Wednesday, August 9, 2017

PERADUAN MENULIS CERITA SERAM





Hai semua. Baru baru ini saya ada join satu peraduan menulis cerita seram . Anjuran kisah seram berpuaka bersekutu di facebook. Seperti biasa cerita yang saya kongsikan bergenre komedi satira.Sudah begitu imej yang saya cuba tonjolkan didalam media sosial buat masa ini.

Walaupun begitu, setiap penceritaan saya biasanya ada mesej yang tersembunyi. Boleh dikesan jika cuba selami ayat demi ayat.

Apapun telah ada orang yang menang. 5 pemenang dikira berdasarkan cerita yang menarik dan mengikut format yang dinyatakan. Dan satu pemenang bagi kategori like yang terbanyak.

Tahniah buat semua.

Lepas ini saya akan masukkan cerita seram saya yang bertajuk Berhubung Dengan Alam Ghaib buat tatapan semua. Pasti seram dan menaikkan bulu roma anda.

ngeh!

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Ibnu Ahmad



Wednesday, July 5, 2017

GAJI LAMBAT LAGI



Assalamualaikum.

Ramai mengeluh gaji lambat lagi. Berpeluh dahi. Kalau dulu makan KFC sekarang isteri tapaukan bekal kepejabat. Aduhhh...

Saya cool saja. Semalam saya sudah listkan jemputan raya hingga hujung bulan. Jimat makan tengahari. Hahaha.

See...orang lelaki kacak memang banyak idea.

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Google 



Tuesday, July 4, 2017

INTO THE WOODS


Malam tadi. Si Najwa mengajak saya menonton movie bertajuk "Into The Woods" di Tv3.

" Ayah Johnny Deep pun berlakon sekali tau" tambah Najwa lagi.

Hero tu, mana boleh terlepas menonton. Hairan. Cerita ni saya tidak tahu pun. Huh.

Untuk makluman saya cukup minat dengan pelakon ini. Pelakon kelas A dan pelakon utama siri  Pirate Of The  Caribbean, Edward Scissorhands , The Tourist , The Lone Ranger dan banyak lagi.

Lakonannya sangat berkesan dan penuh dengan karektor. Mantap.

Berbalik kepada cerita diatas. Baru suku tayangan saya sudah tertidur. Semasa isteri mengejut saya untuk tidur di bilik...masih terdengar lagi ditelinga ini nyanyian dalam movie.

Skripnya penuh dengan nyanyian. Potong betul cerita macam ni. Cuba bayangkan The Rock menyanyi nyanyi dalam "movie" minal awal ila akhir. Grrrr.

Itu saja nak cerita...

Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Google 



Sunday, June 26, 2016

NANTIKAN KEMUNCULAN NUREN MIRACLE MARKETING


Bismillah .

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Rasanya dah lama tidak update blog ni. Sekarang ni rasanya sudah ada banyak masa sikit. Bolehlah cerita perkembangan dalam tahun ini. Sepanjang Jan 2016 hingga Jun 2016 banyak perkara berlaku. Yang paling tidak boleh dilupa adalah pengalaman manis menunaikan umrah di Tanah Haram.

Umrah bulan 5 2016

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Nantilah dalam satu masa akan diceritakan secara detail pengalaman pengembaraan mengerjakan umrah.Yang pasti , penceritaan nanti penuh dengan misteri
kerohanian dan keinsafan.



Nuren Miracle Marketing

Selepas pulang dari menunaikan umrah, mendapat gerak atas doa yang dipohon disana untuk memulakan perniagaan dalam produk kecantikan .Yelah sebelum ni asyik menjual produk orang je. So kali ini ingin memulakan kehidupan baru dengan berniaga secara serius.

Alhamdulillah, sehingga hari ini telah masuk fasa ke 3 dalam perancangan strategik dan ianya berjalan dengan lancar. Kini dalam proses sample ujian sample. Proses ini agak rumit kerana produk yang hendak dikeluarkan nanti biarlah berkualiti dan boleh berdaya saing didalam pasaran.

Insya allah dalam 3 bulan lagi akan keluar produk yang dihasilkan dengan beberapa elemen penting yang superb . Menang membeli menang memakai.

Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan puan semua boleh memberi kata-kata semangat kepada saya agar dapat menaikkan aura positif dikalangan kita semua.

Boleh email ; qalbupower@gmail.com
dan slot komen diruangan komentar dibelah kanan.



                              



Monday, June 16, 2014

BAGAIMANA MAHU BUAT JIKA ANAK TIDAK MAHU MENDENGAR KATA







Soalan ibu,
Bagaimana hendak mengatur anak yang tidak mahu mendengar kata dan susah hendak diatur.

Jawapan:

 Caranya begini jika ibu dan bapanya bekerja:

1) Meminta maaf sama anak jika sering marah dan meninggalkannya untuk bekerja, sehingga membuat dia sedih .

2)  Setiap malam sempatkan minimum 1/2 jam untuk main bersama dengan mematikan HP, TV dan gangguan lain. Cari permainan yang paling disukainya.  Boleh  juga mengurut anak sekitar 1 minit sebelum dia tidur. Hal yang dilakukan walaupun hanya beberapa minit dalam sehari, jika fokus dan tepat sasaran, hasilnya sangat berkesan. Bermain dengan anak 1/2 jam dengan perhatian fokus bisa lebih “terasa” di dalam hati anak daripada bermain bersamanya sekitar 3 jam tapi sambil nonton TV atau pegang HP.

