Monday, October 28, 2013

URUT SARAF


URUT SARAF





Urut Saraf. Ya itulah tajuk pada hari ini dan itulah yg aku nak cerita disini. Pengalaman pergi urut urat saraf di Giant Senawang N9 oleh seorang OKU cacat penghilatan. Pada awalnya memang aku menyesal datang.

Apa taknya dia hanya urut menggunakan Siku. Hanya menggunakan siku dari kaki sampailah keseluruh badan. Sakit memang terasa sampai rasa menyesal pula. Terangkat kaki dan tangan aku menahan kesakitan. Lagi sakit lagi ditekannya.Aduhh..

Dari bahagian belakang terus ke bahagian hadapan.Ha yang ini memang aku tak tahan. Urut dibahagian perut. Dipusarnya menggunakan siku.Wahhhh...hahaha...akhirnya aku boleh kontrol dan  aku pulak belajar skil daripadanya. Aku tanya macam macam dan dapatlah sedikit ilmu iaitu teknik urut bagi migrain dan darah tinggi begitu juga untuk kencing tidak lawas.

Letih pula nak cerita lebih. Aku memang suka minta pandangan serta bertukar bertukar  info serta ilmu. Sekurang kurangnya dapatlah sedikit daripada tidak ada..

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Google



No comments:

Post a Comment