Monday, August 14, 2017

The Power Of Berita





Saya teringat 12 tahun dahulu. Bertugas di Daerah Jempol Negeri Sembilan. Ketika itu Daerah Jempol ini tidaklah seperti sekarang. Kini, penuh dengan bangunan perniagaan dan meriah dengan taman  perumahan yang saban hari naik satu persatu.

12 tahun dahulu yang ada hanyalah bangunan kerajaan Pejabat Daerah Jempol, bangunan Majis Daerah , pejabat pos dan  sebuah Balai Bomba. Juga ada deretan kedai makan tidak lebih dari 10 biji.

Jalan kiri kanannya hanyalah pokok getah dan sawit. Apabila malam memang agak seram untuk keluar bersendirian.Cerita cerita hantu pula agak biasa didengar.

Ketika itu saya ditugaskan untuk menyiasat serta menguruskan kes ribut yang melanda Gugusan Felda tidak jauh dari sempadan Negeri Pahang.

Kejadian tersebut berlaku pda waktu malam lebuh kurang pukul 10. Suasana tenang dan aman bertukar menjadi porak peranda dek kerana ribut kuat yang melanda. Ribut tersebut diikuti dengan hujan lebat mengakibatkan lebih dari 50 buah rumah terlibat sama.

Beberapa rumah telah dihempap pokok besar dan meranapkan keseluruhan rumah .Haiwan ternakan pula banyak yang melarikan diri .

Ada atap rumah yang diterbangkan angin, dan ada juga keseluruhan atap bumbung hilang dari pandangan. Mereka ketika itu hanya mampu tidur berbumbungkan langit dan beralaskan tanah sahaja. Akhirnya atas nasihat kebanyakan mereka menumpang tidur dirumah saudara mara dan jiran tetangga.

Malam itu kami dikerumuni wartawan dari pelbagai agesi. Ada daripada RTM, TV3, wartawan akhbar cina dan tabloid. Soalan bertalu talu diajukan kepada kami dan mangsa. Serta banyaklah gambar rumah mangsa yang diambil. Boleh dikatakan banyak jugalah gambar saya diambil ketika itu. 

Yang berhormat ADUN Daerah serta pegawai pegawai kerajaan lain memenuhi kawasan tersebut. Maka meriahlah kawasan itu dengan orang ramai. Syukur bantuan serta merta diberikan kepada mangsa pada malam itu juga.

Tugasan saya selesai pada pukul 3 pagi dan berangkatlah saya pulang semula kerumah. Keesokan harinya ketika berada dipejabat, bos menunjukkan sebuah akhbar kepada saya. Fikir saya mesti bos mahu tunjukkan gambar saya didalam akhbar itu.

Dimuka hadapan akhbar tertulis ( Felda Ehem…seorang tua mati terkejut kerana terjumpa seekor ular dalam kejadian ribut malam tadi.)

Aduh kecewa betul.

Beberapa tahun kemudian, barulah saya tahu erti berita sebenar bila bersembang dengan beberapa orang wartawan. Orang tua mati terkejut itulah berita sedangkan rumah musnah kerana ribut itu sekadar liputan sahaja.

Tengok sahaja filem Spideman pasti lebih jelas.

Abang Wartawan.

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Google




Friday, August 11, 2017

RAHSIA PELUKAN


Bilakah kali terakhir anda memeluk isteri? Memeluk anak? Juga ibu bapa? Cuba anda cari jawapannya. 

Seseorang yang sering berpelukan dengan orang yang dicintainya akan membuatkan dirinya rasa bahagia, sihat damai dan tenang.

Begitu juga kanak-kanak.

Ironinya kanak-kanak yang tidak mendengar kata, adalah kanak-kanak yang kurang mendapat pelukan dari ibu bapanya.

Apa yang saya perhatikan dalam kes kes yang saya layani ditempat kerja, bolehlah saya simpulkan disini rahsia kekuatan pelukan.

  • Andai kata berlakunya pergaduhan, peluklah, marahnya akan hilang. 
  • Jika pasangan anda penat, pelukan akan membuatkan penatnya hilang
  • Apabila seseorang yang sedang sakit, apabila disentuh oleh orang yang dicintainya, ajaibnya sakitnya akan cepat sembuh.
  • Jika anda mengalami masalah rumahtangga yang berat sekalipun, jika anda mengamalkan pelukan lebih 10 kali sehari, dengan izin Tuhan, penceraian itu akan dijauhkan.
  • Pelukan boleh meredakan kesedihan dan kedukaan,emosi beban akan keluar secara automatik.
  • Peredaran darah akan mengalir dengan baik dan seterusnya akan melegakan otot, impaknya stress dan tekanan akan hilang.
Bagi yang masih bujang, peluklah ibu bapa anda, janganlah peluk kekasih pula. Huh!

