Monday, February 21, 2011

JEMAAH TABLIGH


Perjalanan Mencari Hidayah: Dari Musai ke Senawang

Assalamualaikum kepada tuan-tuan yang dimuliakan Allah sekalian. Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan menyertai jemaah tabligh dan keluar selama tiga hari di Surau Taman Teratai, Senawang, Negeri Sembilan. Ini adalah pengalaman pertamaku bersama mereka. Namun, aku tidak dapat bermalam sepenuhnya kerana perlu menguruskan anak-anak di rumah. Walaupun rasa sedikit terkilan, aku sedar ini adalah tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan.

Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat seperti Abang Rody, Abang Faizal, Riffan (dari Pusat Rawatan Rohaniah), serta beberapa sahabat lain yang baru aku kenali. Juga, terima kasih kepada Ustaz Asnar (sifu), Ustaz Hambali Al-Alorstari, dan terutama sekali kepada Abang Sharum yang tidak jemu memberi tunjuk ajar.

Sebelum ini, aku mempunyai pandangan berbeza terhadap tabligh, tetapi jelas sekali ia tidak seperti yang aku bayangkan. Dalam tempoh singkat ini, aku belajar banyak perkara—adab, hadis, adab ziarah, dakwah, serta cara makan dan minum mengikut sunnah. Namun, lebih daripada itu, aku menyedari bahawa hidayah adalah milik Allah. Taufik pula adalah kekuatan untuk beramal. Aku, sebagai hamba yang penuh dosa, merasakan pengalaman ini sebagai satu titik perubahan dalam hidup.

Sejak kecil, usaha dakwah ini bukanlah asing bagiku. Aku pertama kali diperkenalkan kepada jemaah tabligh ketika tinggal di Kampung Musai, Melaka. Aku masih ingat ketika berusia lapan tahun, aku hampir tertidur mendengar bayan, tetapi seorang hamba Allah mengurut belakangku dan bercakap denganku dengan penuh kelembutan. Kejadian itu meninggalkan kesan, dan aku terus mengikuti siri taklim mereka, walaupun hanya selama tiga hari.

Namun, selepas itu aku tidak dipertemukan lagi dengan jemaah ini sehingga tingkatan empat di Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad, Melaka. Ketika itu, banyak usaha dakwah dijalankan di surau sekolah, tetapi aku lebih cenderung kepada gerakan lain yang berlabelkan Islam. Aku antara yang paling lantang bertakbir dalam ceramah-ceramah politik. Ketika itu, aku hairan mengapa ustaz-ustazku dari Azhar dan Jordan tidak menyertai jemaah tabligh. Wallahu'alam.

Memasuki alam universiti, moralku mula goyah. Dari sekolah agama yang hanya mempunyai pelajar lelaki, aku kini berhadapan dengan suasana yang bercampur-baur. Aku menjadi kaget melihat budaya bebas yang diamalkan. Sedikit demi sedikit, aku mula terpengaruh dan akhirnya menjadi sebahagian daripadanya. Aku tidak mahu mengulas lebih lanjut, tetapi cukup aku katakan bahawa ia adalah satu tempoh yang menjauhkan aku daripada jalan Allah.

Setelah bekerja, berkahwin, dan mempunyai anak, keadaan masih sama. Sehinggalah Allah mengujiku dengan kesakitan yang menimpa anakku dan diriku sendiri. Aku mula menyedari bahawa sakit itu adalah asbab untuk kembali kepada-Nya, sebagai kifarah atas dosa-dosaku yang lalu. Teringat aku kata-kata seorang atok yang pernah aku temui: "Hidup ini ada dua perkara sahaja—samada nak jadi baik atau terus dengan kejahilan. Kalau pilih baik, insyaAllah baiklah selamanya. Kalau pilih jahil, begitulah sebaliknya." Sejak itu, aku mula belajar membetulkan diri.

Seorang sahabat jemaah tabligh, Abang Along, pernah memberi perumpamaan yang sangat mendalam: "Dunia ini ibarat bayang-bayang, makin dikejar makin ia menjauh. Tapi jika kita pusingkan haluan kepada jalan Allah, bayang-bayang (dunia) itu akan mengejar kita." MasyaAllah, kata-kata ini benar-benar mengubah perspektifku. Jika kita mengikut jalan Allah, bukan sahaja dunia akan menjadi lebih baik, malah akhirat juga lebih terjamin. Sebaliknya, jika kita hanya mengejar dunia, belum tentu kita akan dapat segalanya, malah akhirat semakin jauh dari kita.

Kini, aku sedar bahawa usaha dakwah ini bukan sekadar untuk orang lain, tetapi lebih utama untuk diri sendiri dan keluarga. InsyaAllah, aku berazam untuk keluar lagi pada masa akan datang. Usaha menulis ini juga adalah satu bentuk dakwah untuk diriku sendiri, dan jika ia dapat memberi manfaat kepada kalian, itu sudah cukup membahagiakanku.

Wallahu’alam.





Gambar diambil dari blog al alorstari

p/s: Segala pandangan dan huraian didalam blog ini adalah atas pandangan peribadi serta hasil pemerhatian penulis sahaja.

