Tadi. Di Klinik ibu dan anak Senawang. Menemani isteri menjalani pemeriksaan berkala.
Tambahan pula pada pukul 3.30 pagi saya sudah ke klinik Penawar
Ampangan kerana isteri diserang 'Asma'. Kandungan sudah 7 bulan memang
perlu perhatian yang lebih.
Sementara menunggu isteri mendapatkan rawatan. Dalam keadaan mamai saya ke cafe yang berada di dalam klinik ini.
Saya mengambil 2 biji kuih keria kampung dan seketul karipap sardin. Air pula hanya air masak tanpa gula.
Saya beratur untuk membayar. Bila tiba giliran saya , abang cafe mengira menggunakan kalkulator dan memberitahu semuanya berharga RM12.
Walaupun didalam keadaan mamai, otak saya masih normal tambah lagi selepas terhantuk kabinet tempohari tahap genius saya meningkat hingga 30 percen.
"Cuba kira balik." Nada suara saya tinggi manakala muka saya kelihatan merah padam. Ketika itu saya tidak sedar yang saya telah mengaktifkan semua sel sel pertempuran.
Abang cafe menundukkan muka. Perlahan saja saya terdengar suaranya. " Maaf, gurau ye semuanya RM1.50. Sorry peace."
Dari jauh saya perhatikan brother itu 'kecik je'. Dan saya terus menunggu isteri di dalam sambil up satu cerita...
ngehh!
Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Man Aiman

No comments:
Post a Comment