Dan saya juga perasan antara dua orang lelaki yang bergaduh kemudian berbaik semua, pelukan serta tepukan perlahan dibelakang bahu membuatkan mereka berbaik semula.Malah mereka menjadi lebih akrab.

Pelukan mestilah antara dua orang, tidak jadi jika hanya berseorangan. Kalau sudah terdesak sangat carilah “teady bear” besar dan peluklah.

Ngeh!

Teks: Ibnu Ahmad


Wednesday, August 9, 2017

CELOTEH SEBELUM RAYA


Sehari sebelum raya cuba anda perhatikan ada beberapa tempat yang penuh dengan orang.

1. Kedai gunting rambut.
Masa inilah kau tengok punyalah ramai orang datang. Kedai Pakistan yang suram itu pun bukan main ramai lagi. Masa ini kau akan rasa geram saja bila tengok brother tu siap ambil pakej cukur .

2. Kedai cuci kereta.
Berderet kereta masuk. Kalau kau lambat datang memang kau tunggulah sampai ke petang. Den yang datang pukul 8.30 pagi ini pun kena menunggu sampai boleh up status dalam fb.

3.Kedai emas.
Siapa kata ekonomi jatuh kuasa beli kurang. Kau pergi sajalah di Pekan Kuala Pilah Negeri Sembilan. Orang beli emas macam beli ikan dipasar. Apakah?

4.Bengkel kereta.
Entah kenapa hari ini baru kau nak hantar servis. Akhirnya menunggulah kau sampai kepetang. Kau nak pergi kedai lain? Sama je situasinya.

5.Kedai jual Lomang.
Beribu ribu batang lomang dibakar hari ini. Kau jangan harap boleh beli sebatang dua. Itu semua sudah ditempah. Kalau nak juga kau perlukan kerajinan tahap dewa bila kena cari dan tanya di setiap gerai.

Teks: Ibnu Ahmad


PETUA PIPI CENGKUNG


Sebagai penasihat kecantikan yang kacak saya ditanya.

"Saya ada masalah pipi yang tembam. Bagaimana nak selesaikan masalah ini sedangkan badan saya cekeding ?" Soal akak pipi dengan penuh emosi.

Dia tambah lagi.

"Orang selalu cakap pipi saya tembam." Nadanya kedengaran sungguh rungsing.
Saya jawab dengan cool. Peace.

"Akak gemukkan badan. Makan dengan banyak. Bila badan sudah gemuk masalah pipi tembam akan selesai. Orang akan fokus pada gemuk bukan pada tembam."

Saya harap jawapan saya terjawab dan akak itu akan gembira.

Yearghh.

Teks: Ibnu Ahmad

JUMLAH SAHABAT.



Saidina Ali Pernah Di tanya...

Berapakah Jumlah Sahabat Mu???

"Aku Akan Hitung Bila Aku Di Landa Musibah"

Begitulah...


Teks: Ibnu Ahmad

SHAHDU PETANG JUMAAT


Salam Jumaat. 

Kisah semalam. Ibu dan seorang anak lelaki berumur 19 tahun berjumpa dengan saya. Sang ibu menangis teresak esak menceritakan kisah anaknya. Anaknya pula hanya menundukkan kepala sambil menelan air liur. 

Soalan saya. “ Berapa kali adik pernah melihat ibu menangis kerana gembira?

“Tidak pernah, ” jawabnya lagi.

Soalan saya lagi. “ Berapa kali pula adik melihat ibu menangis begini?

“Banyak kali bang, ” jawabnya dengan sedikit kesal. 

“Boleh tak saya cadangkan adik berazam untuk melihat ibu menangis kerana gembira pula.” Boleh? Belum sempat saya menambah adik itu terus mencelah.

“ Saya berazam bang , tiada lagi air mata ibu saya keluar kerana sikap saya walaupun setitik. Ini janji saya.” Katanya lagi sambal memegang tangan ibu yang masih belum berhenti tangisannya. Diangkatnya tangan ibu itu dan dicium.

