Monday, August 14, 2017

BERITA





Saya teringat 12 tahun dahulu. Bertugas di Daerah Jempol Negeri Sembilan. Ketika itu Daerah Jempol ini tidaklah seperti sekarang. Kini, penuh dengan bangunan perniagaan dan meriah dengan taman  perumahan yang saban hari naik satu persatu.

12 tahun dahulu yang ada hanyalah bangunan kerajaan Pejabat Daerah Jempol, bangunan Majis Daerah , pejabat pos dan  sebuah Balai Bomba. Juga ada deretan kedai makan tidak lebih dari 10 biji.

Jalan kiri kanannya hanyalah pokok getah dan sawit. Apabila malam memang agak seram untuk keluar bersendirian.Cerita cerita hantu pula agak biasa didengar.

Ketika itu saya ditugaskan untuk menyiasat serta menguruskan kes ribut yang melanda Gugusan Felda tidak jauh dari sempadan Negeri Pahang.

Kejadian tersebut berlaku pda waktu malam lebuh kurang pukul 10. Suasana tenang dan aman bertukar menjadi porak peranda dek kerana ribut kuat yang melanda. Ribut tersebut diikuti dengan hujan lebat mengakibatkan lebih dari 50 buah rumah terlibat sama.

Beberapa rumah telah dihempap pokok besar dan meranapkan keseluruhan rumah .Haiwan ternakan pula banyak yang melarikan diri .

Ada atap rumah yang diterbangkan angin, dan ada juga keseluruhan atap bumbung hilang dari pandangan. Mereka ketika itu hanya mampu tidur berbumbungkan langit dan beralaskan tanah sahaja. Akhirnya atas nasihat kebanyakan mereka menumpang tidur dirumah saudara mara dan jiran tetangga.

Malam itu kami dikerumuni wartawan dari pelbagai agesi. Ada daripada RTM, TV3, wartawan akhbar cina dan tabloid. Soalan bertalu talu diajukan kepada kami dan mangsa. Serta banyaklah gambar rumah mangsa yang diambil. Boleh dikatakan banyak jugalah gambar saya diambil ketika itu. 

Yang berhormat ADUN Daerah serta pegawai pegawai kerajaan lain memenuhi kawasan tersebut. Maka meriahlah kawasan itu dengan orang ramai. Syukur bantuan serta merta diberikan kepada mangsa pada malam itu juga.

Tugasan saya selesai pada pukul 3 pagi dan berangkatlah saya pulang semula kerumah. Keesokan harinya ketika berada dipejabat, bos menunjukkan sebuah akhbar kepada saya. Fikir saya mesti bos mahu tunjukkan gambar saya didalam akhbar itu.

Dimuka hadapan akhbar tertulis ( Felda Ehem…seorang tua mati terkejut kerana terjumpa seekor ular dalam kejadian ribut malam tadi.)

Aduh kecewa betul.

Beberapa tahun kemudian, barulah saya tahu erti berita sebenar bila bersembang dengan beberapa orang wartawan. Orang tua mati terkejut itulah berita sedangkan rumah musnah kerana ribut itu sekadar liputan sahaja.

Tengok sahaja filem Spideman pasti lebih jelas.

Abang Wartawan.

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Google




No comments:

Post a Comment