Monday, February 28, 2011

FOTO EKSLUSIF PENINGGALAN RASULULLAH SAW





 Menyentuh Qalbu serta menambah cinta


(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum 
Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. )

Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada sang Nabi Agung, sang kekasih Allah …)



The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Yaa Allah … betapa sederhananya baju sang pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)


The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek)


Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW


The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)


Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW


Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW



Jejak Kaki Rasulullah SAW



Beberapa helai rambut Rasulullah SAW


Peninggalan gigi dan rambut Nabi. Itu giginya jelas ya?


Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW





Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang.


Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas


Busur Panah Nabi SAW


Bendera Rasululullah SAW


Sorban-sorban yang pernah dimiliki Rasulullah SAW


Topi Besi Rasulullah SAW


Baju dan barang-barang Rasulullah SAW




Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta …


Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah


Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan


Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7


Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius


Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir


Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW


Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.


PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW


The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW)


Keranda dan makam Nabi panutan alam, Nabi Muhammad SAW

Selepas melihat fhoto ni bisa menggetarkan jiwa selain menambah cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

Mudah2 an kita bisa berjumpa dengan beliau di surga nanti beserta para keluarganya serta para pengikutnya
Amin Ya Rabbal Alamin

P/s: Boleh di kongsi kepada yang lain. :)

Monday, February 21, 2011

JEMAAH TABLIGH



Salam kepada tuan tuan yang dimuliakan oleh Allah sekalian . Alhamdulillah baru baru ini aku ada menyertai jemaah tabligh dan keluar selama 3 hari di surau bersebelahan taman aku iaitu di Surau Taman Teratai Senawang N9. Ini adalah pertama kali aku menyertai program mereka namun di waktu malam aku tidak dapat tidur kerana perlu menguruskan anak-anak di rumah. Walaupun rasa sedih namun perkara ini tidak dapat dielakkan.

Memang benarlah tak kenal maka tak cinta. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat seperti abang Rody, abang faizal, Riffan, (dari pusat rawatan rohaniah) dan beberapa sahabat yang baru ku kenali. Begitu juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Asnar (sifu) dan Juga ustaz Hambali Al Alorstari yang membuka jalan dalam jemaah tabligh ini. Terutama sekali kepada abang sharum yang tidak jemu2 memberi tunjuk ajar.

Yelah, sebelum ini aku ada pandangan yg berbeza dalam tabligh ini, namun jelas tidak seperti yang aku gambarkan. Aku dapat belajar diantaranya adab-adab, hadis-hadis, adab ziarah, dakwah begitu juga cara makan dan minum. Namun yang sebenarnya adalah hidayat Allah iaitu kemanisan perkara/ ibadat yang dilakukan.

 Hidayah ini adalah keja Allah..Taufik itu kekuatan., Aku hamba yang lemah ini dah banyak sangat dosa sebelum ini...Tak dinafikan usaha dakwah ni telah didedahkan semenjak aku kecil lagi ketika aku tinggal di Kg Musai Melaka. Itulah pertama sekali aku bersama mereka 

Aku pergi bersama ayah aku.Teringat lagi aku hampir tertidur mendengar bayan yang diberi. Namun ada seorang hamba Allh dalam jemaah tu yg datang mengurut2 blakang badan aku dan bercakap dengan aku dengan penuh lemah lembut. Seingat akulah ketika itu umurku baru 8 tahun. Lepas kejadian tu aku terus ikut siri taklim mereka. Namun tak lama sebab mereka hanya 3 hari sahaja disitu.

Kemudian aku tidak dipertemukan lagi dengan jemaah ini sehinggalah ke tingkatan 4 di Sek Menengah Agama Sultan Muhammad Melaka. Ketika itu memang banyak usaha dakwah dilakukan di surau sekolah tu..tapi aku selalu mengelak sebab ketika itu aku cenderong kearah satu parti yang berlabelkan islami. Kesemua cermah aku ikuti dan akulah diantara orang belakang yg kuat berteriak takbir Allahuakbar. Ketika itu aku hairan kenapa ustaz2 aku yg dari Azhar dan Jordan tak join pun jemaah tabligh ni.wallahualam..