Belum sempat saya bercakap, tiba tiba suara tersekat, dan mata ini pula berkaca kaca…
Saya sempat membongkok seolah olah mengambil pen yang jatuh sambil mengesat air mata.

 Adoiiii...

See…lelaki idaman wanita memang selalu perihatin .

Teks: Ibnu Ahmad

ADUHH PENANGAN AYAMAS


Pagi tadi. Di kedai Ayamas Dataran Senawang. Memang selalu beli ayam disini.

Akak cashier : " Semuanya RM16.41 sen bang. Opss...lupa nak kira aiskrim sekali. Maaf ya." Lembut je suara dia. Masa dia senyum nampak lesung pipit di muka. Manis.

"Saya dulu pernah kerja Ayamas di Melaka tau. Saya mop lantai. Angkat ayam , macam macam saya buat." Dengan ramah saya mengajak berborak.

Belum habis saya bercakap. Akak cashier tadi sebut dengan kuat "NEXT"...

Adoi potong betul.

Grrrrr...

Teks: Ibnu Ahmad

PERANG DURIAN


Petang tadi. Selepas balik dari beraya.Terdengar di telinga alunan zikir.

"Ayah nak durian." Ayah nak durian." Alunan ini berterusan dari Mambau ke jalan Sikamat Negeri Sembilan.

Seorang ayah yang hendsome tidak akan menolak permintaan anaknya. Terus singgah di sebuah kedai buah-buahan di Jalan Pantai Seremban.

Ambil 2 biji durian bersaiz kecil. Buka dan terus makan.

"Bang kira ya, " tanya saya sambil membasuh tangan.

"RM30 semua sekali." Jawab abang buah. Dengan tenang saya bayar. Cool je. Peace.

Didalam kereta semasa balik saya pula membebel...pot pet...sebijik sampai RM15 pot pet...grrrr...

Pandai pula diorang menjawab.

"Ayah kan hendsome. Coollah ." 


hahhaha..

Teks: Ibnu Ahmad

TERHANTUK TONG GAS


Sebentar tadi.Semasa memasang kepala gas. Saya terhantuk kabinet dapur. Lepas itu saya terus semangat untuk menyelesaikan masalah negara.

Saya nampak nombor diatas kepala. Berpusing pusing.Terasa kehadiran genius. Saya mula memegang kepala seperti Profesor X (X- Men)

Ngeh!

Teks: Ibnu Ahmad


BOS


Susah betul jadi bos, baru duduk sudah ditanya mahu minum apa. Tadi, dikedai mamak Seremban Prima.

Abang mamak tanya, “Mau minum apa, bos?

”Hihihi.

Itu sahaja mahu cerita.

Ngeh.!

Teks: Ibnu Ahmad

PERANG KUIH




Tadi. Di Klinik ibu dan anak Senawang. Menemani isteri menjalani pemeriksaan berkala.

Tambahan pula pada pukul 3.30 pagi saya sudah ke klinik Penawar Ampangan kerana isteri diserang 'Asma'. Kandungan sudah 7 bulan memang perlu perhatian yang lebih.

Sementara menunggu isteri mendapatkan rawatan. Dalam keadaan mamai saya ke cafe yang berada di dalam klinik ini.

Saya mengambil 2 biji kuih keria kampung dan seketul karipap sardin. Air pula hanya air masak tanpa gula.

Saya beratur untuk membayar. Bila tiba giliran saya , abang cafe mengira menggunakan kalkulator dan memberitahu semuanya berharga RM12.

Walaupun didalam keadaan mamai, otak saya masih normal tambah lagi selepas terhantuk kabinet tempohari tahap genius saya meningkat hingga 30 percen.

"Cuba kira balik." Nada suara saya tinggi manakala muka saya kelihatan merah padam. Ketika itu saya tidak sedar yang saya telah mengaktifkan semua sel sel pertempuran.

Abang cafe menundukkan muka. Perlahan saja saya terdengar suaranya. " Maaf, gurau ye semuanya RM1.50. Sorry peace."

Dari jauh saya perhatikan brother itu 'kecik je'. Dan saya terus menunggu isteri di dalam sambil up satu cerita...

ngehh!

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Man Aiman


MASALAH MATEMATIK


Di pejabat. Selain kerja hakiki. Saya perlu menyelesaikan masalah matematik.
Soalannya biasa begini. 

