Hari itu , di kedai Babu Kg Sentosa Senawang Negeri Sembilan. Pagi sesudah subuh. Saya bersama seorang rakan menikmati sarapan pagi . Kedai ini kau tahu-tahu sajalah ramai dengan orang yang berhenti minum sebelum pergi kerja. Maka meriahlah dengan orang ramai.
Kedai konsep terbuka begini memang disukai ramai kerana pelanggan bebas memilih makanan seperti nasi lemak bungkus , kuih muih serta roti canai . Air pula dibuat dengan pantas dan sedap. Udara yang bebas keluar menyebabkan pelanggan tidak berasa bosan berlama -lama disitu.
Kuih pula beraneka jenis. Rambang mata kau. Manakala nasi lemak pula masih dalam keadaan panas. Maka tidak hairanlah jika kau melihat setiap pelanggan akan makan lebih daripada 2 bungkus nasi lemak.
Semasa saya sedang menikmati panorama pagi dan meneguk segelas teh tarik kaw kaw. Saya ditegur seorang tua berjubah putih. Mahu minum disebelah saya. Oleh kerana kedai ini berdekatan dengan masjid tahulah saya atok ini baru habis mengerjakan solat subuh disana.
"Anak ni asal mana? " Tanya atok tadi memulakan perbualan.
"Saya orang Melaka tok. Kawan saya ni orang kelate. Masuk suku jadilah orang Nismilan." Jawab saya bersungguh- sungguh.
Atok tadi menepuk tangan saya sambil bertanya." Oh orang Melaka, kau tahu tak kenapa orang Melaka cakapnya kasar kasar, kuat pula tu?"
"Entahlah tok, mana lah saya tahu. Atok tahu ke?" Ketika itu saya tidak sedar telah menambah nasi lemak kali ketiga.
"Begini. Dulu orang Melaka suka tinggal dikawasan pantai di tepi laut . Kau tahu tahu sajalah angin kan kuat. Dengan bunyi ombak laut lagi.Jadi mereka ni sukar untuk bercakap dengan perlahan kerana tidak dengar. Bila tidak dengar mereka tinggikan suara. Bila sudah tinggikan suara masih tidak dengar lagi kena maki lah jawabnya. Tabiat tu sukar hilang walaupun mereka pergi kemana mana."
Hmm saya masih setia mendengar. Atok tu menambah lagi.
"Haaaa tulah sebabnya orang Melaka cakapnya kasau kasau Hawau je memanjang."
Kah Kah Kah. Kami ketawa bersama- sama memecah keheningan pagi. Dalam hati entah betul entah tidak atok ni. Sabau jeler.
Ngeh!
No comments:
Post a Comment