Wednesday, August 9, 2017

POWER RANGERS


Kelmarin di pejabat sedang saya menjamah mee goreng. Terdengar perbualan akak akak cantik ini. Cerita mereka sangat serius. Apa yang saya dengar dan faham ialah berkenaan 'power'.

"Power kau berapa? Power akak pula menurun. Power saya meningkat bla bla bla". Begitulah antara dialog yang saya dengar. 

Pun begitu saya tetap meneruskan suapan sambil sesekali menghirup air nescafe yang sedap berlemak itu.

Saya rapatkan sedikit telinga untuk mendengar. Perbualan mereka bertambah rancak dengan topik yang sama. Fikir saya lagi ramai juga orang yang ada super power ni. Untunglah. Aku jugalah yang 'gitu gitu' aje. Power 'mencekik' adalah. Fikirku didalam hati. 'Down'.

Sesekali saya terbayangkan mereka saling mengeluarkan jurus berupa api dan air yang keluar dari tangan mereka. Hmmm.

Sahabat saya yang berada di hadapan tiba tiba menepuk tangan saya. Dan berkata sesuatu. Seakan faham apa yang saya fikirkan.

"Wei diorang cerita pasal power cermin mata ler. Apa yang kau mengelamun lama nau ni." Menyembur mee goreng dari mulutnya ketika bercakap.Tak senonoh betul.

"Ohh yerke?" Cool. Ringkas sahaja jawapan saya.

Selepas membasuh tangan. Saya terus pergi ke surau. Dalam doa saya tak mahu 'busy body' lagi.Taubat.

Ngeh!

Teks: Ibnu Ahmad

No comments:

Post a Comment