Klien A. Lahir pada 11.06.96. Hari ini dia berumur 21 tahun. "Berapakah umurnya dalam kiraan hari, bulan , dan tahun jika kes itu berlaku pada 1.12.2013? " Hmm.

Klien B. Lahir pada 13.07.95. " Berapakah umurnya pada tarikh hari ini jika kes itu itu berlaku pada 11.11.16? " Huh! 

Disebabkan kepala saya pernah terhantuk dan terus 'genius'. Soalan begini jadi mudah bagi saya.

Biar isteri tolong jawabkan. 

Ngeh!

Nampak...genius kan


Teks:Ibnu Ahmad

DIKEJAR SAMSENG


Pagi tadi. Di lebuhraya Senawang menuju ke Seremban 2. Saya di pintas sebuah kereta kancil putih berkuasa turbo. Mereka menahan serta melambai lambai tangan kearah saya. Tidak cukup dengan itu, dikeluarkan kepalanya sekali.

Wajahnya sangat brutal. Ada kesan parut melintang dipipi kanannya. Saya nampak pemandunya pula menghisap sebatang rokok sambil mendengar lagu rock .Terangguk angguk kepalanya. 

Kebetulan , sebelum ke pejabat saya sempat membaca berita berkenaan samun jalanan. Cemas. Kenapalah situasi ini berlaku kepada saya pula.

Saya terus memecut laju.

Kereta turbo tadi mengejar semula sambil membunyikan hon beberapa kali.

Saya terfikirkan anak bini dirumah. Terbayang cerita saya terpampang di muka hadapan Metro. Kayu Bruce Lee 'nanchanku' yang biasa terletak cantik dibelakang 'time' inilah dia hilang. Peluh sudah mula keluar , dada berombak laju.

Arghhhh!

Sejam kemudian, semasa minum pagi di kantin pejabat. Saya tersenyum sendirian. Saya teringat semula kata kata brother cina tadi.

“ALO BOS ITU PINTU BELAKANG TAK RAPAT MAAAAA…” Saya masih terdengar lagi suaranya terjerit jerit.

Sorry brother.

 Adoiii.

Teks: Ibnu Ahmad

MEMATIN DI PAROI






Kelmarin. Di kampung Sentosa Paroi N9. Kedai Paroi Patin House.

Dilayani oleh taukeynya yang sentiasa senyum. Nampak macam orang tabligh. Saya disapa.

" Mahu kepala, badan atau ekor?" 

Tangannya sudah "ready" untuk mencedok dihadapan sebuah periuk yang besar sambil menanti jawapan.

"Badanlah bang. Banyak sikit." Jawab saya. Mood tamak.

Saya dihidangkan dengan semangkuk Patin Tempoyak, sedikit ulam dan sepinggan nasi.Teh ais untuk buat basah tekak.

Tempoyak Patin dia tidak menghampakan. Isinya lembut dan kuahnya terasa masam, pedas dan berapi. Kuahnya saya hirup.

"Slurpppp". "Ahhhhh, Sodap."


Rasa ikan, kuah dan nasi yang dicampur buat saya terfana' seketika sehingga ternaik mata hitam. Serius.

Seronok sungguh me-matin sehingga lupa ada tugasan lain. Katanya stok ikan didatangkan dari Temerloh Pahang. Fresh.

" Ok. ok. ok" selamat lunch ya.

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Ibnu Ahmad


ROTI TELUR VS ROTI TAMPAL






Sebentar tadi. Di Kedai mamak. Depan Hospital Salam Senawang. Kebetulan, petang tadi isteri saya dimasukkan kedalam wad maka bermulalah episod mamak dan hospital dalam hidup saya.

Saya memesan roti tampal, roti telur dan tosey untuk juadah malam ini.

Semasa mengambil pesanan.

Akak mamak itu bertanya apa beza roti telur dan roti tampal. Suaranya persis dari seberang.

Mungkin di Indonesia tiada kedai mamak. Agaknya.

"Roti tampal telurnya diatas, roti telur pula telurnya didalam." Jawab saya seperti seorang guru kulinari sedang mengajar.

Saya berharap akak tadi faham bila dia mengangguk. Kelihatan seperti dia bercakap sesuatu. Mungkin dia sedang mengulang apa yang saya beritahu tadi.

Itulah saja nak cerita...

ngeh!

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Ibnu Ahmad


SEDIH DI MALAM HARI


Malam tadi. Depan rumah selepas pulang dari hospital.

