Monday, June 17, 2013





Ahlan Wasahlan bulan Ramadhan yang mulia ini yg akan tiba tidak lama lagi.Bersempena bulan Ramdhan yang akan datang pihak kami telah mendaftar niaga dengan nama Qhalifah Maju Resources.QmR pada 17.06.2013.Tarikh bersejarah ni.

Perniagaan yang akan dijalankan adalah dengan memasarkan serta menjual pelbagai jebis pakain, kain tudung serta pebagai pakain wanita mengikut fesyen terkini.Kami juga memeasarkan dan menjual gadjet serta aksesori hand phne seperti charger dan Powerbank secara online dan Ofline.

Produk pertama yang kami telah keluarkan sebelum ini ialah minyak kasturi putih, merah dan kijang.Memandangkan banyak permintaan yang tingggi serta ingin memfokuskan kepada satu keluaran.Kami telah mengeluarkan minyak kasturi merah khas untuk semua.Minyak kasturi Merah QhaliFah.Gambar akan diupload nanti.

Semoga perniagaan ini akan berjaya selaras dengan sunnah nabi kita Muhammad Rasulillah Sallawahualaihi Wasalam.

Nukilan Brotherfad
2013

Sunday, June 2, 2013

KEMBARA KE JALAN LAMA ULU BENDUL



Pemandangan dari atas jalan .Sunyi sepi tiada sebarang kenderaan lalu.Bunyi burung dan unggas sahaja.Sesekali terdengar bunyi deruman lori dan bas yang sedang lalu dibawahnya.



 Denai pejalan kaki..Mungkin jalan bagi pemikat burung.



Pemandangan jalan baru dibawah.



Jalan sunyi.Suatu ketika dulu jalan ini sangat sibuk



Meninjau dari arah atas.Satu pemandangan yang agak cantik



Menjelang malam semakin sunyi jalan..



Jalan yang sibuk ketika dahulu, kini boleh main2 diatas jalannya ..


Salah satu pose menarik penulis..huhu

Ini adalah jalan lama ulu bendol kuala Pilah. Bersama my brother penjejak badai dari Melaka. Pada suatu ketika jalan ini sangat sesak dengan kenderaan menuju ke Seremban mahupun ke kuala Pilah .Kini jalan ini sunyi ditemani bunyi2 unggas dan burung. Ketika dulu inilah jalan yang kulalui ketika bertugas di Daerah Jempol. Banyak kemalangan yang berlaku yang meragut nyawa manusia. Dikatakan jalan ini berhantu menurut kata2 oranglah. Mazidul akma dalam satu program dia ada membuat liputan berkenaan jalan ini yang dikatakan berhantu.

Apapun tempat ini memnag nostalgia..Petang2 boleh lepak kat atas tu melayan fikiran melihat keindahan alam dan kenderaan lalu lalang dibawahnya..


Petang di jalan lama..
Brotherfad 2013

KEMBARA KE SAIGON VIETNAM



                                                          Di Tugu Saigon apa nama tah..


                                                                Mercu tanda di Saigon



                                             Di hotel penginapan tak jauh dari Pasar Ben than


                                                       Pemandangan jalan yang sesak


                                                           Ramai yang bermotorsikal


                                                     My lovely wife pun nak berposing gak


                                                             Malam di Saigon Perghhhh


                                                              Malam 2 disana meriah


                           Yang pasti disana syurga membeli belah so masaklah aku dok membawa barang...


Kembara ke Saigon Vietnam hanya satu hari semalam sahaja memfokuskan di bandar Ho Chi Min Saigon Vietnam.Keadaan yang sesak dengan kenderaan bermotor dengan helmet yang comel.Takdapat guna helmet mcm ni di malaysia. Yang pasti barang2 disana sangat murah dan menjadi syurga memebeli belah bagi orang Malaysia.Kiri kanan orang malaysia je..Dah mcm kat Kl plak.

Walaupun harga barang banyak murah tapi tak setimpal dengan harga makanan disana.Mahal gile.4 orang makan hampir seratus.Mkanan yang diambil pula hanya nasi goreng dan air buah.Waduhh.. Diluar pula kebanyakannya makanan tidak halal.Ada beberapa restauran melayu Champa dan ada juga restoran 1 malayia ..Jangan tak percaya..hehe.

Apapun memang best dan in syallah akan datang lagi sebab nak mulakan berniaga barangan kain.In sya allah..

Nukilan Brotherfad
di Saigon 2013




RUMAH ATOK



Rumah atok. Itulah nama diberi. Rumah ini terletak di Kg Sungai Suluh Batu Pahat Johor. Terletak di pinggir kampung.Kini atuklah yang mendiami rumah ini bernama Mon Bte Mahmud.Orang kampung memanggilnya dengan panggilan Mak Long Mon.Ini kerana usianya yang telah menjangkau 90 an dan seusia dengan Mantan PM kita Dr Mahathir .

Bila tiba hari raya dan cuti sejak kecil lagi aku akan balik ke kampung.Rumah ini pada awalnya rumah tinggi dan lain bentuknya.Di ubah dari masa ke semasa hingga sekarang.Waklaupun atok sudah tua namun masih kuat..Rumah inilah yang diajaganya dan persekitarannya.

Dalam aku membelek gambar2 dalam fb aku tiba2 terjumpa gambar ni dan terdetik untuk menyoretkan serba sedikit cerita menegenainya..Kini pada tarikh 03.05.2013 atokku masih sihat dan mendiami rumah ini.Rumah inilah yang akan kami sekelurga dari Melaka akan pulang ketika hari raya.Semoga diberikan kekeuatan yang baik kepada atukku Mon Bte Mahmud.

Nukilan Brotherfad