Di dalam kelas Pengajian Islam Fardu Ain, Cikgu Syikin berdiri di depan sambil memandang murid-muridnya yang tekun. Dia pun memulakan sesi soal jawab.
“Ok, cikgu nak tanya. Selepas bacaan Surah Al-Fatihah dalam solat, surah apa yang kita kena baca?”
Murid-murid semuanya senyap, masing-masing menunduk, seolah-olah sedang mencari jawapan dalam buku nota mereka. Tiada seorang pun yang berani buka mulut. Dalam diam, Ayien bangun. Membetulkan kedudukan baju dan dengan penuh keyakinan, terus menjawab.
“Dua surah sahaja, cikgu.”
Cikgu Syikin agak terkejut. “Dua surah? Surah apa tu?”
Ayien dengan yakin menjawab, “Surah Al-Ikhlas dan Surah An-Nas, cikgu.”
Cikgu Syikin menarik nafas panjang, cuba untuk tetap sabar. “Hmm... Betul, tapi sebenarnya kita boleh baca apa-apa surah sekalipun selepas Al-Fatihah. Kenapa hanya dua surah ini?”
Ayien terkebil-kebil, dan menjawab dengan nada yang penuh kepastian, “Sebab, cikgu, saya tengok ayah saya jadi imam di rumah, dia baca dua surah ni je setiap kali solat.”
Cikgu Syikin menggelengkan kepala sambil tersenyum. “Aduh, Ayien...”
No comments:
Post a Comment