"Kenapa ayah mengelamun? " Tanya Nazrin anak lelaki saya berumur 9 tahun.

"Bosanlah, boring." Jawab saya acuh tak acuh.

"Rilekslah ayah.Takkan ingat ibu kot? " Tanya Nazrin lagi sambil merampas 'remote' tv ditangan saya.

"Itulah bila ibu ada asyik gaduh je. Bila tiada sunyi pula." Jawab saya sambil merampas kembali remote tv.

Hmmm.

Begitulah ragam suami isteri. Gaduh itu biasa. Lepas gaduh mesra balik.Itulah pengikat setia kasih.

Huh!

Teks: Ibnu Ahmad

KISAH DI HOSPITAL


Masih cerita di hospital. Saya berehat disebuah kerusi malas. Sebelah katil. Empuk.

Saya pandang isteri saya disebelah. Sayu. Matanya tertutup tetapi saya tahu dia berjaga kerana tangannya masih boleh bergerak membetulkan tudung.

"Abang sukalah hospital ni, best. Misi dia pun lawo lawo. Sedap mata memandang." Saya bercakap sambil membaca akhbar. Memulakan perbualan.

Tiba tiba isteri saya tersedak dan menjegilkan matanya. Kemudian dia mengiring menghempas kekanan tanpa bersuara. Adoii!

(Dalam hati) "aku ada buat salah ke?" Sambil menggaru garu kepala yang tidak gatal. 

Ngeh!

Teks: Ibnu Ahmad

KISAH TOK BATIN


14 tahun dulu. Saya pernah ditugaskan di Daerah Jempol N9. Setiap bulan kami akan masuk ke kampung , ladang sehingga pelusuk rantau untuk memberi bantuan.

Tidak terkecuali di perkampungan orang asli. Setiap bulan jugalah kami akan berjumpa mereka. Ketika itu ramai yang mengambil kesempatan menjual segala hasil mahsul hutan kepada kami.

Paling sukar untuk kami lupakan. Bila saya bertanya kepada tok batin disitu.
"Tok ini ubat, berapa harga? " Tanya saya berminat sambil membelek sebungkus akar kayu. Ubat periuk. Untuk badan kuat.

"Ini bukan ubat, ini akar kayu...kalau mahu ubat pergilah ke hospital." Jawab tok batin tadi dalam loghat orang aslinya. Muka selamba.

"Hmm...adoiii!."

Saya beli jugalah sebungkus dan sebotol madu hutan. Katanya diambil sendiri. Harganya akan jadi mahal jika ada 2 sarang dalam 1 pokok. 

Saya tanya lagi. " Kenapa mahal tok? Patut dua sarang lagi murah sebab kena bagi dua." Hmm.

Tok batin menjawab lagi. Serius." Mestilah mahal. Kau bayanglah 2 pasukan datang menyerang serentak.Teruk tok dikerjakan. Berbaloilah mahal."

Huhh!

Apapun kenangan itu susah mahu dilupakan. Malah kami menjadi rapat selepas itu.

Ok nak 'godak' kopi jap.


Teks: Ibnu Ahmad

PENGENALAN



Salam perkenalan kepada sahabat sekalian.

Nama saya Fudlullah Ahmad@Fud. Dikenali sebagai Pak Ali di kampung. Mengada - ngada meletak nama 'abang serum' di media sosial.

Saya orang Melaka dan kini menetap di Kota Senawang N9.Memulakan perniagaan bersama isteri atas nama Nuren Miracle Marketing. Produk pertama kami adalah Nuren Gold Face Serum. Satu satunya serum muka dari ekstrak Roselle serta bahan alami lain khas untuk kulit muka agar lebih 'Glowing' selain merawat kulit muka.

Kami juga dalam usaha menganjurkan perkhidmatan bengkel , kursus selain terlibat dengan perniagaan 'Homestay'.
 
Di media sosial, biasanya saya akan berkongsi:

1) Pengalaman hidup.
2) Aktiviti keluarga bersama isteri dan anak-anak.
3) Anekdot dan refleksi diri sebagai hamba Tuhan.
4) Berceloteh apa sahaja dan sembang bisnes.


Perkongsian saya banyak dalam penulisan humor dan santai. 'Suwit suwit gitu'.

Terima kasih kerana sudi berkawan dan follow saya ya.

Begitulah....ok nak gosok tudung isteri jap.

