Tuesday, March 29, 2011

Bisikan Malaikat Dan Bisikan Syaitan.






Bisikan Malaikat Dan Bisikan Syaitan.
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenarannya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.” (Ibn Mas’ud r.a)

Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya. Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.

Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran (surah An-Nas).

Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.

Ikhsan dari Faizall Muallij

Sambutan Maulidur Rasul di Mumbai India

Bru-baru ni isteri saya travel ke Mumbai atas urusan kerja. Kebetulan hari itu adalah hari cuti sempena Sambutan Maulidurrasul disana.So dapatlah isteri aku menangkap beberapa keping gambar sambutan Maulid disana. Menurut isteri aku, bezanya diaorang berarak sambil sesekali menari.Wallualam.Nak cerita lebih aku takda kat sana.So just nak sharing gambar sambutan disana.








ZIARAH ISTANA DIRAJA SERI MENANTI KUALA PILAH


Kali ni aku bersama sahabat baik aku Sang Ipin menjejaki istana lama ni.Bertempat di Seri Menanti Kuala Pilah N.Sembilan.Istana lama ini bersebelahan dengan kediaman serta istana Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.



Pemandangan dari sebelah atas istana.



Tangga menuju ke tingkat paling atas.



Lagi pemandangan dari sudut atas.Gambar ini diambil dari tingkap atas.


Koleksi keris panjang.




Lagi gambar keris dari sudut lain.



Penulis pun nak bergambar jugak...sekarang penulis dah kurus.



Penjejak badai sedang bergambar didepan istana.


Cantik dan bersih..


Tugu yang tertera sejarah istana ini.



Pose yang lain plak.



Begitulah begitu cantiknya pemandangan serta rekabentuk yang unik. Hanya di Negeri Sembilan sahaja. Bagi yang berkesempatan boleh datang melawat istana ini.


Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Ibnu Ahmad





Monday, March 21, 2011

MAJLIS PERPISAHAN DALAM KENANGAN

Seremban , N.Sembilan. Bertempat di Restoran Dol Tomyan berhampiran simpang empat tol Senawang N.Sembilan. Satu majlis perpisahan Peg Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau diadakan. Puan Kita ini akan berhijrah ke Kuala Lumpur dengan menyandang jawaan yang lebih besar dan yang sudah pastinya tugasan serta kerjayanya akan lebih besar dan mencabar.

Majlis perpisahan ini dihadiri oleh semua pengerusi Ngo di Daerah Rembau serta wakil Yb Chembong bagi bersama-sama meraikan kenaikan pangkat Pkmd kita yang sudah berkhidmat lebih 5 tahun di Daerah Rembau. Banyak jasa-jasa beliau yang tidak dapat dilupakan seperti mewujudkan Pdk (Pusat pemulihan Dalam Komuniti) daripada satu kepada 3 di Daerah ini dan banyak lagi. Sudah pastinya perpisahan ini tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.


Ucapan daripada Puan Rohaizal.



Barisan wakil Ngo yang hadir..


Penulis sedang memeberi kata-kata aluan..tapi nampak mcm nak bersenam..


Menu memang best.Sponsor mana tak best...


Ada udang goreng tepung lagi.


Sesi penyampaian hadiah.




Ado majlis potong kek lagi.Den nompang sekaki je.






Bila dah kenyang.Sesi beramah mesra .



Gambar penulis sedang mengajar teknik mengempiskan perut.


Begitulah sebahagian gambar yang dapat diambil. Bukan apa cerita2 bergambar ni satu hari nanti boleh buat kenangan untuk aku dan yang lainnya untuk tatapan .

Al SeNawangi....




Thursday, March 17, 2011

KEMBARA KE NEGERI PAHANG DAN TRENGGANU


Trip ini berlaku pada tahun lepas tahun 2010. Trip kerja. Namun perjalanan ke Trengganu melalui negeri Pahang memang menyeronokkan. Dalam Malaysia sahaja banyak tempat-tempat menarik dan boleh menenangkan jiwa aku lawati. Bertepatan dengan nama blog aku ni iaitu qalbu power ( mencari ketengan diri).

Seperti biasa rombongan ini pastinya bersama sahabat aku iaitu sang penjejak badai nan sorang ni. Visi kami mencari tempat-tempat menarik yang boleh mendamaikan jiwa.

Begitulah.



Sempat membeli sata.Original dan power!



Beli jangan tak beli.


Singgah sebentar di Muadzam berjumpa dengan Tuan Guru Maza dari Hikmah sejati.


 Salah satu pemandangan sepanjang perjalanan.


Ni pantai Cherating Pahang..


Di Kuala Trengganu...


Remang senja di Kuala Trengganu.


Salah satu mercu tanda di Trengganu..



Lagi mercu tanda!


Sang ipin mcm berkawat je...hehehe ex army tu..


Penulis sedang meronda2...


Gambar penulis di sebuah bot ...air pasang  bleh sampai kat cini wooo..


Sang Ipin Lagi...







Fotogenik tak gambau ni...



Tak sempat nak upload gambar  lagi..Insyallah banyak lagi trip yang menarik yg nak aku upload kat blog ni.Bukan apa untuk tatapan di kemudian hari.

Teks: Fud Ahmad
Foto: Fud Ahmad

Wednesday, March 16, 2011

KULIAH USTAZ NURUDDIN MARBU AL-MAKKI






Alhamdulillah baru-baru ni , saya ada mengikuti kuliah subuh Oleh Sheikh Nuruddin Al Banjari yang diadakan di Surau Al Amin Senawang, N.Sembilan. Kesempatan ini memang saya ambil untuk hadir bersama sahabat baik saya Achoi Al Rembawi ( nama gelaran yg aku bagi). 

Ramai sungguh yang hadir , daripada yang kecil sehinggalah keperingkat berusia. Ketokohannya jelas terpancar dengan kepetahannya memberi kuliah. Insyallah ada masa yang diizinkan akan saya ikuti lagi kuliah sheikh ini. Dibawah ni ada serba sedikit biodata shiekh yang saya perolehi daripada blog Sheikh Nurudiin Al Banjari.

BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :

Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).


Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.


Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.


Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).
Sekian.... 

Teks: Ibnu Ahmad/ Google
Foto: Google

Monday, March 14, 2011

KEMBARA KE GUA KELAM PERLIS

Ziarah ke gua Kelam Perlis Indera Kayangan .Memang cantik. Seterusnya boleh menenangkan jiwa melihat keindahan alam ciptraan Allah. Kunjungan ini bersama sahabat baik saya Tuan Aripin ( Sang penjejak badai). Gelaran ni diberi sebab dia pandai menjejak satu2 tempat walaupun sesat..Datang ke Perlis tidak sah kalau tidak ke Gua Kelam ni..Salah satu tempat pelancongan terbaik yang ada di Perlis begitu juga di Malaysia.



Puisi yang tertera di luar gua.



Susur masuk ke gua



Penulis di laluan masuk






   Sang ipin sang penjejak badai....:)







    Pintu masuk gua..



   Cantiknya pemandangan!






   Laluan masuk ke gua




Air sungai terdapat dibawahnya...





    Keindahan semulajadi