Menjangkau ke alam universiti bermulalah era kejatuhan moral aku...Yelah semasa sekolah dulu kami hanya lelaki sahaja. yang ada pun guru perempuan. Sekolah agama plak tu..Di Universiti ni bercampur lelaki dan perempuan..(takperlulah aku cakap universiti apa) Dan aku menjadi kaget apabila diwaktu malamnya ramai couple2 yang melepak di cafe2 dan kedai makan. Akhirnya aku menjadi sebahagian daripada mereka. Rasanya tak perlulah diceritakan disini apa yag aku dah buat dulu...

Sehinggalah aku melangkau ke alam pekerjaan, sudah berkahwin dan mempunyai anak.Tapi keadaan masih sama. Sehinggalah Allah uji aku dengan memberi sakit kepada anak aku dan diri ku sendiri...Penyakit tu adalah asbab untuk aku berubah dan kifarah dosa2 dulu. Teringat kata atok yang aku belanja tempohari .." Hidup ini ada 2 perkara sahaja...Samada nak jadi baik ataupun terus dengan kejahilan. Kalau pilih baik insyallah baiklah selamanya..kalau pilih jahil begitulah sebaliknya..."sehinggalah kini aku masih belajar membetulkan diri.

Aku teringat perumpamaan yang diucapkan oleh abang along (ahli karkun) ....dunia ini ibarat bayang2,,,makin dikejar semakin dia jauh...kalau kita pusingkan haluan kita kepada jalan Allah...Pasti bayang2 tadi (dunia) akan mengejar kita pula...Masyaalah...kalau kita mengikut jalan Allah ( iaitu usha dakwah ) insyallah bukan sahaja mantap di dunia malah hidup pun akan tenang dan maju...Kalau kita kejar dunia belum pasti kita dapat , manakala akhirat makin jauh daripada kita. Masyallah..

Usaha dakwah ini sebenarnya adalah yang utama untuk dakwah kepada diri sendiri dan keluarga. Insyaalh aku akan berazam untuk keluar lagi pada masa2 akan datang. Kali ni posting agak panjang sebab aku ada banyak masa ketika ini. Usaha blog ini pun sebenarnya adalah satu usaha dakwah untuk diri aku sendiri dan kalau ada rezeki untuk kalian ikuti itupun sudah cukup baik ..Wallahualam...


Gambar diambil dari blog al alorstari

p/s: Segala pandangan dan huraian didalam blog ini adalah atas pandangan peribadi serta hasil pemerhatian penulis sahaja.

Wednesday, February 16, 2011

fadilat surah al ikhlas





Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang
sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
‘ Au zubillah himinashsyaitan nirrajim bismilla hirrahmannirrahim ’
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
‘Barang siapa membaca Qul huwa’llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran… Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan…
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya..
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat’.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
*dengan ehsan 

Monday, February 7, 2011

AYAT PENENANG JIWA


Jika hati resah, gelisah, tidak tenang dan tidak tentu arah, itu semua adalah lumrah dan ujian yang ditimpakan ke atas umat manusia. Untuk mengatasinya cuba amalkan ayat ini, InsyaAllah dengan limpah kurnia dan rahmatnya anda akan merasai ketenangan dalam sanubari anda (sebaiknya dibaca 7 kali selepas sembahyang fardhu).



Maksud ayat:

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
SodaqAllahul’dhiim

Semoga ketenangan selalu hadir.

Sunday, February 6, 2011

APAKAH ITU NUR?



Apakah itu Nur? 

Nur berasal daripada perkataan arab yang bermaksud cahaya. Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.

Di dalam islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.

Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. Kedapatan hadith sahih yang menggambarkan Rasulullah itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan.

Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. Hadirnya Rasulullah dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. 

Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam. Kita boleh juga lihat dan renungkan kepada ahli ahli agama sebagai contoh.