Ngeh!

Teks: Ibnu Ahmad

POWER RANGERS


Kelmarin di pejabat sedang saya menjamah mee goreng. Terdengar perbualan akak akak cantik ini. Cerita mereka sangat serius. Apa yang saya dengar dan faham ialah berkenaan 'power'.

"Power kau berapa? Power akak pula menurun. Power saya meningkat bla bla bla". Begitulah antara dialog yang saya dengar. 

Pun begitu saya tetap meneruskan suapan sambil sesekali menghirup air nescafe yang sedap berlemak itu.

Saya rapatkan sedikit telinga untuk mendengar. Perbualan mereka bertambah rancak dengan topik yang sama. Fikir saya lagi ramai juga orang yang ada super power ni. Untunglah. Aku jugalah yang 'gitu gitu' aje. Power 'mencekik' adalah. Fikirku didalam hati. 'Down'.

Sesekali saya terbayangkan mereka saling mengeluarkan jurus berupa api dan air yang keluar dari tangan mereka. Hmmm.

Sahabat saya yang berada di hadapan tiba tiba menepuk tangan saya. Dan berkata sesuatu. Seakan faham apa yang saya fikirkan.

"Wei diorang cerita pasal power cermin mata ler. Apa yang kau mengelamun lama nau ni." Menyembur mee goreng dari mulutnya ketika bercakap.Tak senonoh betul.

"Ohh yerke?" Cool. Ringkas sahaja jawapan saya.

Selepas membasuh tangan. Saya terus pergi ke surau. Dalam doa saya tak mahu 'busy body' lagi.Taubat.

Ngeh!

Teks: Ibnu Ahmad

ANNIVERSARY




"Hai abang, malam ini nak belanja apa sempena anniversary yang ke -13?" Saya dapat teks ini ketika mahu pulang ke rumah daripada isteri saya tadi.

"Ala awak ni. Ingat nak bagi 'surprise' malam nanti. Nak bagi awak terkejut. Siap ya." Cool je saya balas.

Sedangkan saya mati mati ingat tarikhnya besok. Aduh!

Nampak...suami yang baik mesti selalu ingat tarikh penting.

 Ngeh!

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Ibnu Ahmad


ACHIK KATANYA


Malam kelmarin. Kedai makan di Dataran Senawang 2. Saya bersama 2 orang sahabat berjanji untuk lepak bersama.Seperti biasa saya memesan nescafe tarik power buih lebih dan sepiring lempeng pisang. 2 orang rakan lagi memesan cekodok goreng dan Char kuew tiaw.


Pesanan saya telah sampai tanpa sambal untuk dicicah. Saya memandang adik tersebut. Umur dalam lingkungan awal 20 an. Manis.


"Dik mana sambal? Abang kalau makan lempeng mesti ada sambal. Roti canai pun biasa lawan dengan sambal juga. Kalau tiada macam kurang 'umpphh' -lah." Terang saya seperti lagaknya seorang pensyarah.


"Acik tunggu yo. Nanti saya ambilkan. Sementara tu Acik minumlah dulu." 


Adik itu berlalu pergi dan dia tidak perasan muka saya telah berubah menjadi merah.
"Acik kau kata ? Bulan 10 ni nak dapat baby baru tau." Balas saya tidak puas hati.


Saya terus minum sementara 2 orang rakan saya tak habis habis lagi gelak.
Ngeh!

Notakecik : Acik adalah nama lain bagi pakcik. 

Begitulah.



Teks: Ibnu Ahmad



BERHUBUNG DENGAN ALAM GHAIB







BERHUBUNG DENGAN ALAM GHAIB

Ini kisah benar pengalaman aku.Teruja dengan alam mistik membuatkan aku sanggup belajar dan memahami selok belok alam ini. Cita - cita untuk berhubung dengan alam ghaib ditambah lagi dengan melihatnya sendiri membuatkan adrenalinku membuak buak. 


Peluang itu terbuka luas bila rakan permainanku 'Ajis' mengajak aku ke Melaka pada minggu hadapan. Kami katanya akan berjumpa dengan seorang tua selaku penjaga di sebuah rumah berhantu. Disitulah kami akan dibukakan segalanya rahsia mistik alam. Huh!


Dalam tempoh seminggu ini aku mempersiapkan diri dari segi zahir dan batin. Setiap pagi selepas subuh aku akan mula berlari dari Taman Matahari Indah dan berakhir di sebuah taman permainan di Taman Bandar Senawang Negeri Sembilan.


