Hari itu. Waktu petang tapi tidaklah petang sangat. Saya memenuhi jemputan walimatul urus jauh di Kem TUDM Subang. Majlis berjalan dengan meriah, ada persembahan silat dan nyanyian. Kami juga dihidangkan dengan makanan yang lazat lazat. Ada bubur pulut hitam, cendol, apam balik, dan pencuci mulut. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjemput kami.
Jap...Apam Balik? Iya...ini adalah kali pertama saya jumpa hidangan begini dalam majlis kerja kahwin. Dimasak panas pula tu.'Rare".
Kemudian.
Sedang saya leka mendengar lagu "Biarlah Bulan Berbicara". Datang seorang perempuan dalam lingkungan usia 60 an berbusana lengkap dan anggun menegur saya.
"Boy, boleh saya duduk sekali."
"Silakan Puan". Saya membalas dengan bahasa Melayu Aras Tinggi. Saya bangun menarik kerusi dan menjemput beliau duduk. Gentleman.
Duduk mana Boy? Tanya wanita itu lagi. Ketika itu saya sedang menikmati bubur pulut hitam. Pekat dan manisnya sederhana.
"Senawang". Jawab saya ringkas. "Anak kamu ni berapa umurnya?" Saya menjawab juga dengan tenang sambil cuba menghirup bubur.
"Isteri kamu ni mengandung berapa bulan?" 8 bulan dah puan jawab saya lagi. Tangan saya memegang sudu yang penuh dengan bubur. Masih belum disuap.
Begitulah seterusnya bertalu talu soalan ditanya dan saya masih cool menjawab. Siap senyum lagi.
Soalan yang terakhir ini buatkan saya ingin berdiri sambil bercekak pinggang namun dek kerana terdidik dengan adab sopan yang tinggi saya batalkan hasrat itu.
"Boy, rumah kamu tu rumah sewa atau beli?" Baru saya ingin menjawab wanita tadi meminta diri untuk ketempat lain. Fuh!
Bubur pulut hitam masih diatas meja, tidak terusik dan sudah sejuk. Sinis je saya mendengar isteri saya berkata.
"Boy Konon".
Ngeh!
No comments:
Post a Comment