Wednesday, May 23, 2012

Ziarah kembara ke Kota Lukut N.Sembilan

Ziarah kembara ke Kota Lukut N.Sembilan


Sejarah tertulis disini



Pemandangan dari arah bawah.Tinggi tu nak naik atas.






Mesti posing punya.Kang orang tak percaya aku dah pergi.

Jambatan yang merentangi parit yang dibuat kubu.



Meriam yang menghala ke arah luar.


Tempat tinggalan tadahan air



Bersama sahabat jauh .Haus tu tengah panas.


Inilah perigi nya..



Nukilan Brotherfad
di Kota Lukut n9 2011

Tuesday, May 15, 2012

Darah Tinggi Dan Kolestrol Pembunuh Senyap?


Baru-baru ini aku dimasukkan ke wad dihospital Colombia Asia Seremban. 4 hari tinggal disini. Untuk pengetahuan aku sendiri,  ini adalah pertama sekali dalam sejarah hidup aku dimasukkan ke dalam wad. Tak pernah sebelum ini pun. Sungguh.!! Takut jarum....Sebab dah tak tahan sangat akibat darah tinggi yang naik tiba-tiba. Tak percaya sungguh selama ini sihat tiba-tiba sakit. Hampir pengsan dengan muntah yang tidak berhenti.

Hari kedua pemeriksaan menunjukkan tekanan darah aku meningkat kepada 160/103 dan bacaan kolestrol lebih 52 iaitu 54. Angka ini menunjukkan bahawa kamu berkolestrol tinggi walaupun aku rasa aku ni kurus sahaja. Hehe. Dari masa kesemasa tekanan darah aku turun hingga ke 123/83 dan aku dibenarkan balik.Wow !!cuti 5 hari aku dapat untuk berehat dirumah. Siaplah kerja berlambak kat office menunggu nanti.

Moral yang aku dapat ialah ilmu berkenaan medical iaitu tekanan darah tinggi dan tahap kolestrol dalam badan. Penyakit senyap yang sangat bahaya. Kena pastikan tekanan darah berada dalam keadaan normal iaitu berada dalam ingkungan 120/80. Ha! bawah ni lagi jelas. Aku berada dalam stage 1. Huhu!! Hasilnya balik dengan bekalan ubat darah tinggi yang aku masih tidak percaya aku mewarisinya.


"Setiap penyakit ada ubatnya melainkan sakit tua dan mati." Ya...mungkin aku boleh mencari penawar herba seperti habatussawda dan minyak zaitun. Juga madu (Seperti yang diajar oleh rakan fb ku). Ubat hospital ini biasalah ada kesan jangka panjangnya. Insyallah pasti ada penawarnya. Bagi rakan taulan dan kenalan yang lain bolehlah mencadangkan kepada aku nanti ya. Apakah ubat yang sesuai serta terapi yang berkenaan dengan penyakit ini. Yang pasti besok aku nak buat terapi bekam. Badan ini adalah anugerah serta amanah yang Allah beri untuk jaga.Berdosa kalau aku tidak menjaganya dengan baik.Wallahualam






Brotherfud
16 Mei 2012