Sunday, March 6, 2011

KEMBARA KE KOTA LAMA KUALA LINGGI

Kota (Fort of) Kuala Linggi 

Kota yang turut dikenali sebagai Fort Supai, kota Bukit Supai ini berada di Kota Kuala Linggi Melaka berhampiran sempadan melaka. Aku ni memang peminat sejarah lama dan yang pasti tempat-tempat sebegini memang aku suka kunjungi. Bayangkan kota ini pernah menjadi tempat peperangan diantara Belanda dan Bugis dan menjadi tempat pertempuran hangat sejak 200 tahun dahulu.

Akhirnya kota ini telah diserahkan kepada pihak Belanda sebagai perjanjian damai. Dan akhirnya pihak Belanda dapat menguasai  perusahaan bijih yang ketika itu hebat disitu. Dipercayai terdapat kompleks diatas kota ini serta laluan masuk namun kesemuanya telah roboh.

Sayang kalau kita tidak menghayati perjuangan orang terdahulu dan merosakkan bahan sejarah. Tempat ini memang cantik dengan alam semulajdi serta dikelilingi dek lautan . Cantik untuk buat penggambaran. Insyallah aku akan teroka lagi tempat2 sejarah yang orang ramai tidak ketahui kewujudannya. Sambil tu boleh melihat keagungan ciptaan tuhan. Hati pun boleh jadi tenang...

 

 

Gambar penulis dilokasi..serius tu..

Bergambar lagi...

 


Pose maut dari saudara ipin..Seorang penjejak badai dan pencinta alam sejati...

 

 



Lagi pose maut dari sang ipin...



Puaslah adjust gambar tetap senget..

 

 

Gambar ini tidak berada jelas. Mungkin ada entiti halus yang tak kelihatan. Wallahualam...Ada orang kata tempat ini adalah perkampungan orang bunian. Orang katalah...:)






Berdekatan kuala Sungai Linggi terdapat sebuah bukit, Bukit Supai dengan satu binaan lama...


Pergi lebih dekat dan kelihatanlah bekas sebuah kota lama...






Kelihatan jalan masuk utama ke kota...





Sedikit maklumat tentang kota berumur sekitar 250 tahun ini.



Kawasan mendatar puncak bukit yang dilingkungi tembok kota...









Boleh kelihatan kuala Sungai Linggi dari sisi utara...




Bahagian barat kota membawa ke pintu masuk utama tadi...





Dinding kota barat menghadap ke Selat Melaka...










Oh. Bangunan terbengkalai di bawah adalah sebahagian dari kompleks pelancongan yang dicadangkan untuk menaikkan kota yang turut dikenali sebagai Fort Supai, kota Bukit Supai tetapi nampaknya tidak menjadi. Sekian.

 Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Ibnu Ahmad


6 comments:

  1. Salam.
    Saya tinggal di kampung berhampiran kota ini. Terima kasih kerana menghargai peninggalan bersejarah ini. Namun kini ia semakin terabai... jalan masuk utama telah ditutup oleh seorang hartawan bergelar 'datuk' yg membina banglo besar disebelah kota dan menutup laluan utama ke kota. Pihak PERZIM (muzium melaka) pula mcm tak kisah shj, JKKK dan Sidang lagi le hampeh...terkni sy lihat papan tanda masuk ke kota dari jalan kg kuala linggi telah diubah... (tak tahu oleh siapa) menunjuk arah menggunakan laluan kompleks restoran terapung utk masuk pintu belakang kota.

    wassalam.
    suami kpd penduduk asal kuala linggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh terima kasih atas komen anda.sayanglah begitu jadinya..pemandangan cantik dan kesan sejarah sayang dibiarkan begitu sahaja.

      Delete
  2. Padanlah tiba-tiba jalan masuk hilang.....ada istana ditengah jalan....

    ReplyDelete
  3. bru je balik dri melawat... sayang..kota peninggalan sejarah yg diabaikan dan tak dijaga.. disamping pagar bungalow yg menyekat laluan masuk utama.. sangat2 rasa terkilan..

    ReplyDelete