Barat Laut Pasifik dan banyak berlaku di Asia , contohnya Jepun, Filipina dan Korea.Ribut Siklon pulak di kawasan Afrika, Australia dan di lautan Hindi."

"Ohhh... Hurikan kau tak cerita lagi?"

" Oh tu banyak berlaku di Lautan Atlantik seperti di negara Amerika, Mexico dan sekitarnya."

" Barulah faham, nama tu mengikut tempatlah ye.Patutlah..."

" Apa yang patut.?"

" Patutlah anak aku selalu warning , Ayah jangan balik dulu.Ribut Taufan sedang melanda.Mak tengah mengamuk kat rumah sobab ayah tengok wayang diam-diam tak ajak dia."

" Ceh!"




Monday, October 14, 2019

SELFIE











Ala saja nak melaram guna kamera huawei ni.Beza betul.Kalau tengok real takdalah rupa gini.Huhu.

Fud Ahmad

RIDE SOLO SENAWANG-MELAKA









\

SURAH PILIHAN


SURAH PILIHAN

Dalam kelas Pengajian Islam fardu Ain, Cikgu Syikin bertanya kepada anak-anak muridnya.

“Ok Cikgu nak tanya, selepas bacaan Surah Alfatihah didalam Solat, surah apa yang kita kena baca?”

Murid-murid lain diam .Tidak ada seorang pun cuba untuk menjawab. Dalam ramai-ramai itu Ayien bangun. Membetulkan bajunya dan terus menjawab dengan yakin.

“Dua surah sahaja cikgu.”

“Surah apa tu?”

“Surah Annas dan Surah Alikhlas , cikgu.”

“Ok, cikgu nak tanya kena dua surah sahaja sedangkan sebenarnya kita boleh baca apa-apa surah sekalipun.”

“Oh yer ke cikgu, sebab saya tengok sepanjang ayah saya jadi imam di rumah dia baca dua surah ni je.”

“Adeh”

DERA PELAJAR


Tiba-tiba Cikgu Syikin memanggil Ayein ke hadapan kelas. Ayien diarahkan menarik sebuah meja besar yang telah diletakkan awal di depan . Dengan bersusah payah Ayien menarik meja itu. Meja itu hanya bergerak sedikit sahaja. Cikgu Syikin meminta Ayien memanggil kawan-kawan lain untuk membantunya. Dengan bantuan 3 orang sahabat lain meja tadi dapat digerakkan dengan mudah.

“Ok murid-murid cikgu nak tanya semasa Ayien menarik meja tadi nampak senang atau susah?”

“Susah cikgu.’ Semua murid menjawab serentak.

“Bila kawan-kawan datang membantu senang atau tidak?”

“Mudah cikgu.”

“Ok cikgu nak tanya apa pengajaran yang dapat dalam hal ini.”

“Salah seorang murid perempuan bangun dan cuba menjawab.” Berat sama dipikul ringan sama di jinjing cikgu.”

“Bagusnya, ok Ayein cuba jawab apa pengajaran yang Ayien dapat tadi?”

“Jangan mendera pelajar dan membuli kawan , cikgu.”

“Adeh.”




CIKGU BUJANG


CIKGU BUJANG

Hari ini kelas Ayien sungguh bertuah kerana mempunyai guru baru yang cantik dan muda bernama Cikgu Syikin. Selepas memperkenalkan diri, Cikgu  Syikin membuka sebarang soalan untuk ditanya.

“Cikgu datang merantau dari Sabah ke sini, suami cikgu tak ikut sekali ke?” Ayien yang duduk dibarisan belakang bangun dan memulakan soalan.

“Maaf ye, saya masih bujang dan solo lagi tau.”

Ayien terus duduk dan membisikkan sesuatu di telinga kawan-kawannya. “See… kan aku dah cakap cikgu Syikin ni bujang lagi.”

DATO’ SERI VIDA


DATO’ SERI VIDA    
 
“Ok anak murid semua. Besok jangan lupa ya ada kelas DSV.” Cikgu Syikin yang baru bertugas di sekolah itu memberi peringatan.

“Yahuuu! Besok bolehlah bawa kamera dan buku autograph.”

“Ayien, kenapa kamu melompat-lompat sampai suka sangat ni? Kamu ingat apa ya?”

‘ Bestlah cikgu ada kelas Dato’ Seri Vida. Bolehlah saya ambik gambar masukkan dalam fb.”

“Ayien… besok ada kelas Dunia Seni Visual lah. Ha! Berangan lagi.”

“Adeh"

PIPI TEMBAM



                    
Selepas habis  kelas jasmani , Cikgu Syikin duduk berehat bersama-sama anak muridnya di sebuah pangkin. Selepas minum segelas air dan peluh pula mula mengering cikgu Syikin meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Cikgu risaulah, majlis kahwin cikgu dah tak lama lagi ni. Pipi cikgu ni tembam macam kuih paulah. Puaslah bersenam , nampak macam tu juga.”

“Apa yang cikgu risaukan sangat, badan cikgu kan kurus, apa ada hal.” Ayien, salah seorang murid Cikgu Syikin mula bersuara.

“Eh! Mestilah risau, nak pakai baju pengantin nanti nampak tak cantik.”

“Saya ada cadangan bernas cikgu, apakata cikgu makan banyak-banyak sampai badan gemuk. Nanti bila badan cikgu dah montel pipi cikgu automatik pipi jadi pipih. Betul tak cikgu?”

“Ayien! Pergi lari 3 pusingan cepat.”      

“Adeh”