Wednesday, October 16, 2019

BUKU

Karya Hamka Tuan Direktur


Terbaik buku ni



Karya Tuan Rafi Harumin


Buku Motivasi dari Tuan Khairy Tajudin


Isi Kandungannya






Ini antara buku-buku yang saya sudah baca dan hadam dalam. Terbaik.

"Hijrah Ke Kuala Pilah: Temui Keindahan Alam Kampung"


"Hijrah Ke Kuala Pilah: Temui Keindahan Alam Kampung"

Tahun 2018, satu perubahan besar berlaku dalam hidup saya. Dari Seremban yang sibuk, saya dipindahkan ke Daerah Kuala Pilah. Asalnya, memang terasa berat hati. Sudah enam tahun saya berkhidmat di Seremban, tiba-tiba saya terpaksa berhijrah ke kawasan kampung. Dah biasa dengan hiruk-pikuk jalan raya, hon kereta, asap rokok, dan deretan kereta yang tidak pernah surut. Memang susah nak bayangkan jika terpaksa hidup di Kuala Lumpur, dengan kesesakan yang jauh lebih teruk.

Namun, setelah setahun berada di Kuala Pilah, saya mulai menghargai suasana kampung yang tenang dan damai. Setiap pagi, perjalanan ke tempat kerja terasa begitu berbeza. Tidak perlu ke kawasan Tanah Tinggi, di sini pun keindahan alamnya sudah cukup memukau. Memandang hijau alam yang luas dan udara segar, hati saya tenang.

Dan tak boleh lupa, air terjun Ulu Bendol, yang membuatkan saya semakin jatuh cinta dengan kampung ini. Segala keluhan tentang jalan yang sesak di Seremban mula luntur begitu sahaja.

Kampung ini bukan sekadar tempat saya bekerja, ia telah menjadi rumah kedua saya. Setiap sudutnya menyimpan ketenangan yang sulit ditemui di kota besar.

Begitulah hidup saya sekarang—dikelilingi kedamaian yang dulu hanya saya impikan.


FUD AHMAD









SIRI ENEKDOT: Ribut Alam dan Ribut Rumah Tangga

"Ajis, hari ni kita sembang benda ilmiah sikit boleh?"

"Silakan Mat, apa topik hari ni?"

"Ok, kau tahu tak, ribut besar tu ada nama-nama dia?"

"Tak tahu... cer citer."

"Ribut ni ada namanya. Ada Ribut Taufan, ada Ribut Siklon, dan ada juga Ribut Hurikan."

"Apa beza semua tu?"

"Bezanya cuma pada nama dan tempat saja. Ribut Taufan tu berlaku kat Barat Laut Pasifik, banyak di Asia, contohnya Jepun, Filipina, Korea... Kalau Ribut Siklon pulak, tu biasa berlaku kat kawasan Afrika, Australia, dan Lautan Hindi."

"Ohhh... Hurikan kau tak cerita lagi?"

"Hurikan tu lebih terkenal kat Lautan Atlantik. Banyak berlaku kat negara Amerika, Mexico dan sekitar tu."

"Barulah faham, nama tu mengikut tempat lah ye. Patutlah..."

"Apa yang patut?"

"Patutlah anak aku selalu warning, 'Ayah jangan balik dulu. Ribut Taufan tengah melanda.' Tapi bukan sebab cuaca, sebab mak tengah mengamuk kat rumah. Ayah tengok wayang diam-diam tak ajak dia!"

"Ceh!"

 

FUD AHMAD


Monday, October 14, 2019

SELFIE











Ala saja nak melaram guna kamera huawei ni.Beza betul.Kalau tengok real takdalah rupa gini.Huhu.

Fud Ahmad

RIDE SOLO SENAWANG-MELAKA









\

SIRI ANEKDOT :"Kisah Ayien, Imam Rumah Tangga"

Di dalam kelas Pengajian Islam Fardu Ain, Cikgu Syikin berdiri di depan sambil memandang murid-muridnya yang tekun. Dia pun memulakan sesi soal jawab.

“Ok, cikgu nak tanya. Selepas bacaan Surah Al-Fatihah dalam solat, surah apa yang kita kena baca?”

Murid-murid semuanya senyap, masing-masing menunduk, seolah-olah sedang mencari jawapan dalam buku nota mereka. Tiada seorang pun yang berani buka mulut. Dalam diam, Ayien bangun. Membetulkan kedudukan baju dan dengan penuh keyakinan, terus menjawab.

“Dua surah sahaja, cikgu.”

Cikgu Syikin agak terkejut. “Dua surah? Surah apa tu?”

