Wednesday, August 9, 2017

DIKEJAR SAMSENG


Pagi tadi. Di lebuhraya Senawang menuju ke Seremban 2. Saya di pintas sebuah kereta kancil putih berkuasa turbo. Mereka menahan serta melambai lambai tangan kearah saya. Tidak cukup dengan itu, dikeluarkan kepalanya sekali.

Wajahnya sangat brutal. Ada kesan parut melintang dipipi kanannya. Saya nampak pemandunya pula menghisap sebatang rokok sambil mendengar lagu rock .Terangguk angguk kepalanya. 

Kebetulan , sebelum ke pejabat saya sempat membaca berita berkenaan samun jalanan. Cemas. Kenapalah situasi ini berlaku kepada saya pula.

Saya terus memecut laju.

Kereta turbo tadi mengejar semula sambil membunyikan hon beberapa kali.

Saya terfikirkan anak bini dirumah. Terbayang cerita saya terpampang di muka hadapan Metro. Kayu Bruce Lee 'nanchanku' yang biasa terletak cantik dibelakang 'time' inilah dia hilang. Peluh sudah mula keluar , dada berombak laju.

Arghhhh!

Sejam kemudian, semasa minum pagi di kantin pejabat. Saya tersenyum sendirian. Saya teringat semula kata kata brother cina tadi.

“ALO BOS ITU PINTU BELAKANG TAK RAPAT MAAAAA…” Saya masih terdengar lagi suaranya terjerit jerit.

Sorry brother.

 Adoiii.



No comments:

Post a Comment