Dan di taman permainan itu pula aku akan melakukan pelbagai senaman menguatkan tubuh. Syukur taman tersebut ada menyediakan pelbagai peralatan senaman. Tinggal kau rajin atau tidak sahaja. Selepas maghrib pula aku akan berpencak silat. Berlatih beberapa gerak jurus tenaga dalam. Kemudian diwaktu pagi sekitar pukul 2 aku mula duduk bersila di bilik khas yang gelap bagi latihan kekuatan dalaman menggunakan amalan zikir yang mustajab sehinggalah subuh. Ada ketika aku bergadang terus.


Aku yakin aku sudah bersedia. Zahir dan batin. Berpakaian serba hitam lagak pendekar ke medan perang. 


Bila tiba waktu dan ketikanya aku bersama 'Ajis' bergerak ke Melaka. Destinasi kami adalah tempat bernama Ayer Keruh. Kami tiba awal. Solat maghrib dulu di sebuah stesyen minyak.Malam itu suasana agak dingin. Sejuk menggigil walaupun tiada tanda mahu hujan. Aku mengambil sedikit tanah dan mula membaca ayat penggerak. Berkumat kamit mulutku mengulang ulang ayat. Dan seterusnya memulakan langkah. Ajis hanya memerhati sahaja.


Tiba di destinasi. Seorang tua berpakaian lusuh menyambut kami. Umurnya aku agak dalam lingkungan 60 tahun. Merah matanya memandang kami. Dan dibibirnya kelihatan sebatang curut tanpa api.


Orang tua tadi memulakan kata sambil menjegilkan matanya. "Apa benar anak berdua ini mahu melihat makhluk halus di rumah ini?" Ajis yang tadi berani tiba- tiba gelabah pula mengajak pulang. Ahhh... pantang undur kataku. Marah.


Orang tua tadi menambah kata." Kalau begitu mesti ada pengerasnya. Pasti berhasil. RM20 sahaja untuk dua orang." Aku terus membayar pengeras tersebut. Tak sabar.


"Mulakan dengan nama Allah nak, jangan bimbang , kamu tidak akan diapakan. Lalulah dipintu ini dan teruskan saja perjalanan kamu. Nanti kamu akan didedahkan segala rahsia yang tersembunyi dari mata orang biasa."Orang tua tersebut membacakan sesuatu dan menghembus di kedua belah mata aku dan Ajis. Kami dihantar dengan ekor matanya yang tajam.


Berpinar pinar mata aku. Semasa melangkah masuk tiba tiba bulu romaku merinding. Ajis pula memegang erat lengan kanan aku. Kacau betullah.


Tiba tiba hidungku menangkap bau yang sangat wangi. Rumah yang gelap ini hanya ada lampu samar samar sahaja. Wanginya bau tadi hilang diganti pula dengan bau yang sangat busuk. Aishh!


Ketika inilah aku terlihat dihadapan aku berdiri seorang wanita berbaju putih. Mukanya pucat dan nampak terbit darah dari kedua matanya. Rambutnya panjang mengurai tidak terurus. Mendepangkan tangan dan meluru kearah kami sambil mengilai. Keadaan sedikit huru hara bila Ajis mula berlari lintang pukang meninggalkan aku .


Ketika itu jugalah bermacam macam lagi makhluk ini muncul. Semasa berlari sempat aku mengerling ke kanan. Aku nampak langsuir sedang terbang perlahan kearah ku.Tali ususnya terjuntai kebawah mengalir darah. Itu belum lagi sepasang jenglot bermata merah liar mencari mangsa. Ahhh akhirnya tewas juga aku, hilang semua kependekaran aku bila aku mula mengejar Ajis mencari pintu keluar.


1 jam 39 minit kemudian.


Semasa aku menghirup sup panas di sebuah warung tidak jauh dari situ. Aku perhatikan saja orang tua tadi sedang mengutip duit dari orang ramai sambil meniup mata mereka.Ceh!


Dari jauh kelihatan papan tanda besau.
  
 'RUMAH HANTU EKSPO MELAKA'. DEWASA RM10. HANTU betullahh kau Ajissss...


GRRRRR.

Karya: Ibnu Ahmad
Foto: Ibnu Ahmad
Untuk: Pertandingan menulis kisah seram puaka bersekutu.