Wednesday, February 16, 2011

fadilat surah al ikhlas





Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang
sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
‘ Au zubillah himinashsyaitan nirrajim bismilla hirrahmannirrahim ’
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
‘Barang siapa membaca Qul huwa’llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran… Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan…
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya..
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat’.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
*dengan ehsan 

Monday, February 7, 2011

AYAT PENENANG JIWA


Jika hati resah, gelisah, tidak tenang dan tidak tentu arah, itu semua adalah lumrah dan ujian yang ditimpakan ke atas umat manusia. Untuk mengatasinya cuba amalkan ayat ini, InsyaAllah dengan limpah kurnia dan rahmatnya anda akan merasai ketenangan dalam sanubari anda (sebaiknya dibaca 7 kali selepas sembahyang fardhu).



Maksud ayat:

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
SodaqAllahul’dhiim

Semoga ketenangan selalu hadir.

Sunday, February 6, 2011

APAKAH ITU NUR?



Apakah itu Nur? 

Nur berasal daripada perkataan arab yang bermaksud cahaya. Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.

Di dalam islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.

Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. Kedapatan hadith sahih yang menggambarkan Rasulullah itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan.

Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. Hadirnya Rasulullah dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. 

Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam. Kita boleh juga lihat dan renungkan kepada ahli ahli agama sebagai contoh.

Lihat wajah serta personalitinya begitu mempesonakan. Pernah saya tonton video klip Pak Kiyai Aagm. Ditanyakan bagaimana tuan boleh mendapat populariti dan begitu terkenal sekali. Jawabnya semua itu kerana Allah menutup aib saya. Tidak ada benda yang perlu dibanggakan. Nah!  begitu merendah diri dan jawapan yang diberi dijawab dengan dengan penuh ketenangan. Masyallah


Teks: Ibnu Ahmad
Foto; Google

Friday, February 4, 2011

QALBU


 



QOLBU…

Syekh Abdul Karim Ibnu Ibrahim Al Jaili [1366M - 1430M]



Qalbu adalah Singgasana Allah

Pusat kendali diri setiap manusia

Landasan penampakkan Al Haq

Ranah hamparan kasih rahmatNya



Ia adalah cerminan hakikatNya

Mikroskop nilai keluhuranNya

Wadah penampung kalamNya

Jaring penangkap isyarat-isyaratNya



Ia dianalogikan dengan cahaya

Diurai dengan huruf-huruf Qur’ani

Ia laksana, minyak dan lampu

Dalam Misykat serta kaca menyala



Ia mudah terbalik dan pongah,

Qalbu yang ingat mulia, yang lalai nista,

Ia kadang bersinar, kadang gelap,

Ia menyinari jagad diri dan kehidupan,



Qalbu didatangi DutaNya untuk

Dipersiapkan menerima tugas ketuhanan

Qalb suci bermoral malaikatNya

Qalbu kotor berkarakteri setan terlaknat



Qalbu adalah penanda setiap insan

Adakah ia manusia baik atau buruk

Ia merupakan pundit rahasia batin

Samudera pengetahuan setiap manusia

Ia kunci pembuka keagunganNya

Pintu pembentang rahasia-rahasiaNya



Itulah wajah hakiki qalbumu yang sesungguhnya

Simpanlah rahasia batinmu, kau akan melihat rahasiaNya



Kebahagiaan dunia bisa diraih dengan jejak kaki

Kebahagiaan hakiki akhirat hanya bisa ditempuh dengan qalbu



Penyingkapan Agung dan tirai Makrifat terbuka oleh “laku“ qalbu

Rapor kebaikan dan keburukan setiap insani berdasar “laku“ qalbu



Manusia yang membiarkan kalbunya penuh noda hati

Selamanya tidak akan merasakan penyingkapan rahasia AgungNya



Qalbu adalah perbendaharaan agung

Modal utama setiap manusia menujuNya

Insan yang tidak memuliakan kalbunya

Akan menuai keburukan abadi di sisiNya



Qalbu adalah landasan pacu hakikat

Nilai hakiki tidak akan landing di qalbu yang kotor

Qalbu yang tidak suci berlumur hijab

Qalbu yang terhijab tidak akan Makrifatullah



Qalbu adalah media Wushul da Qurb

Keintiman denganNya juga dengan “laku“ qalbu

Hakikat kebaikan bersendikan qalbu

Kebaikan yang tidak bernurani, adalah busuk



Ilham suciNya turun di qalbu suci

Qalbu buruk adalah landasan bisikan jahat setan

Muara “laku“ qalbu adalah ridhaNya

KerelaanNya hanya berdasarkan “laku“ qalbu jernih

KemurkaanNya akibat “ulah“ qalbu

Siksa pedih akhirat juga akibat “ulah“ busuk qalbu



Qalbu adalah sentra penentu nasib

Kebahagiaan dan kesengsaraan hakiki akibat qalbu

Qalbu yang taat beroleh ridhaNya

Qalbu yang kufur, akan menuai kemurkaanNya

Qalbu yang pongah dan tersesat

Adalah qalbu yang lupa mendzikir padaNya

Wajah kebaikan qalbu adalah lurus

Wajah kesesatan qalbu, tindak kemaksiatannya



Tajamkan mata Qalbu dan pikir

Akan tersingkap keagungan rahasia ayat-ayatNya

Qalbu adalah pengantin jasad dan ruh

Hanya Qalbu Sakinah yang sambung dengan DiriNya



Lihatlah kepada “laku“ baik qalbumu

Itulah rahasia batinmu, dan modal utamamu menujuNya

Pandanglah kebaikan-kebaikanNya

Akan ditampakkan untukmu segala makna hakik