Lihat wajah serta personalitinya begitu mempesonakan. Pernah saya tonton video klip Pak Kiyai Aagm. Ditanyakan bagaimana tuan boleh mendapat populariti dan begitu terkenal sekali. Jawabnya semua itu kerana Allah menutup aib saya. Tidak ada benda yang perlu dibanggakan. Nah!  begitu merendah diri dan jawapan yang diberi dijawab dengan dengan penuh ketenangan. Masyallah


Teks: Ibnu Ahmad
Foto; Google

Friday, February 4, 2011

QALBU


 



QOLBU…

Syekh Abdul Karim Ibnu Ibrahim Al Jaili [1366M - 1430M]



Qalbu adalah Singgasana Allah

Pusat kendali diri setiap manusia

Landasan penampakkan Al Haq

Ranah hamparan kasih rahmatNya



Ia adalah cerminan hakikatNya

Mikroskop nilai keluhuranNya

Wadah penampung kalamNya

Jaring penangkap isyarat-isyaratNya



Ia dianalogikan dengan cahaya

Diurai dengan huruf-huruf Qur’ani

Ia laksana, minyak dan lampu

Dalam Misykat serta kaca menyala



Ia mudah terbalik dan pongah,

Qalbu yang ingat mulia, yang lalai nista,

Ia kadang bersinar, kadang gelap,

Ia menyinari jagad diri dan kehidupan,



Qalbu didatangi DutaNya untuk

Dipersiapkan menerima tugas ketuhanan

Qalb suci bermoral malaikatNya

Qalbu kotor berkarakteri setan terlaknat



Qalbu adalah penanda setiap insan

Adakah ia manusia baik atau buruk

Ia merupakan pundit rahasia batin

Samudera pengetahuan setiap manusia

Ia kunci pembuka keagunganNya

Pintu pembentang rahasia-rahasiaNya



Itulah wajah hakiki qalbumu yang sesungguhnya

Simpanlah rahasia batinmu, kau akan melihat rahasiaNya



Kebahagiaan dunia bisa diraih dengan jejak kaki

Kebahagiaan hakiki akhirat hanya bisa ditempuh dengan qalbu



Penyingkapan Agung dan tirai Makrifat terbuka oleh “laku“ qalbu

Rapor kebaikan dan keburukan setiap insani berdasar “laku“ qalbu



Manusia yang membiarkan kalbunya penuh noda hati

Selamanya tidak akan merasakan penyingkapan rahasia AgungNya



Qalbu adalah perbendaharaan agung

Modal utama setiap manusia menujuNya

Insan yang tidak memuliakan kalbunya

Akan menuai keburukan abadi di sisiNya



Qalbu adalah landasan pacu hakikat

Nilai hakiki tidak akan landing di qalbu yang kotor

Qalbu yang tidak suci berlumur hijab

Qalbu yang terhijab tidak akan Makrifatullah



Qalbu adalah media Wushul da Qurb

Keintiman denganNya juga dengan “laku“ qalbu

Hakikat kebaikan bersendikan qalbu

Kebaikan yang tidak bernurani, adalah busuk



Ilham suciNya turun di qalbu suci

Qalbu buruk adalah landasan bisikan jahat setan

Muara “laku“ qalbu adalah ridhaNya

KerelaanNya hanya berdasarkan “laku“ qalbu jernih

KemurkaanNya akibat “ulah“ qalbu

Siksa pedih akhirat juga akibat “ulah“ busuk qalbu



Qalbu adalah sentra penentu nasib

Kebahagiaan dan kesengsaraan hakiki akibat qalbu

Qalbu yang taat beroleh ridhaNya

Qalbu yang kufur, akan menuai kemurkaanNya

Qalbu yang pongah dan tersesat

Adalah qalbu yang lupa mendzikir padaNya

Wajah kebaikan qalbu adalah lurus

Wajah kesesatan qalbu, tindak kemaksiatannya



Tajamkan mata Qalbu dan pikir

Akan tersingkap keagungan rahasia ayat-ayatNya

Qalbu adalah pengantin jasad dan ruh

Hanya Qalbu Sakinah yang sambung dengan DiriNya



Lihatlah kepada “laku“ baik qalbumu

Itulah rahasia batinmu, dan modal utamamu menujuNya

Pandanglah kebaikan-kebaikanNya

Akan ditampakkan untukmu segala makna hakik