Ayien dengan yakin menjawab, “Surah Al-Ikhlas dan Surah An-Nas, cikgu.”

Cikgu Syikin menarik nafas panjang, cuba untuk tetap sabar. “Hmm... Betul, tapi sebenarnya kita boleh baca apa-apa surah sekalipun selepas Al-Fatihah. Kenapa hanya dua surah ini?”

Ayien terkebil-kebil, dan menjawab dengan nada yang penuh kepastian, “Sebab, cikgu, saya tengok ayah saya jadi imam di rumah, dia baca dua surah ni je setiap kali solat.”

Cikgu Syikin menggelengkan kepala sambil tersenyum. “Aduh, Ayien...”



SIRI ANEKDOT: "Kerjasama Itu Kunci Kejayaan!"


Tiba-tiba Cikgu Syikin memanggil Ayein ke hadapan kelas. Ayien diarahkan menarik sebuah meja besar yang telah diletakkan awal di depan . Dengan bersusah payah Ayien menarik meja itu. Meja itu hanya bergerak sedikit sahaja. Cikgu Syikin meminta Ayien memanggil kawan-kawan lain untuk membantunya. Dengan bantuan 3 orang sahabat lain meja tadi dapat digerakkan dengan mudah.

“Ok murid-murid cikgu nak tanya semasa Ayien menarik meja tadi nampak senang atau susah?”

“Susah cikgu.’ Semua murid menjawab serentak.

“Bila kawan-kawan datang membantu senang atau tidak?”

“Mudah cikgu.”

“Ok cikgu nak tanya apa pengajaran yang dapat dalam hal ini.”

“Salah seorang murid perempuan bangun dan cuba menjawab.” Berat sama dipikul ringan sama di jinjing cikgu.”

“Bagusnya, ok Ayein cuba jawab apa pengajaran yang Ayien dapat tadi?”

“Jangan mendera pelajar dan membuli kawan , cikgu.”

“Adeh.”
 
FUD AHMAD




SIRI ANEKDOT: "Cikgu Syikin dan Soalan Bujang"


"Cikgu Syikin dan Soalan Bujang"

Hari ini kelas Ayien sungguh bertuah kerana mempunyai guru baru yang cantik dan muda bernama Cikgu Syikin. Selepas memperkenalkan diri, Cikgu  Syikin membuka sebarang soalan untuk ditanya.

“Cikgu datang merantau dari Sabah ke sini, suami cikgu tak ikut sekali ke?” Ayien yang duduk dibarisan belakang bangun dan memulakan soalan.

“Maaf ye, saya masih bujang dan solo lagi tau.”

Ayien terus duduk dan membisikkan sesuatu di telinga kawan-kawannya. “See… kan aku dah cakap cikgu Syikin ni bujang lagi.” 
 
FUD AHMAD

SIRI ANEKDOT: DATO’ SERI VIDA


DATO’ SERI VIDA    
 
“Ok anak murid semua. Besok jangan lupa ya ada kelas DSV.” Cikgu Syikin yang baru bertugas di sekolah itu memberi peringatan.

“Yahuuu! Besok bolehlah bawa kamera dan buku autograph.”

“Ayien, kenapa kamu melompat-lompat sampai suka sangat ni? Kamu ingat apa ya?”

‘ Bestlah cikgu ada kelas Dato’ Seri Vida. Bolehlah saya ambik gambar masukkan dalam fb.”

“Ayien… besok ada kelas Dunia Seni Visual lah. Ha! Berangan lagi.”

“Adeh"

SIRI ANEKDOT: PIPI TEMBAM



                    
Selepas habis  kelas jasmani , Cikgu Syikin duduk berehat bersama-sama anak muridnya di sebuah pangkin. Selepas minum segelas air dan peluh pula mula mengering cikgu Syikin meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Cikgu risaulah, majlis kahwin cikgu dah tak lama lagi ni. Pipi cikgu ni tembam macam kuih paulah. Puaslah bersenam , nampak macam tu juga.”

“Apa yang cikgu risaukan sangat, badan cikgu kan kurus, apa ada hal.” Ayien, salah seorang murid Cikgu Syikin mula bersuara.

“Eh! Mestilah risau, nak pakai baju pengantin nanti nampak tak cantik.”

“Saya ada cadangan bernas cikgu, apakata cikgu makan banyak-banyak sampai badan gemuk. Nanti bila badan cikgu dah montel pipi cikgu automatik pipi jadi pipih. Betul tak cikgu?”

“Ayien! Pergi lari 3 pusingan cepat.”      

“Adeh”