3) Bila waktu rehat di pejabat,  usahakan untuk menelepon dia . Lakukan hal ini sekali setiap hari. Tanya khabar sahaja. Yang penting anak merasa Ibunya tetap memikirkan dan membayangkannya saat di pejabat. Setiap kali telefon mungkin minimum 1 menit.

4). Ayah-nya minta maaf atas kegalakan yang pernah membuat anak takut. Ketika orang tua terlalu “galak”, anak jadi akan berusaha untuk membuat hatinya sedikit “mati rasa”, sehingga lain kali ketika dimarahi, hati-nya tidak akan terlalu sakit. 

Risikonya adalah, ketika anggota keluarga yang lain berperilaku lebih lembut, seakan-akan tidak mampu. Karena “mati rasa” anak membuat dirinya kurang biasa  menerima ucapan atau perilaku-perilaku yang lebih lembut. Ketika hati anak sudah lebih lembut, anak akan merasa lebih mudah menerima apa yang di ucapkan oleh orang tua. Pastikan sebelum meminta anak melakukan sesuatu, selalu sampaikan tujuannya untuk apa. Sehingga anak merasa bahwa dia harus menurut bukan karena sekadar harus menurut, tapi dia merasakan bahwa sesuatu yang harus dilakukannya itu bermanfaat untuk dirinya.

5). Ketika semua di atas sudah dilakukan dan anak masih susah di atur, cari waktu yang tenang, kemudian tanyakan ke anak apa lagi yang bisa dilakukan dengan dia (alternatif) supaya dia merasa senang main dengan ibu dan ayahnya...paling penting meminta ampun dan izin dari Allah.


Teks: Ibnu Ahmad
Foto: Google






Teknik menghilangkan sifat pemarah anda menggunakan terapi qalbu








Teknik menghilangkan sifat pemarah anda

Banyak teori yang menjelaskan mengapa seseorang bisa menjadi seorang pemarah. Dalam konsep Terapi qalbu, semakin sederhana sebuah teori, semakin mudah dipraktikkan dan semakin mudah pula usaha untuk mengatasi masalah.

Jika seseorang memiliki watak pemarah dan juga merasa bahwa orang tua-nya dulu juga pemarah, kemungkinan terbesar watak pemarah belum hilang adalah karena luka batin atau sakit hati karena sering dimarahi ketika kecil juga belum hilang. Dalam berbagai situasi klien Terapi qalbu  yang ingin dibantu menjadi orang yang lebih penyabar, hal pertama yang saya lakukan biasanya adalah membantu klien untuk dapat sepenuhnya memaafkan kedua orang tua-nya.

Memaafkan berbeza dengan memaklumi. Ketika seseorang memaklumi orang tua-nya yang pemarah di masa lalu, sering kali watak pemarah-nya di “waris”-kan, karena merasa bahwa orang tua pada zaman dulu “marah karena sayang”. Padahal ada cara lain untuk menunjukkan sayang, selain dengan cara memarahi anak. Akibatnya di masa sekarang, anak pun mudah dimarahi karena orang tua di masa lalu sudah di maklumi.

Sehingga ada pernyataan, “Lebih baik merasa bahwa orang tua zaman dulu telah melakukan kesalahan dalam mendidik anak DAN KEMUDIAN Memaafkan Orang Tua, DARIPADA merasa orang tua tidak bersalah & menyalahkan diri sendiri.”

Dan ada banyak cara untuk menghilangkan watak pemarah. Tergantung kepada kehidupan di masa kecil, menghilangkan watak pemarah bisa cepat dilakukan, bisa juga makan waktu tahunan. Cara tercepat adalah dengan cara melakukan Terapi Hati Individu. Karena luka batin atau sakit hati yang menjadi penyebab timbulnya watak pemarah bisa di gali & langsung di lepaskan.

Sedangkan salah satu cara untuk mengatasi watak pemarah dengan cara melakukannya sendiri, dengan asumsi watak pemarah disebabkan karena orang tua zaman dulu yang juga pemarah, adalah dengan melakukan hal berikut secara berurutan:

1). Tutup mata & bayangkan orang tua ada di depan anda
2). Bayangkan semua kesalahan orang tua sejak kecil yang membuat hati terluka
3). Bayangkan orang tua minta maaf atas semua kesalahan tersebut
4). Bayangkan diri anda memaafkan orang tua  & berjanji akan menjadi orang tua yang lebih baik di zaman sekarang


Wednesday, November 6, 2013

TOYOTA LE LAMA


KERETA TOYOTA LE TAHUN 1987















Inilah rupanya kereta Toyota LE lama tahun 1987. Berkeupayaan 1.6 cc. Kereta ini aku ambik dari bapa mertua. Cadangnya kereta ini mahu dijual. Tapi sayang pula jika dijual baik aku je yg ambik. Ambil tu kira belilah. Pada awalnya memang banyak masalah kereta. Maklumkah kereta lama..

Minyak bocor. Asap putih bayak keluar. Macam macam lagilah.Walaubagaimanapun kereta ni tetap boleh berjalan jauh. Banyak penambahbaikan telah dibuat. Segala masalah telah dibaiki. Namun masalah enjin berbunyi semasa enjin panas masih belum selesai. Dah banyak mekanik pergi. Masih tak hilang bunyinya.

Kini dah tukar sport rim besar.takde plak..Gambar2 diatas adalah gambar semGambornya asa proses pemulihan..Nak tukar enjen turbo blaktop modal plak takde