Tuesday, December 20, 2011

Betakos ( Beladiri Tangan Kosong)


Teknik latihan dalam betakos Malaysia



Teknik ketangkasan tangan



Teknik latih tubi rotan




Intro Betakos Malysia Part 1



Intro Betakos Malysia Part 2

Diatas adalah beberapa video daripada latihan2 didalam betakos.Setakat ini saya berlatih secara persendirian dengan cikgu dan seorang sahabat.Alhamdulillah banyak peningkatan yang dialami.Sudah pasti keyakinan yang tinggi dapat dipupuk dalam semua aspek.Malah berlaku peningkatan dalam tahap stamina yang selama ini sanagat teruk.

Dua bulan yang pertama memang banyak kami didedahkan dengan latihan pertarungan sebenar..(real fighting) dan ianya memang banyak membuka mata saya.Wallualam.Insyallah jika diizinkan kami ingin mencapai ketahap jurulatih .Insyallah...

Tuesday, October 11, 2011

Betakos

Betakos ?Apa tu...hehehe nilah satu lagi aktiviti sihat yg aku join.Dikepalai oleh Cikgu Rozaidi..Bekas pesilat negara dan juara dunia silat..seorang pelakon yg kebanyakannya citer2 silat.


BETAKOS adalah sejenis beladiri yang diformulakan oleh seorang GURU beladiri yang penuh pengalaman sebenar dalam pengamalan ilmu beladiri. Guru uang dimaksudkan adalah Master Ruzaidi Abd. Rahman. Nama yang tidak asing lagi dalam ilmu persilatan Melayu. Beliau merupakan bekas pesilat negara yang telah banyak mengaharumkan nama Malaysia khusunya dalam silat olahraga. Antara pencapaian beliau ialah :-

~ PINGAT EMAS SEA GAMES 1986
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN DUNIA 1990 HOLLAND
~ PINGAT EMAS MERDEKA GAMES 1990 BRUNEI
~ PINGAT EMAS TERBUKA ANTARABANGSA 1990 KL
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN 3 KALI (1988,1989,1990)
~ 2005- MENDAPAT ANUGERAH THE BEST MARTIAL ARTS INSTRUCTOR OF THE YEAR DARI WORLD HEAD OF FAMILY SOKESHIP COUNCIL DI FLORIDA


Sebagai seorang pengamal beladiri sejati, beliau masih lagi giat dalam ilmu persilatan dan masih lagi melakukan latihan2 beladiri setiap hari selain dari menyumbang ilmunya kepada anak2 Melayu disekitar Kuala Lumpur dan juga untuk anak-anak VIP. Pengalaman yang lama dalam bidang sukan Silat Olahraga Antara kelebihan BETAKOS :-
1. Gabungan dari beberapa pergerakan Persilatan dan ilmu beladiri lain seperti tomoi, boxing dan kali.
2. Semua gerak dan langkah bersenikan silat melayu.
3. Tidak mempunyai "buah" yang perlu di hafal. Buah datang sendiri.
4. Permainan mengikut fizikal pengamal bukan ikut cara fizikal guru.
5. Penekanan dalam falsafah "Air setitik menjadi lautan, tanah sekepal menjadi gunung".
6. Penuh dengan helah, silap dan akal.
7. Tidak menggunakan masa yang lama untuk tamat permainan.
8. Tidak mengamalkan kepada One Step Sparring ( Pukulan bertapak)
9. Formula yang diajar adalah untuk kaedaan realiti dan sebenar.(tiada lakonan)
10. formula teknik yang mudah untuk diulang sebelum menguasai permainan beladri sebenar.
11. Permainan dari guru-guru tua dan guru-guru silat dalam peperangan sebenar.
12. Disertakan permainan ibu senjata tidak terikat dengan mana-mana perguruan. Apa yang anda kuasai itulah permainan anda.

Sejak berlatih dengan master memang banyak perubahan berlaku.Pertama sekali berat badan turun dan berlaku peningkatan stamina.Cara guru mengajar pun berbeza dengan yang lain iaitu sama- sama berlatih dan bertukar-tukar idea.Jadi bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian diatas ..

Mohd Fudlullah Ahmad
Setiausaha Betakos

Tuesday, September 20, 2011

PENGALAMAN BERBEKAM

Sebenarnya aku ni penakut kalau sebut bab-bab darah ni. Cepat pening dan loya. Sebelum puasa tempohari badan aku tak berapa sedap. Dalam aku berpusing-pusing di pasaraya Giant Bukit Tinggi Selangor. Aku terjumpa sebuah pusat rawatan dinamakan Pusat Rawatan Cinta.

