Monday, October 22, 2012

BERGURU DENGAN DR AZHAR HJ SARIP



BERGURU DENGAN DR AZHAR HJ SARIP




Sejenak Bersama Dr. Azhar Hj. Sarip: Menyelami Ilmu Jiwa

Sudah sekian lama saya mengikuti Dr. Azhar Hj. Sarip. Saya menuntut ilmu darinya secara berhadapan, berdua sahaja. Itulah cara saya—belajar secara langsung, fokus tanpa gangguan. Bagi saya, belajar dalam kumpulan besar agak mencabar; sukar memberi perhatian sepenuhnya, dan guru pula tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada setiap murid.

Ilmu yang saya dalami? Ilmu jiwa. Kebetulan, blog saya juga diberi nama Qalbupower—"Jiwa yang hebat pasti akan menjadikan diri kita juga hebat dengan izin Allah."

Memahaminya bukan mudah. Lama saya berusaha, berdoa agar Allah memberi kefahaman dan kepekaan untuk benar-benar merasakannya. Salah satu teknik yang diajar ialah berkomunikasi dengan Allah pada setiap ketika—suatu amalan yang semakin lama semakin memberi kesan dalam hidup saya.

Perasaan cinta dan hidup bertuhan adalah kunci. Dalam sesi perubatan yang saya jalankan kepada kenalan—tidak kira apa pun sakit mereka—terapi qalbu dan jiwa sentiasa menjadi langkah pertama. Hakikatnya, kebanyakan penyakit, sama ada bersifat perubatan moden atau alternatif, sering berakar dari masalah dalaman jiwa.

Ilmu ini luas, dan pencarian saya masih berterusan. Semoga Allah terus membimbing.


Nukilan:
Brotherfud - Sejenak bersama Dr. Azhar Hj. Sarip






Monday, September 17, 2012

PENGALAMAN BERSAMA ISMAK RUKYAH


PENGALAMAN BERSAMA ISMAK RUKYAH




Lama sungguh tidak update blog ini. Baru habis berkursus di Ulu Yam Selangor iaitu kursus rawatan islam anjuran Ismak Rukyah. Alhamdulillah diijazahkan sebagai perawat bagi ismak rukyah dan naqib di Seremban Negeri Sembilan. Apapun banyak sungguh pengalaman berguna yang diperolehi. 

Bertempat di Ulu Yam di Nur Alam Bestari. Masyaallah sangat cantik. Pemandangan tasik dan pokok 2 menghijau mengiri perjalan ke tempat kursus.

 Time Makan bersama kawan2.

2 kali aku berkursus di sini. Pertama ketika 2 hari kita berpuasa selama seharian dan kali ini selama 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad. Nama pun kursus perubatan ISLAM maka tidak lari dari sesi pembelajaran mengenai perkara yang membabitkan perubatan islam. Sesi praktikal membabitkan kes- kes sebenar alhamdulillah membawa satu pegalaman yang tidak terhingga.



Sifu ku 



Gambar Akhir



Watikah Perawat (almuallij)

Insyaallah jika diizinkan akan meneruskan sesi-sesi akan datang dan cuba memanfaatkan apa yang telah dipelajari."lLMU TANPA AMAL SEPERTI POHON YANG TIDAK BERBUAH' Wallahualam.

Nukilan
Brotherfad 
di Nur Alam Bestari Ulu Yam Selangor.
Foto: Ismak Rukyah Ehsan



Wednesday, May 23, 2012

KEMBARA KE KOTA LUKUT PORT DICKSON N9

Ziarah kembara ke Kota Lukut N.Sembilan


Sejarah tertulis disini



Pemandangan dari arah bawah.Tinggi tu nak naik atas.




Mesti posing punya.Kang orang tak percaya aku dah pergi.

Jambatan yang merentangi parit yang dibuat kubu.



Meriam yang menghala ke arah luar.


Tempat tinggalan tadahan air



Bersama sahabat jauh .Haus tu tengah panas.


Inilah perigi nya..



Nukilan Ibnu Ahmad di Kota Lukut N9 2011 
Foto: Ibnu Ahmad
Teks: Ibnu Ahmad

Tuesday, May 15, 2012

Darah Tinggi Dan Kolestrol Pembunuh Senyap?


Baru-baru ini aku dimasukkan ke wad dihospital Colombia Asia Seremban. 4 hari tinggal disini. Untuk makluman,  ini adalah pertama kali dalam sejarah hidup aku dimasukkan ke dalam wad. Tak pernah sebelum ini pun. Sungguh.!! Takut jarum. Sebab dah tak tahan sangat akibat darah tinggi yang naik tiba-tiba. Tak percaya sungguh selama ini sihat tiba-tiba sakit. Hampir pengsan dengan muntah yang tidak berhenti.

Hari kedua pemeriksaan menunjukkan tekanan darah aku meningkat kepada 160/103 dan bacaan kolestrol lebih 52 iaitu 54. Angka ini menunjukkan bahawa kamu berkolestrol tinggi walaupun aku rasa aku ni kurus sahaja. Hehe. Dari masa kesemasa tekanan darah aku turun hingga ke 123/83 dan aku dibenarkan balik. Wow !! cuti 5 hari aku dapat untuk berehat dirumah. Siaplah kerja berlambak kat office menunggu nanti.

Moral yang aku dapat ialah ilmu berkenaan medical iaitu tekanan darah tinggi dan tahap kolestrol dalam badan. Penyakit senyap yang sangat bahaya. Kena pastikan tekanan darah berada dalam keadaan normal iaitu berada dalam lingkungan 120/80. Ha! bawah ni lagi jelas. Aku berada dalam stage 1. Huhu!! Hasilnya balik dengan bekalan ubat darah tinggi yang aku masih tidak percaya aku mewarisinya.


"Setiap penyakit ada ubatnya melainkan sakit tua dan mati." Ya...mungkin aku boleh mencari penawar herba seperti habatussawda dan minyak zaitun. Juga madu (Seperti yang diajar oleh rakan fb ku). Ubat hospital ini biasalah ada kesan jangka panjangnya. Insyallah pasti ada penawarnya. Bagi rakan taulan dan kenalan yang lain bolehlah mencadangkan kepada aku nanti ya. Apakah ubat yang sesuai serta terapi yang berkenaan dengan penyakit ini. Yang pasti besok aku nak buat terapi bekam. Badan ini adalah anugerah serta amanah yang Allah beri untuk jaga. Berdosa kalau aku tidak menjaganya dengan baik. Wallahualam






Brotherfud
16 Mei 2012


Tuesday, January 3, 2012

PAYUNG SEBAGAI SENJATA










Seorang lelaki ingin menggoda perempuan yang melintas di jalan.

Lelaki itu berusaha mencolek si perempuan.

Perempuan tersebut melakukan pembelaan diri. Dengan sigap payung dipukulkan ke lengan lawan.

Dilanjutkan pukulan ke arah leher untuk menambah efek sakit dan mengacaukan konsentrasi lawan.

Nah!.. Tendangan ke arah perut, membuat lawan goyah.

Pukulan payung ke leher membuat lawan yang sudah goyah itu terjatuh.
Lawan kesakitan, perempuan tersebut menjauh sambil tetap waspada