Aku disyorkan untuk berbekam setelah didiagnos mengalami beberapa penyakit. Bila dia tunjuk gambar kanak-kanak pun tak takut berbekam. Aku pun jadi berani. Dan hasilnya gambar-gambar ni jadi buktinya...











Gambar-gambar diatas diambil oleh beliau sendiri menggunakan kamera phone aku..nah banyak betul toksin. Tak sakit pun. Cuma sikit saiko...selang 2 3 bulan aku nak berbekam lagi.


Nukilan berbekam 2011
Foto: Ibnu Ahmad
Teks: Ibnu Ahmad

Thursday, August 4, 2011

Khasiat Kasturi


Berikut ini adalah petikan artikel dari akbar Kosmo yang membuat laporan tentang kasturi:

Anugerah Kijang Jantan

Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.

'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.

Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.

Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.

Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.

Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.

"Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya," ujar peniaga Tarmizi Yusuff, 35, yang ditemui di bazar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.

"Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya," terangnya segera tatkala melihat penulis mengerutkan dahi membayangkan haruman dikaitkan dengan makhluk yang gemar habitat kotor itu. 

Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). .

Mula menjual kasturi di gerainya sejak tahun 2005, Tarmizi memberitahu dia mendapat bekalan dari seorang rakan niaga dari Nepal. Sebiji 'kantung' kasturi tersebut yang saiznya lebih kurang sebiji bola pingpong dijual pada harga RM30.

"Ada juga kasturi yang berangkai dan harganya antara RM500 hingga RM1,000, bergantung pada bilangan kasturi yang bersambung bersama.

"Pembeli kasturi ini terdiri daripada golongan mereka yang turut berniaga barangan yang berkaitan dengan minyak wangi. Ada juga yang membeli sekadar minat mengumpul atau menganggapnya sebagai perhiasan.

"Lebih istimewa apabila ada pelanggan warga Bangladesh dan Pakistan yang membelinya untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan," katanya.

Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.

Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan. 

Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.

Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.

Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.

"Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya," kata Tarmizi.

"Ada yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang. Kalau hendak mengulas lebih mendalam tentang itu, saya kurang arif," ujarnya.

Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.

Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.

"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.

"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.

Bagi peniaga minyak wangi dan kasturi seperti Tarmizi, dia mengakui ada juga di kalangan pengunjung gerainya yang tidak mempercayai itulah rupa kasturi yang sebenar.

Menyingkap pengalamannya berniaga, kasturi jualannya itu paling kerap dipertikai oleh warga Pakistan yang mengatakan bahawa agak mustahil bagi orang biasa memiliki kasturi dengan mudah, apatah lagi dijual di pasar atau kaki lima.

"Mereka pelik melihat kasturi dijual dengan harga semurah ini di Malaysia.

Kata mereka, kasturi jarang sekali dimiliki oleh orang di jalanan.

"Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit," katanya.





Dapatkan segera dengan mneguhubungi no saya di talian 013-3240326.

Thursday, July 21, 2011

RAWATLAH HATI





Assalamualaikum, salam sejahtera. Dah lama rasanya tak update blog ni. Namun boleh dikatakan setiap hari saya akan buka blog ni untuk tengok pergerakannya. Banyak kisah dan pengalaman baru bergambar namun masa tak mengizinkan. Suka saya untuk mengingatkan diri sendiri betapa pentingnya merawat hati ini.

Penyakit hati merujuk kepada sifat atau akhlak yang buruk dan tercela. Antaranya sifat dengki, hasad, iri hati, dendam, khianat, pembohong, angkuh, sombong dan segalanya lagi.

Punca penyakit hati antaranya ialah:

1) Gelapnya hati kerana banyak berbuat dosa.
2.) Kerana tiada pendidikan jiwa dan rohani.
3) Membiarkan satu titik hitam menjadi beribu titik hitam.
4) Terjebak dengan maksiat dan seangkatan dengannya.
5) Banyak lagi...

Rawatan terbaik ialah memohon ampun, istighfar dan melakukan amal soleh.

Penyakit hati yg tidak dirawat membawa implikasi besar seperti jiwa kacau, hati gelisah, rezeki panas, tiada keberkatan hidup.Rumahtangga hancur, kerja tidak menentu, penyakit zahir batin pun datang, gangguan dan sebagainya.

Oleh itu rawatlah hati ini dengan taubat, ibadah dan bercampor gaul dengan orang yang baik bagi membimbing langkah menuju kepada Allah.

Insya Allah.

Tuesday, June 14, 2011

60 FAKTA SEJARAH EMAS





1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,
hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

Artikel ini di bawa oleh JongkongEmas penghargaan kepada blog harga emas malaysia.